BUMBONG PHOTO DESIGN | Photo Shoot Raya 2018

Farah Waheda Wahid
2
BUMBONG PHOTO DESIGN_PHOTO SHOOT RAYA 2018

Ini betul-betul Raya orang bandar ni… Open-mouthed smile… Hari Raya pertama, keluarga orang lain sibuk dengan aktiviti ziarah menziarahi ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai, kami pula ada terselit di studio fotografi milik Bumbong Photo Design di Seri Pristana, Sungai Buloh untuk sesi BUMBONG PHOTO DESIGN | Photo Shoot Raya 2018. Slot kami pada hari Raya pertama tempoh hari adalah pada jam 4.00 petang. Smile. Suka ke? Tentulah suka dan seronok. Pertama kali nak ber-photo shoot di studio untuk seisi keluarga kecil kami. Memang pengalaman manis untuk Raya pada tahun 2018 ni bagi Kak Fa. Bukan selalu berpeluang begini kan? Sesekali bila berpeluang, kita gunakan sebaiknya untuk mengabadikan moment Raya sekeluarga kecil ini. Lagipun, Bumbong Photo Design ni adalah sangat senang untuk bekerjasama. Sangat ramah dan customer oriented gittew. Bukan sekadar photo shoot Raya sahaja ya? Tapi lebih dari itu… Apa yang lebih tu? Haaa yang lebih-lebih tu, kena ikuti entri Kak Fa ni sehinggalah ke penghujungnya. Baca sekerat jalan jer mana nak hadam dan mana nak tau apa kisahnya kan? Winking smile

Pertama sekali, of course, Kak Fa nak bercerita mengenai Photo Shoot Raya 2018 kami di BUMBONG PHOTO DESIGN. Bukan sebab minggu pertama Raya dah berlalu, pakej yang ditawarkan oleh BUMBONG PHOTO DESIGN ni dah basi ya? Sehingga kini, pakej BUMBONG PHOTO DESIGN untuk Photo Shoot Raya 2018 masih lagi terbuka untuk para pelanggan. Pakej yang ditawarkan adalah 30 minutes photo shoot, unlimited shoot, free 1 x 8R, free 10 pieces edited pictures dan any plain backdrop.  Harga pakej ini adalah sebanyak RM 89.00. Berpatutan tak? Kak Fa rasa ianya sangat-sangat berpatutan. Yang mana-mana tinggal berdekatan dengan kawasan Seri Pristana, Sungai Buloh tu sekiranya berminat bolehlah mencuba untuk menghubungi BUMBONG PHOTO DESIGN untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat perhubungan nanti Kak Fa akan kongsikan di akhir entri ini ya? Bagilah peluang Kak Fa nak tayang gambar Raya 2018 kami sekeluarga terlebih dahulu. Winking smile.

Kalau nak dikira dengan jari memang tak cukup. Sebab unlimited kan? Banyak gambar kami yang telah dirakamkan pada Hari Raya pertama tempoh hari. Kak Fa cuma akan pilih yang beberapa sahaja untuk dikongsikan untuk menunjukkan contoh kualiti photo shoot Raya 2018 kami tempoh hari. Antaranya adalah seperti yang Kak Fa paparkan di bawah berikut:

BUMBONG PHOTO DESIGN_PHOTO SHOOT RAYA 2018 (2)

BUMBONG PHOTO DESIGN_PHOTO SHOOT RAYA 2018 (3)

BUMBONG PHOTO DESIGN_PHOTO SHOOT RAYA 2018 (4)

BUMBONG PHOTO DESIGN_PHOTO SHOOT RAYA 2018 (5)

BUMBONG PHOTO DESIGN_PHOTO SHOOT RAYA 2018 (1)

Kalau nak diikut-ikutkan memang semua gambar yang telah dirakamkan Kak Fa suka, tapi takkanlah semua Kak Fa nak masukkan di dalam entri ni kan? Tak larat Kak Fa nak watermark beratus-ratus gambar tu ha… Ihiksss… Kak Fa memang puas hati dengan servis yang ditawarkan. Cumanya… Bila nak bergambar dengan anak kecil yang sedang melasak ni, faham-faham jerlah kan? Bukan mudah kerjanya. Memang bukan setakat mak yang berpeluh-peluh nak mengawal anak kecil, termasuk photographer pun jenuh nak dapatkan kerjasama dari anak kecil yang bernama Iman Firash. Kerjanya sibuk nak berekplorasi di dalam studio orang. Huuuu… Akak minta maaf banyak-banyaklah dik…. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tapi baguslah sebab semua kakitangan di BUMBONG PHOTO DESIGN sangat bertabah dan bersabar dengan kerenah serta ragam Iman Firash.

Sedikit tips mengambil gambar studio bersama anak-anak yang masih kecil dan tak mudah nak dapat kerjasama:

Kebersihan Anak

Pastikan anak-anak anda bersih dari sebarang kekotoran, sama ada di baju, rambut dan paling penting lampin pakai buang (jika masih berlampin) baru ditukar. Bagi anak-anak yang sudah tidak memakai lampin lagi, pastikan sebelum bergambar anak-anak sudah membuang air terlebih dahulu. Proses merakam gambar mengambil masa, kalau nak campur dengan tukar lampin pakai buang segala bagai, mungkin boleh mengakibatkan mood ibu bapa dan anak-anak berubah.

Bercerita Pada Anak

Sebelum nak sampai studio tu, Kak Fa bercerita pada Firash tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebab dah boleh faham kan? Saja nak bagi idea apa yang akan berlaku.

Mood Anak

Ini paling penting kot… Kalau mood swing, apa pun tak boleh. Sebab kita tak nak sampai ada air mata masuk di dalam gambar dan episod meraung mulut menganga besar-besar. Ihiks… Siapa yang tak nak the best shot kan? Semua nak. Tapi mood anak itu memainkan peranan yang sangat besar di dalam penghasilan gambar yang terbaik.

Jurugambar Mesra Kanak-Kanak

Alhamdulillah, photographer kami di BUMBONG PHOTO DESIGN sangat mesra kanak-kanak serta pandai mencuri dan menarik perhatian kanak-kanak. Ada jer macam-macam idea, akal dan gaya photographer untuk menarik perhatian Firash. Kalau seseorang photographer itu dapat menarik perhatian Firash dan mengambil gambar Firash dengan baik, itu memang photographer yang terbaiklah tu. Sebabnya? Hanya Kak Fa dan Babah dia tahu bagaimana sukarnya untuk mencuri perhatian seorang kecil molek bernama Iman Firash. Kerjasama tu boleh didapatkan, tapi kadang-kadang terpaksa gunakan sedikit ugutan supaya dia boleh bekerjasama. Tak banyak sikit pasti ada sesuatu ungkapan berbentuk ugutan yang akan terkeluar dari mulut Mommy dia ni.

Alamat BUMBONG PHOTO DESIGN:
B-2-11 (1st Floor)
Jalan SP 11/1 Seri Pristana
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan

Bagi Photo Shoot Raya 2018 ada tawaran menarik untuk anda di mana pihak BUMBONG PHOTO DESIGN & ONED PICTURES memberikan 2 keping gambar bersaiz 8R, sekiranya anda melakukan tempahan untuk sesi PHOTO SHOOT RAYA secara ONLINE bermula pada dari 22 June 2018 sehingga ke penghujung SYAWAL.

Bayaran RM 10 sewaktu melakukan tempahan secara ONLINE dan RM 79.00 selepas sesi bergambar. Smile

Untuk Sebarang Pertanyaan anda boleh terus berhubung dengan mereka di pautan di bawah:
WANDY


*Psssttt… Yang nak kahwin tu, bakal bertunang ataupun ada apa-apa majlis rasmi yang memerlukan perkhidmatan jurugambar pun boleh menghubungi BUMBONG PHOTO DESIGN. Kualiti memang tip top dan harga sememangnya berpatutan ok? Tak percaya, cubalah hubungi mereka dulu untuk rundingan dan konsultansi. Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !