Kisahnya semalam… Sewaktu Kak Fa sedang beriftar dengan nenek Firash. Sewaktu suapan nasi yang kedua baru nak masuk mulut, tiba-tiba dia berbunyi… Katanya… Firash tak nak sunat!
. Bila masa pula yang Kak Fa atau sesiapa di dalam rumah ni ada sebut tentang berkhatan? Ataupun nak khatankan dia? Setahu Kak Fa lah kan… Setahu Kak Fa, hari sebelumnya tu adalah Kak Fa berborak dengan sahabat Kak Fa iaitu Nurul. Tapi tu pun di rumah Nurul sewaktu Kak Fa collect Abaya dari Saudi yang Kak Fa jual untuk dihantar pada customer Kak Fa. Tu jer… Bila sampai rumah tak terkeluar sedikit pun tentang isu berkhatan. Ahaksss… Ada sesiapa ke yang sebut pasal khatan dengan Firash ni? Tadi cerita juga dengan teacher kelas dia… Teacher dia pun tanya… Firash dah kenapa?
.
Bila anak dah mula bersuara tentang khatan… Itu macam bagi hint pada Kak Fa, yang dia ada rasa takut. Takutlah kan? Habis tu apa? Ha ha ha…
. Kalau tidak takkanlah dia sebut yang dia tak nak berkhatan. Manalah dia belajar perkataan tu ataupun manalah dia dengar perkataan sunat tu. Mana boleh? Tetap kena khatan juga. Tidak boleh tidak. Tunggu jerlah masanya tiba nanti. Sama ada cepat ataupun lambat jer. In Shaa Allah, by the age of 7 years dah khatan dah kot Firash? Sebab sememangnya dalam schedule asal yang Kak Fa plan, nak khatankan dia sewaktu dia berusia 7 tahun. Tak naklah tunggu lama-lama sangat. Ngee… Alamak!
Lepas khatan jadi bujang dah kan? Muahahaha… Cepatnya jadi bujang… Nampak tak konflik dalaman dan perasaan seorang ibu.
Sebelum-sebelum ni, Kak Fa ada berkongsi tentang menghilangkan rasa takut berkhatan di kalangan anak-anak, and now i’ve got to read it back untuk recap. Honestly, kalau Kak Fa cukup bajet sewaktu melahirkan Firash dulu, rasanya Kak Fa dah khatankan awal-awal. Whattt?
Khatan masa bayi? Mesti ada yang tertanya macam tu… Ha ha ha… Taklah semua, tapi dalam seorang dua pasti ada yang rasa macam whattt? But actually, Kak Fa memang pernah terbaca satu artikel dari Sirap Limau melalui pautan di SINI yang menyatakan bahawasanya terdapat ahli ilmuan yang berpendapat, anak lelaki lebih elok dikhatankan sejak hari ketujuh kelahiran mereka.
Antara sebabnya ialah supaya rasa kesakitan dapat diminimakan dan komplikasi di kalangan bayi adalah rendah. Ada doktor yang mengatakan berkhatan ketika bayi adalah lebih afdal kerana hanya mengambil 3-4 hari sahaja untuk sembuh berbanding kanak-kanak yang lasak. Memanglah…Kalau nak khatankan Firash at the age of 5 years old sekarang ni, Kak Fa sendiri pun rasa tak confident. Muahahaha… Sebab hanya jauhari yang mengenal manikam dan hanya Kak Fa yang tau capability lasak Firash tu sehingga ke peringkat mana. Oh no no no no…. not yet. He’s not ready yet. Dikatakan, kalau dikhatankan sewaktu bayi, mereka juga belum pandai makan macam-macam, jadi tak perlu risau untuk berpantang bagi mengelakkan keradangan.
Menurut pengalaman ibu-ibu yang pernah mengkhatankan anak lelaki semasa bayi, eloklah sekiranya dapat mencari klinik atau doktor yang mempunyai reputasi yang baik kerana anak masih terlalu ‘halus’ pada waktu bayi. Lazimnya, doktor juga akan memeriksa 3 perkara ini sebelum dapat menjalankan prosedur:
- Bayi sihat sepenuhnya, tidak demam atau mengalami sebarang komplikasi lain ketika lahir.
- Tali pusat sudah tertanggal.
- Alat kelamin bayi cukup panjang untuk melakukan prosedur tersebut.
Umur Paling Sesuai Untuk Anak Lelaki Berkhatan?
Kebiasaannya dalam Malaysia ni, yang Kak Fa dapat lihat, ibu bapa memang jenis setting target bila nak khatankan anak, pada usia berapa nak khatankan anak, ada yang lebih awal atas alasan tersendiri dan juga kesihatan seperti alat kelamin buta, ada yang memilih untuk melakukan ketika anak berusia enam atau tujuh tahun, ada yang memilih sedikit lewat. Mostly dalam average age lima hingga sepuluh tahun lah kan. And actually there is no specific time pun yang dikhususkan untuk anak lelaki berkhatan. Terpulang pada masing-masing bila nak khatankan anak-anak masing-masing.
Tak boleh ingat betul insiden semalam…Dengan muka selamba, dengan muka tak ada perasaan, tiba-tiba shout out yang dia tak nak sunat…
… Ada pilihan ke Firash? Tunggu ya tunggu… Sabar jap… Sampai masa memang kena juga… Pilih nak klamp ke nak laser? He he he… In Shaa Allah, In Shaa Allah… Mommy pilih yang paling tak menyakitkan dan paling cepat baik untuk Firash ya? 
great sharing
ReplyDelete