TIPS Membersihkan Maskara Waterproof

Farah Waheda Wahid
0


Yuhuuu...  Sibuk beraya lagi ke tu?  Hari ni dah masuk 5 Syawal 1439H dah pun. Raya kan sebulan?  Ahaksss...  Haruslah sibuk ya tak?  Mula-mula sibuk balik kampung,  lepas tu sibuk beraya rumah sanak-saudara,  lepas tu sibuk balik ke bandar, lepas tu sambung beraya dengan rakan-rakan,  jiran tetangga dan menghadiri majlis rumah terbuka.  Amboiii make up sakan mak-mak,  kakak-kakak,  adik-adik semua kan?  Wajiblah nak nampak diva time-time beraya ni kan?  Ahaksss...  Penampilan wajib dijaga you alls...  Mesti ada yang pakai maskara waterproof kan?  kan?  kan? Since Kak Fa dah buka office www.bubblynotes.com balik,  meh sini meh...  Baca TIPS membersihkan maskara waterproof ni ha...  Yerlah dok bersihkan maskara waterproof tu kadang tak bersih sepenuhnya. Meh sini meh...  Baca ni... 

TIPS #1 - GUNAKAN MAKEUP REMOVER

Kredit: Sumber dari Google
Ini memang tips yang paling senang, paling mudah.  Kak Fa selalu gunakan makeup remover jer. Cuma Kak Fa nak pesan,  kalau rajin pakai maskara waterproof, kenalah willing to invest makeup remover yang betul-betul berkualiti.  Sebab makeup remover yang berkualiti compared to makeup remover yang biasa-biasa memang memudahkan kerja-kerja membersihkan maskara waterproof. Senang jer tertanggal.

Please always use produk yang hypoallergenic. Antara yang Kak Fa suka adalah Clinique,  Elizabeth Arden,  Clarins dan Lancome. So far memang sangat bekerjasama dengan Kak Fa dan tak pernah lagi ada sebarang iritasi.

TIPS #2 - GUNAKAN SYAMPU BAYI

Kredit: Sumber dari Google
Cara kedua?  Kalau dah tak ada sangat makeup remover ataupun tak nak invest makeup remover yang boleh tahan harganya tu... Ini memang mudah sangat.  Mak-mak boleh pinjam syampu anak-anak kecil,  kakak-kakak dan adik-adik boleh pinjam syampu adik-adik kecil di rumah tu.  

Haippp!  Jangan nak derhaka pakai syampu biasa. Nanti kena iritasi.  Oleskan sedikit ke bulu mata anda.  In Shaa Allah,  bersih maskara tu. 

TIPS #3 - GUNAKAN MINYAK ZAITUN

Kredit: Sumber dari Google
Ataupunnn...  Ataupunnn...  Bolehlah cuba menggunakan minyak zaitun ya?  Tuangkan minyak zaitun di jari dan gosokkan perlahan-lahan pada bulu mata.  Ini less effort juga.  Tak perlulah tonyoh kuat-kuat ya?  

TIPS #4 - GUNAKAN MINYAK KELAPA

Kredit: Sumber dari Google
Gunakan kapas,  dan dap perlahan-lahan.  Lepas tu gosok perlahan-lahan samping hilang.  Ini pun efektif juga.  

PLEASE JANGAN GUNA PETROLEUM JELLY?

Kredit: Sumber dari Google

Sebab apa?  Sebabnya petroleum jelly merupakan produk sampingan dalam penghasilan bahan bakar minyak dan dikatakan bukanlah satu bahan ideal untuk digunakan di bahagian sekitar mata. Take it as your last choice at least kalau dah tak ada pilihan.  If terpaksa guna juga elakkan dari termasuk dalam mata. 

Cubalah...  In Shaa Allah mujarab. Moga-moga tak adalah terasa macam still ada melekat-lekit di kawasan bulu mata tu ya.  Even kita rasa yang dengan mencuci muka tu dah solekan hilang tu dah kategori bersih.  Waterproof ni lain macam sikit. Kena betul-betul bersihkan barulah bersih.  Jangan ingat setakat cuci muka tu dah bersih.  Kalau tak dibersihkan betul-betul,  esoknya bila nak pakai maskara rasa tak best,  tak smooth.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !