Anak Susah Nak MOVE ON… Ini Perkara Biasa Sangat…

Farah Waheda Wahid
2
ANAK SUSAH NAK MOVE ON... INI PERKARA BIASA SANGAT...
Bab-bab anak susah nak MOVE ON ni… memang pengalaman sangat dah ni… Nerd smile. Luas sangat sangat pengalaman Kak Fa dalam bab parenting yang satu ni. Sehinggakan anak susah nak MOVE ON … ini perkara biasa sangat… Sampaikan ada satu-satu masa, Kak Fa lebih suka mencuri masa yang ada di sana sini untuk melakukan kebanyakan perkara bersendirian tanpa kehadiran Firash. Masuk supermarket, susah nak MOVE ON dari rak display barang-barang permainan, selagi tak dapat at least “sekotak”, loose piece dia tak main ok? Selagi tu dia akan berdiri tegak bagai patung cendana di situ. Lalu kawasan indoor playground, selagi tak singgah selagi tu dia akan cuba memboloskan diri dari Kak Fa untuk ke kawasan indoor playground tu. Ok lah… mengalah… Bagi peluang anak nak main…Bila dah main pula, susah pula nak berganjak… Sampaikan kadang-kadang, walaupun Kak Fa seboleh-boleh tak nak gunakan teknik ugutan terpaksa juga ugut dia supaya dia nak balik. Phewww…

Itu tak termasuk kalau dapat berendam dekat mana-mana taman tema air lagi tu. Itu lagilah… memang payah betul nak MOVE ON tu… Jenuhlah dok pujuk ajak balik. Kadang-kadang tu sampai dah kecut jari jemari kaki tangan dibuatnya… Gagah lagi nak berendam… Ok noted… Budak-budak kalau dapat air kan? Memang macam tulah ragamnya… Kebanyakan budak-budak memang macam tu. Bukan Firash sorang jer kan? Memang boleh buatkan Kak Fa rasa macam erghhhhh kadang-kadang. Cumanya… Memang kena banyak-banyak bersabar. Jadi mak-mak ni tingkat kesabaran memang suka tak suka, nak tak nak kena tinggilah. Sebelum nak meletus atau meletops kena fikir panjang kesan jangka masa panjang. Tapi sabar pun ada hadnya kan?

But do you know, yang situasi seumpama ini sebenarnya adalah sebahagian daripada proses perkembangan anak-anak kecil? Perangai susah nak MOVE ON kalau dibiarkan lama-lama memang tak terkawal dan sudahnya kita ni yang jadi parents yang akan tertekan. Hu hu hu… Crying face. Tak senang nak handle situasi macam ni, cabarannya… Allahu… yang jadi mak-mak dan ayah-ayah sahaja yang tau bagaimana mencabarnya. Ekekeke… So nak kena buat apa? To stop this? To prevent this? Again, Kak Fa kongsikan sekali lagi artikel dari Puan Maryam Jamadi yang merupakan seorang Pediatric Occupational Therapist (kali kedua Kak Fa kongsikan tips dari beliau di www.bubblynotes.com ni…) melalui pautan di SINI.

Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi supermarket, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai. Menurut Puan Maryam, anak beliau pun ada ciri-ciri sebegini sebelum ini, memang susah sangat nak MOVE ON bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri. Rolling on the floor laughing. Puncanya adalah kerana semasa ini anak tidak tahu lagi yang semua barang yang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat, bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia. Smile.

Puan Maryam pasti ramai juga ibu bapa yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula di dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana-mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, sila bersedia mental dan juga fizikal ya? Pertama, perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.

Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa permainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk MOVE ON pun penting di dalam perkembangan anak-anak kecil. Untuk mengelakkan masalah besar di kemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal. Smile. Memanglah… Kak Fa pun sama, kalau boleh kita nak beri semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan ibu bapa dan belajar bertolak ansur kerana tidak semua yang dikehendaki dia, akan dia dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.

Konsep Kepunyaan

Konsep ini sebenarnya sudah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana pada waktu ini perkembangan emosi anak sudah mula berkembang dan normal pada waktu ini sudah mula tahu diri sendiri berbeza dengan ibu bapa. Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada permainan, beritahu anak yang permainan itu bukan anak punya. Ini memang Kak Fa setuju, sebab memang dari kecil lagi, Kak Fa tak pernah biasakan Firash untuk memegang barangan milik kanak-kanak lain ataupun menggunakan barangan milik kanak-kanak lain. Bukan berlagak, bukan rasa diri bagus, tetapi Kak Fa nak ajar dia. Tak lah kenalah explain, sesetengah orang tak faham kan? Winking smile. Usik barang orang lain, Kak Fa memang akan tegah, tapi kalau kawan-kawan nak main permainan Firash atau kongsi permainan Firash Kak Fa tak kisah. Smile. Cuma Firashlah Kak Fa kawal.

Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya di dalam kes Puan Maryam dan anaknya, “Ini baju Mommy, ini baju Eva” atau “Mommy punya, Eva punya”. Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaan, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.

Kaedah Bercerita (Story Telling)

Beritahu anak tempat mana yang akan kita tuju supaya dia mula lepaskan perasaan seronok lebih awal. Kalau ibu bapa dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada di sana dan sebagainya. Libatkan anak di dalam setiap apa yang ibu bapa lakukan supaya nak rasa dihargai dan dihormati.

Time Out

Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan bermain. Kalau anak-anak di bawah umur 2 tahun, mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya, “Jom, jalan-jalan”, “Jom balik, kita pergi makan”. Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak, 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum. Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, ibu bapa perlu tahu untuk memanipulasi anak-anak ikut kreativiti.

Macam Kak Fa, Kak Fa suka cari apa kelemahan dia sehinggakan dia akan menurut kata. Tapi, Alhamdulillah, progressing dia sudah mula faham, tak berapa nak susah sangat sekarang ni macam sewaktu dia berusia 2-3 tahun dulu. Winking smile.

Belajar Melepaskan Barang

Ini adalah apa yang Puan Maryam terapkan kepada anak beliau supanya cepat MOVE ON dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah. Rolling on the floor laughing. Anak di bawah umur 2 tahun, sememangnya sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu ke mana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak merata-rata. Flirt male. Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, ibu bapa boleh cuba terapkan konsep bermain permainan di satu tempat, kalau nak pergi ke tempat lain anak-anak kena tinggalkan dahulu.

Contohnya, bermain masak-masak di ruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan permainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa ke mana-mana. Puan Maryam dan anak beliau, beliau akan minta anak beliau “bye” semua barang dahulu sebelum pergi. Ihiksss… samalah dengan Kak Fa… Firash jom naik atas tidur, kadang tu lajak juga dia nak angkut semua barang permainan dia, dari situ Kak Fa kata, say bye to Thomas and Friends. Thomas and Friends pun nak tidur dah. Macam tulah. Berjaya… Memang dia bye barang permainan dia, dari dulu sampai sekarang.

Konsepnya mudah, kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat pada anak dahulu. Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur. Kalau kita nak anak dengar cakap kita, kita kena dengar cakap anak juga sesekali. Kalau kita nak anak ikut kita, kadang-kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi. Give and take. Jangan anggap anak seperti bayi yang tidak tahu apa-apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang sedang belajar tentang kehidupan.

Kesimpulannya, sebelum anak belajar manipulate kita, jom kita manipulate anak dulu. All the best! Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bagus juga tips 2 ini. Tak tahulah untuk orang lain, tapi dari pengalaman sendiri anak yang mild autism ni, lagi banyak dan lebih intensif tips2 tersebut kena dibuat untuk anak ingat. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !