Kesan Ibu Bapa Sibuk Bekerja Kepada ANAK

Farah Waheda Wahid
0
KESAN IBU BAPA SIBUK BEKERJA KEPADA ANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Cuba beritahu Kak Fa, siapa jer yang tak bergelut mencari rezeki demi memenuhi tuntutan hidup pada zaman sekarang ni? Tak kira yang bujang, tak kira yang sudah berkahwin, tak kira sama ada sudah mempunyai anak atau tidak, semua bergelut mencari rezeki. Kak Fa pun sama juga…. Sehinggakan Kak Fa sendiri terasa diri sendiri yang kadang-kadang masa serta perhatian untuk anak Kak Fa sangat-sangat terhad seadanya. Lebih-lebih lagi semenjak dua menjak kebelakangan ini. Jadual Kak Fa sememangnya tersangatlah padat dengan pelbagai agenda yang menjadi tanggungjawab Kak Fa yang tidak dapat dielakkan. Hari-hari dok berdoa agar segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar serta selesai tidak lama lagi. In Shaa Allah… Amin. Sebab? Kak Fa punya impian untuk fokus serta seimbangkan kehidupan Kak Fa bersama keluarga Kak Fa. Bukan Kak Fa jer kan? Ramai orang berimpian macam tu. Sebab? Sebab Kak Fa sendiri tahu hakikat kesan ibu bapa sibuk bekerja kepada ANAK. Sad smile.

Ada pilihan ke dalam kehidupan ni untuk tidak menjadi sibuk setelah bergelar ibu bapa? Tak mudah oiii… jika salah satu dari tanggungjawab sebagai pekerja, isteri, ibu dan anak ada masalah, maka makin banyaklah masalah yang akan muncul pada waktu yang akan datang. Kajian psikologi mendapati ibu bapa yang bekerja mempunyai masa yang terlalu singkat untuk bersama anak-anak mereka. Kajian tersebut mendapati seorang bapa hanya sempat memperuntukkan masa selama tiga minit sehari untuk berbual dengan anak-anak mereka manakalah ibu pula banyak menghabiskan masa bersama anak di tandas berbanding masa untuk bermanja dengan anak-anak yang masih kecil. 1

Boleh rasa tau bukan tak boleh rasa bila kita dah terlalu sibuk bekerja dan masa bersama anak terhad. Masa tu mulalah timbul mom-guilt segala bagai. Tapi dalam terasa mom-guilt tu bercampur pula terasa hopeless. Bukan kita tak mahu mempunyai banyak masa bersama anak-anak. Semua ibu bapa mahu. Tapi tuntutan hidup meninggalkan kita tanpa banyak pilihan. Nak tak nak, ibu bapa dan anak-anak kena lalui perkara ini. Yang paling terasa bila hujung minggu pun kena kerja lebih masa atau kerja dari rumah. Jadi ibu bapa kena pandai… Kena pandai aturkan dan adakan masa untuk anak supaya anak tak terasa terasing, terabai ataupun kerja kita lebih penting dari mereka. Jangan ingat budak kecil tak boleh menilai atau tak boleh merasa. Bolehhh… Kak Fa sendiri dah tengok depan mata Kak Fa bila mana Kak Fa sibuk dan kemudiannya sikap Firash mulalah macam-macam. Kak Fa tau, kalau dah macam-macam tu, memang salah Kak Fa yang sibuk sangat sampai dia terasa masa Mommy dia ni dengan dia sangatlah terhad. Nak jadi pandai dan nak aturkan tu masanya terasa macam struggling sangat. Nak tak nak kena adakan juga. Sebabnya? Kita tidak mahu kesan yang negatif berlaku kepada anak-anak.

Apa yang boleh jadi kepada anak jika ibu bapa sibuk bekerja sahaja?

Perkembangan Personaliti Diri

Situasi ini, jika dibiarkan akan mempengaruhi perkembangan personaliti diri. Anak-anak akan membesar sebagai seorang yang lebih sensitif dan beremosi ekorang kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka sejak kecil lagi. 1

Anak Rasa Kerja Lebih Penting Dari Dirinya

Tahun-tahun tumbesaran anak adalah waktu-waktu yang penting untuk ibu bapa jadi lebih prihatin dan mesra. Waktu ini, adalah waktu anak-anak untuk melihat yang kita ni wujud dalam hidup mereka. Kalau kita sentiasa sibuk bekerja, lama kelamaan anak-anak yang kita ni seolah-olah tak kisah pun tentang mereka. Itu tanggapan mereka walaupun sebaliknya pada kita apa yang kita rasa bekerja itu untuk mendapatkan duit, dengan duit kita boleh menabung untuk masa depan anak, boleh membeli macam-macam untuk anak, segalanya semata-mata demi anak. Anak-anak kecil tak faham lagi keterpaksaan kita ni masing-masing. 2

Perubahan Sikap Anak

Ini sememangnya Kak Fa perasan bila tiba masa Kak Fa sibuk dengan macam-macam. Sad smile. Dalam hati menjerit sendiri… Crying face Bukan Mommy tak nak bagi lebih masa, bukan Mommy tak nak pay attention pada Firash. Once you start busy, selepas tu bila you balik rumah, jumpa anak, masa tulah macam-macam jenis kelakuan dan perangai yang timbul semata-mata untuk menarik perhatian dan juga kasih-sayang Kak Fa. Macam-macam jenis kelakuan dan perangai yang timbul tu, kalau fikir dalam-dalam memang akan berkata sendiri di dalam hati… “Kau nak marah dia pun tak boleh Kak Fa oiii…. Puncanya dia terasa selalu ditinggalkan dan Mommy sibuk jer… Punca dari kau sendiri… Sebab tu kelakuan macam-macam tu keluar”… Ha lebih kurang macam tu lah.

Masa tu, pilihan terletak di tangan Kak Fa sendirilah. Sama ada nak melenting marah-marah anak sehingga membuatkan anak terasa jauh dengan Kak Fa lagi ataupun bersabar tahap langit ketujuh dengan segala kerenah dan kelakuan macam-macam itu dan cuba sedaya upaya untuk memberikan perhatian serta kasih-sayang yang ditagih Firash. Kesabaran memang akan teruji tapi In Shaa Allah, setakat ni Kak Fa masih kuat lagi sabar walaupun kadang-kadang tu terlepas juga marah Kak Fa. Penat memang penat sebab dah buat macam-macam perkara di luar rumah demi tuntutan hidup. Tapi nak buat macam mana? Itu pengorbanan kita untuk anak, yang anak tak nampak dan bila di dalam rumah, masih tetap perlu berkorban rasa letih, lesu, penat itu demi perhatian serta kasih-sayang untuk anak juga.

Selalunya, Kak Fa penat macam mana pun, lesu macam mana pun, Kak Fa cuba sedaya upaya untuk sembunyikan perasaan penat atau lesu itu dari expression Kak Fa bila Kak Fa berhadapan pada Firash. Kak Fa kuatkan diri demi perhatian dan kasih sayang kepada Firash yang dia rasa dia selalu ditinggalkan dan Mommy selalu sibuk tu. Main sembunyi-sembunyi ni memang dah jadi asam garam Kak Fa dah. Winking smile Demi kebahagiaan serta kegembiraan orang-orang yang Kak Fa sayang. Lagipun, ibu memang banyak bersembunyi perasaan sebenar mereka dari mata orang lain kan? Betul tak?

Kenangan bukanlah percuma, namun kosnya adalah masa serta perhatian. Semuanya terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mengambil tahu cara bagaimana untuk membuatkan setiap moment itu berharga. Bagi Kak Fa setiap anak-anak layak untuk mendapatkan zaman kanak-kanak yang indah. Tak patut kita sia-siakan. Bukan salah ibu bapa seratus peratus dan bukan juga salah anak… Semoga dalam zaman serba mencabar ini, kita sama-sama kuat untuk menghadapi segala cabaran di dalam perjalanan keibubapaan kita semua.

*Bila ada di rumah… Kalau boleh Kak Fa biar jer telefon atas meja ataupun dalam beg tangan. Sesekali baru Kak Fa semak untuk lihat jika ada kerja-kerja penting yang perlu dilakukan. Lihat sahaja untuk notifikasi dan alert dengan kerja yang perlu dilakukan. Kalau ada kerja penting, atau arahan penting dari Boss, barulah Kak Fa ambil masa sedikit untuk membalas emel mahupun What’s App. Bila ada telefon berbunyi, barulah Kak Fa angkat. Bila malam, bila Firash dah tidur, barulah Kak Fa berjaga untuk selesaikan apa yang patut diselesaikan. Laptop pun sama, Kak Fa biar jer dalam kereta dan tak keluarkan. Jika perlu untuk digunakan untuk siapkan kerja-kerja Kak Fa tak kisah kerja hakiki mahupun kerja sampingan Kak Fa yang satu ini, malam bila Firash dah tidur di dalam gelap atau cahaya samar-samar, Kak Fa keletak keletuk menaip papan kekunci laptop. Ha ha ha… Sebab tulah merabun dengan jayanya Kak Fa ni. Dah selesai semua barulah Kak Fa tidur.

1  Rujukan dari sumber di SINI
2 Rujukan dari sumber di SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !