My 5th RAYA Eve As A Mom

Farah Waheda Wahid
0
MY 5TH RAYA EVE AS A MOM

Welcome back to reality people… Smile. Semua dah start rutin harian seperti biasa kan? Yang kerja tu kerja, yang sekolah tu sekolah, yang jadi fulltime mom dan surirumahtangga tu dah mula sibuk… Syawal itu sebulan, walaupun dah mula rutin biasa tetapi masih lagi di dalam bulan Raya. Raya kan sebulan? Jadi tak salahlah kalau kiranya hari ni Kak Fa saja-saja nak bercerita mengenai my 5th RAYA Eve as a Mom. Persiapan menyambut Syawal tu biasanya akan jadi lebih kecoh dan lebih “messy” dalam senyuman jika ada si kecil yang turut sama sibuk. Sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman sebegini, Kak Fa trust tak banyak sedikit pasti bersetuju kan? kan? kan?

Nak kata persiapan extravaganza tu tak adalah pun. Persiapan Kak Fa kebiasaannya ala kadar sahaja. Berpada-pada jer… Tak adalah Kak Fa ni beria-ia sangat walaupun #inikanraya… Smile. Apa yang perlu ada jer. Ala yang biasa-biasa macam nasi impit, masak lodeh, kuah kacang, rendang daging or rendang ayam… Either one lah… Macam tahun 2018 ni, Kak Fa punya menu sekadar nasi impit, masak lodeh, kuah kacang dan rendang daging. Lepas tu Kak Fa cuma top-up Devil’s Food Walnut Chocolate Cake jer. Part of it ada air tangan Iman Firash. Open-mouthed smile Muahahaha… Siapa yang makan tu nasiblah kan? Tapi jangan risau, kebersihan tetap menjadi keutamaan ok?

Moment persiapan Raya pada tahun 2018 ni, buatkan Kak Fa tersenyum sendiri dan actually, this is the memorable moment untuk Kak Fa sebagai seorang ibu. Sementara anak masih kecil ni kan? Time ni lah nak merasai moment sebegini. Esok-esok kalau dah besar, belum tentu lagi dia nak sibuk dekat dapur untuk persiapan Raya. Harap-harapnya kekal-lah sebab memang dari kecil dah dilatih. Kalau tak… Huwaaa… Crying face Kesian Mommy, buat kerja dekat dapur sorang-sorang. Siapa nak tolong Mommy kalau bukan Firash kan? kan? kan?

Pagi-pagi 14 Jun 2018 tempoh hari, Kak Fa dah mula perlahan-lahan memulakan kerja-kerja yang ringan-ringan dahulu di dapur. Seperti – sangai kacang tanah untuk kopek kulit kacang tanah tu. Surprised smile Kak Fa! Cara senang kan ada? Kenapa tak beli jer kacang yang dah siap dikopek tu? Haaaa… Ini alasan Kak Fa yang tersendiri dan Kak Fa tak pasti jika orang lain mempunyai alasan yang sama. Kacang tanah yang dah siap dikopek yang dijual di pasar raya atau kedai runcit tu, Kak Fa tak berapa gemar, sebabnya, most of the time, bila gunakan kacang yang telah siap dikopek itu, kacang tu macam seolah-olah lemau atau masuk angin. Bila dijadikan kuah kacang, macam tak kena dengan QC Kak Fa… Heee… Open-mouthed smile. Boleh diterima tak alasan Kak Fa?

Kak Fa sangai dulu kacang tu, kemudian biarkan sejuk untuk seketika sebelum proses menanggalkan kulit kacang dilakukan. Bila dah sejuk dan nak masuk ke proses menanggalkan kulit kacang, masa nilah Iman Firash timbul di dapur dan mula mengeluarkan perkataan… “Firash nak tulun Mommy…”. Baiklah nak tolong sangat kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sambil membawang anak-beranak sambil dia kopek kulit kacang.



Rasanyakanlah… Kalau dok kopek kulit kacang sebiji-biji macam ni, pukul berapalah nak siap ya? Sebab tulah Kak Fa mula pagi-pagi sebab memang Kak Fa dah anticipate benda-benda macam ni yang akan terjadi. Tapi tak boleh tunggu dialah kan? Kak Fa tetap proses sendiri juga, dia nak tolong kita kasi tolong… Jangan larang atau tegah… Nanti terbantut pula niat suci murni dia nak bantu Mommy dia ni. Sesetengah parents yang pernah Kak Fa jumpa, bila anak nak tolong jawapannya… “Tak payah, nanti kerja jadi lambat…”… Tak baik cakap macam tu dengan anak tau… Sebenarnya, secara tak langsung bila anak nak tolong tu, kita boleh ambil peluang tu untuk didik anak-anak supaya sentiasa ringan tulang untuk membantu ibu bapa di rumah. Bagi anak-anak tu sense of responsibility and belonging. Itu pada Kak Fa lah… Tapi kalau lain pada kotak pemikiran ibu bapa lain, itu pandangan dan hak masing-masing.

Dapatlah jasa anak bujang 4 tahun 7 bulan kita tu wak… Lepas kopek… Kong keng kong keng, dia sibuk nak menumbuk kacang pula. Surprised smile Kak Fa! Cara senang kan ada? Kenapa tak guna mesin pengisar jer kacang tu? Instead of tumbuk. Jawapan jujur ikhlas, mesin pengisar untuk kacang tu dah rosak wak… Muahahaha… Open-mouthed smile Tak berganti-ganti lagi, itu yang kena guna cara manual tu. Psssttt, itupun, nenek Firash dah mula main bayang membayang dengan Kak Fa dah tu… Nak mesin pengisar macam dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan yang dia tonton sewaktu Ramadhan baru-baru ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kak Fa diamkan jer dulu… Bajet belum mencapai kuota. Ahaksss… Kot-kot ada yang nak bagi PERCUMA untuk Kak Fa review pun ok juga… I’m ok… I’m always open for worth-it free products for review. Yang berbaloi apa salahnya kan? kan? kan?


Kejap jer tu tu tumbuk kacang tu… Lepas lebih kurang dalam tak sampai 10 minit, larilah dah dia pergi hall dan sibuk dengan permainan dia. Tak kisahlah, janji ada nampak effort tu nak tolong kan?

Sambil-sambil tu, Kak Fa bancuh adunan Devil’s Food Walnut Chocolate Cake. Sekali lagi… “Mommy… Firash nak tulun…”… Adunan kek tu terpaksa Kak Fa asingkan sedikit dalam mangkuk kecil untuk dia mengadun… Tak nak dia kacau adunan Kak Fa kan? Winking smile. Bila dah selesai, Kak Fa pun nak tuangkan kek ke dalam bekas untuk dibakar. Masa ni dia datang sekali lagi… “Mommy, Firash nak tulun letak walnut…”. Makanya, segala walnut dalam kek tu adalah hasil kreativiti letakkan Firash. Yang dah makan tu… Sedap tak air tangan Firash? Open-mouthed smile



Masak lodeh, kuah kacang, rendang daging dan nasi impit semua Kak Fa selesaikan selepas waktu berbuka puasa pada 14 Jun 2018. Dah selesai lega. Tapi, Alhamdulillah, walaupun mempunyai anak kecil yang sibuk nak tolong, tak berkecah dan tak kelam kelibut. Sebab dah mula dari awal pagi kan segala persiapan ringan-ringan tu dan tak ada nak rushing sangat ke mana-mana untuk semua perkara.

Cuma, dah kebetulan bercerita tentang persiapan Raya bersama Iman Firash ni, Kak Fa sajalah nak refresh pada semua ibu bapa di luar sana, there are benefits yang sebenarnya mungkin kita tak terperasan apabila anak-anak rajin “membantu” kerja-kerja mak-mak di dapur, irregardless anak itu lelaki mahupun perempuan. Bukan kata anak perempuan jer yang sepatutnya tolong mak di dapur ya? Anak lelaki pun tak ada salahnya. It’s not just because Kak Fa cuma ada seorang anak dan anak itu lelaki tetapi ini adalah fakta.

Bonding

Ketika anak-anak mempunyai perasaan ingin turut sibuk di dapur bersama ibu, sebenarnya itu adalah merupakan satu bentuk interaksi yang bersifat positif. Semakin kerap interaksi yang ibu lakukan bersama anak, semakin meningkat pula keakraban di antara ibu dan anak. Jika sejak kecil, kita sebagai ibu sudah membiasakan diri untuk dekat dengan anak, maka secara automatik hubungan ibu-anak akan terbentuk sehingga mereka dewasa nanti. Keakraban itu tetap akan ada. In Shaa Allah. And this is actually one of my investment on my son lah.

Melatih Kemampuan Motorik

Ketika anak-anak “membantu” di dapur, kemampuan motorik mereka secara automatik juga ikut bergerak dan terlatih. Kepekaan pancaindera juga semakin terasah. Ibu juga boleh melibatkan anak-anak di dalam aktiviti merasa sesuatu masakan bagi membantu mengasah sensitivi rasa mereka.

Melatih Tanggungjawab

The moment kita berikan kebenaran anak-anak kecil untuk “membantu” kita di dapur adalah moment di mana anak-anak merasa diri mereka dipercayai untuk melakukan sesuatu yang penting. Walaupun masih kecil, anak-anak dengan cara mereka akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya disebabkan sudah mendapat kepercayaan dari ibu. Macam dalam kes kopek kacang Iman Firash tu… Walaupun sebiji-sebiji, tapi gigihlah haiii si kecil molek tu nak selesaikan tugasan tu. In another way, indirectly sebenarnya ia melatih anak kecil untuk memiliki rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasnya.

Membangunkan Kepercayaan Diri

Peluang yang boleh diambil oleh ibu-ibu untuk membangunkan kepercayaan diri dalam anak-anak. Bila kita berikan kebenaran kepada mereka untuk membantu, mereka akan berasa gembira dan mereka akan melakukannya bersungguh-sungguh. Trust me, they will do their very best for it. Bila dah selesai, dapat pula pujian, memang gembiralah hati dan pujian itu kan satu platform untuk meningkatkan rasa percaya diri seseorang. Self-confidence tu penting ada dalam jiwa anak-anak. Self-confidence tu salah satu penggerak dan asas untuk mereka menempuh ujian kehidupan yang akan datang. Winking smile

Melatih Anak Apa Itu Teamwork

Peluang yang baik untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang konsep teamwork. Bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan sesuatu perkara mengikut pembahagian tugas. Penting… Pada Kak Fa penting. Sebab bila dah masuk sekolah, pasti ada kerja berkumpulan. Bila dewasa bekerja, memang konsepnya teamwork. Secara indirectly, melatih anak-anak mengenal konsep teamwork yang boleh digunakan di dalam kehidupan mereka yang akan datang.

Jadi, kalau ada terbit di hati ibu-ibu yang membaca kalau anak-anak sibuk di dapur ketika anda sibuk di dapur, dalam hati tu terdetik perkataan semak atau huru-hara… Jauhkanlah pemikiran sebegitu… Apa kata kita tukarkan kepada aura positif tentang manfaat anak-anak berada di dapur “membantu” kita? Open-mouthed smile. Just fikir ada manfaatnya dan ada kebaikannya untuk perkembangan anak-anak di masa kini dan masa akan datang.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !