Ini Era Media Sosial, Let’s ZAKAT Online!

Farah Waheda Wahid
3
Ini Era Media Sosial, Let's ZAKAT Online! (5)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Nak kira zakat? Nak bayar zakat? Nak semak penyata zakat? Sekarang bukan macam dulu-dulu… Dulu serba-serbi kena memandu, kena berjalan ke Pusat Pungutan Zakat untuk urusan-urusan sebegini. Ini era media sosial, let’s ZAKAT online! Cara lebih bijak untuk pengurusan zakat anda yang menjimatkan masa kerana segalanya di hujung jari dan tiada alasan untuk culas di dalam zakat clearance you all tu oiii! Winking smile. Bukan nak bersangka buruk kepada mana-mana individu ataupun menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu, reality check – terkadang ada di antara kita tidak terbayar zakat tu bilamana mungkin lupa, mungkin sibuk, mungkin tak sempat kan? Walaupun mungkin sebilangan kecil tetapi masih ada yang sebegini. Tak apa, tak apa… Don’t worry, be happy! Macam Kak Fa nyatakan tadi, ini era media sosial, let’s zakat online! Sabar jap, Kak Fa huraikan satu persatu supaya semua jelas ya? Winking smile.

Kalau dulu makan bola, tidur bola, minum bola, segala bola… Sekarang ni pula makan media sosial, mandi media sosial, tidur media sosial, segala media sosial. Serba-serbi media sosial. Berhantu betul penangan media sosial ni ya? Dari kanak-kanak sehinggalah ke warga emas. Majoriti memang akan ada akaun Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya lah. Betul tak? Betul kan? Dan dah semakin ramai juga anti-sosial… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sehinggakan kalau berkumpul sekeluarga pun, telefon mesti ada dekat tangan masing-masing. Tsunami betul fenomena media sosial ni oiiii! Dia punya tsunami tu sehinggakan mak-mak macam Kak Fa ni terpaksa sorokkan gajet dari anak-anak kecil sebab tak nak menyumbang kepada penambahan bilangan anak-anak kecil yang ketagihan gajet. Dahsyat betul! Macam statistik yang dikeluarkan oleh We Are Social dan Hootsuite, 2018 seramai 24 juta rakyat Malaysia yang aktif menggunakan media sosial untuk urusan semasa, tak kira sama ada urusan peribadi, bersosial mahupun perniagaan.

Berhantunya media sosial di kalangan masyarakat juga menimbulkan perdebatan tentang negatifnya media sosial. Ada yang berhujah, trend yang banyak memberikan impak negatif secara kasar dan halus kepada manusia. Bagi setiap yang negatif pasti ada yang positif ya tak? Trend kehidupan berasaskan media sosial boleh jadi negatif boleh jadi positif. Walaupun banyak mengatakan ianya memberikan impak negatif dari positif, ia masih boleh digunakan secara positif. Lihat sajalah bagaimana Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) menggunakan media sosial sebagai satu medium komunikasi kepada masyarakat yang ingin bertanyakan permasalahan yang berkaitan dengan zakat sama ada dari segi kiraan mahupun bayaran. Kak Fa dapat lihat, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) adalah salah satu institusi di dalam Malaysia ni yang sememangnya mengikuti arus teknologi moden yang banyak memberikan manfaat kepada masyarakat.

Ini adalah pendekatan yang brilliant bagi Kak Fa, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) menggunakan kesempatan ini untuk mendekati golongan siber yang semakin hari semakin ramai penggunanya. Melalui media sosial, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) telah banyak memberikan kemudahan kepada masyarakat dengan menyalurkan maklumat sebanyak yang mungkin berkaitan dengan tanggungjawab zakat. Sehinggakan? Sehinggakan sebenarnya beberapa tahun yang lepas telah wujud portal www.zakat.com.my, semata-mata demi memberi kemudahan kepada masyarakat di dalam urusan yang berkenaan dengan kiraan zakat, bayaran zakat dan juga semakan rekod bayaran zakat yang lepas.

 Ini Era Media Sosial, Let’s ZAKAT Online!

Boleh bayar online dah weiii… Tak payah susah payah lagi dah… Kak Fa sukalah bila ada medium-medium yang sangat memanfaat masyarakat macam ni, dan memang sangatlah suka Kak Fa bila Kak Fa dapat berkongsi dengan semua orang supaya semua orang boleh dapat manfaat yang sama. Iyalah, kadang-kadang ada di antara kita terlepas pandang dan ada di antara kita memang tak tau pun. Jadi Kak Fa ni, salah seorang golongan yang prihatin masyarakat, sukalah nak berkongsi perkara-perkara macam ni. Ecewahhh! Tapi betullah…Memang Kak Fa suka pun.

Kak Fa nak seru-lah kepada semua-semua yang berkenaan, apa kata ini kalilah let’s zakat online? Bayar zakat secara atas talian?

Ini Era Media Sosial, Let’s ZAKAT Online! (2) 

Sebabnya kalau Kak Fa lah yang bayar zakat kan? Kak Fa rasa membayar zakat secara online itu adalah lebih mudah atas tujuh (7) sebab:

Cepat Dan Pantas

Tak lama pun… Tak sampai 3 minit pun. Hanya lebih kurang 2 minit yang diperlukan oleh anda untuk menyelesaikan urusan bayaran zakat anda menggunakan FPX atau debit atau kad kredit Islamik.

Bayaran Hanya Di Hujung Jari

Dalam era media sosial ni, hujung jari manusia sangatlah berkuasa… tidak perlu beratur panjang-panjang di kaunter dan apa yang anda perlukan cumalah telefon pintar, tablet, komputer dan jaringan internet untuk melakukan transaksi yang berkenaan.

24 Jam, 7 Hari Seminggu

Tak pernah tutup! Boleh melakukan pembayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan cepat dan pantas.

Kira Zakat Dengan Mudah

Tak payah pening-pening, kusut-kusut oiiii… Anda boleh mengira zakat yang perlu anda bayar dengan mudah dan cepat, hanya dengan melengkapkan borang yang boleh didapati secara atas talian yang disediakan. Semua dah ada, senang jer.

Kalkulator Zakat

Dengan adanya kalkulator zakat di www.zakat.com.my and boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui anda WAJIB berzakat atau tidak.

Semakan Bayaran

Manusia ni mana jenis dapat ingat semua benda. Kadang-kadang boleh jadi terlupa dan perlu sokongan untuk mengingati. Nahhh… anda boleh membuat semakan bayaran yang lepas.

Kemaskini Maklumat

Senangnyaaaa…. Boleh mengemaskinikan maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat.

Ini Era Media Sosial, Let’s ZAKAT Online! (3)

Jomlah? Kita sama-sama manfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ – MAIWP) ini dengan sebaiknya. Sayangnya kalau dah ada kemudahan tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya serta sepenuhnya.



Untuk Maklumat Lanjut:

Talian Bebas Tol:
1 300 88 5757




Tiba-tiba terasa nak berinteraksi dengan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) sebab Kak Fa nak tanya sesuatu mengenai urusan pembayaran zakat yang berkaitan dengan ibu bapa Kak Fa. Bolehlah ni cuba berkomunikasi dengan mereka melalui pautan-pautan yang disediakan. Winking smile

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !