STRUGGLING YEARS Bagi Seorang WORKING MOM

Farah Waheda Wahid
0
STRUGGLING YEARS BAGI SEORANG WORKING MOM

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya yang melalui yang akan memahami. Tak mudah. Tak senang. Itu fasa yang Kak Fa sendiri sedang lalui yang Kak Fa klasifikasikan sebagai STRUGGLING YEARS bagi seorang WORKING MOM. This refers to when your child is a newborn, baby, toddler and preschooler or even a Standard 1 or 2 student. Smile. What actually that I am trying to say? Let’s read ya? Kak Fa cuba susun apa yang Kak Fa nak sampaikan ni satu persatu mengikut milestone secara throwback apa yang Kak Fa pernah lalui ya? Senang macam tu kot? Kak Fa rasa cerita akan jadi lebih tersusun dengan cara begitu.

Waktu selesai berpantang dan tamat cuti bersalin adalah waktu separation yang sangat sukar bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Tidak kira anak pertama, anak kedua, anak ketiga, anak keempat, anak kelima dan seterusnya. Paling terasa bila itu adalah anak pertama. Anak kedua dan seterusnya mungkin boleh bear with it dah kot? Selama beberapa bulan duduk di rumah, menjaga anak, menghadap anak 24/7 tiba masa untuk kembali bertugas di pejabat. Of course, hati rasa berat jer nak tinggal anak. Bila sampai di pejabat, buat peringkat permulaan, apa yang Kak Fa pernah rasa, asyik teringat anak di rumah dan kalau boleh nak jam tu cepat jer berputar. Tapi sabar jap! Cari rezeki kan? Untuk anak juga kan? Masih boleh bertahan lagi by at least knowing that Firash is in a safe hand.

Masa-masa ni kan, Kak Fa akan kerap telefon Mama Kak Fa bertanyakan Firash buat apa, Firash ok ke tidak. Ha ha ha… Open-mouthed smile Sampaikan Mama Kak Fa naik rimas dan suruh Kak Fa kerja jer kat office tu tak payah nak call banyak kali tanya anak. Itu satu hal. Bila petang, hati akan melonjak-lonjak nak cepat balik! Tak sabar sangat rasa dalam hati ni nak balik. Tak menyempat-nyempat jam tu nak berputar ke waktu habis pejabat, 15 minit sebelum tu dah sibuk nak berkemas sebab nak standby nak terus balik dan kalau boleh tak nak traffic congestion tu melambatkan masa Kak Fa untuk balik dan peluk cium Firash. Itu yang Kak Fa rasa.

Note that:- Apa yang Kak Fa belajar dari situasi ni… Memang waktu selepas pejabat itu adalah waktu kita dan suka hati kitalah nak buat apa pun kan? Tapi… Dalam keterujaan kita nak balik rumah nak dapatkan anak tu sebenarnya ada mata yang memerhati. Mata yang memerhati ni bukannya sesiapa tetapi mata yang memerhati ni adalah ketua kita di pejabat. Macam mana eh nak cakap? Tak semua ketua begini, ada juga yang sangat memahami, tapi ada di antara ketua-ketua di pejabat yang akan berasa kurang senang apabila kita mengejar waktu habis pejabat hanya semata untuk balik rumah dan mendapatkan anak. Sememangnya hak kita selepas habis waktu pejabat. Pandangan bagi sesetengah ketua di pejabat, mungkin kita tidak fokus, kita tak willing to go beyond our task or kita tak willing to go to the extra mile. Pada pandangan dan persepsi sesetengah dari mereka, bila hampir tibanya kita pada waktu habis pejabat, fikiran kita dah tak fokus di pejabat. Jasad jer ada di pejabat tapi fikiran, hati, jiwa semua dah terbang ke rumah dah. Sorrylah kalau ada yang tak bersetuju, tapi ini fakta.

Solusinya, especially to those first time mom yang merupakan working mom… Tak payah nak tunjuk excited sangat nak balik depan sesiapa pun dalam pejabat. Tak payah tunjukkan kita terkejar nak balik sebab anak sangat. Walaupun dalam hati kita sememangnya meronta-ronta tak sabar nak berjumpa dengan anak. Buat macam biasa, macam tak ada apa-apa. Jangan menampakkan sangat. Jadi tak adalah ketara sangat pada pandangan mata orang yang kita shut everything about work after 5.00 pm or 5.30 pm or 6.00 pm. Sebab kan, kenyataannya, perkara macam ni boleh jadi isu yang boleh dikaitkan dengan prestasi kerja kita juga. Iyalah, sekarang zaman kompetitif, ekonomi pun tak menentu, ramai syarikat kalau boleh nak kurangkan kos – jangan ada silap sikit atau jangan bagi mereka ruang sedikit pun nak jadikan satu-satu benda tu sebagai isu. Nampak macam sebenarnya alaaa… tak ada apa-apa pun, perkara kecil jer… Don’t be surprise, perkara kecil ni boleh jadi isu juga ya? Memang kita tak boleh nak hadam bila perkara ni disuarakan kepada kita, memang hak kita masa kita selepas habis waktu pejabat… But you will never know ok? Errr…harapnya fahamlah apa yang Kak Fa cuba sampaikan ni.

Isu balik on time or on the dot satu perkara yang sesetengah WORKING MOM terpaksa hadap bersama ketua di pejabat. Isu cuti kecemasan juga salah satu perkara yang menjadi isu yang WORKING MOM struggle ketika anak-anak masih kecil. As a mom, we will never know bila tiba-tiba anak tak sihat (selalunya kes anak tak sihat lah), we will never know bila tiba-tiba pengasuh tak available disebabkan ada kecemasan sendiri ke… We have no options. Terpaksa cuti kecemasan atau tiba-tiba terpaksa balik ketika sedang bekerja. Betul tak? Hakikatnya walau ada ketua yang faham, kebanyakan ketua tak berapa nak gemar cuti kecemasan atau tiba-tiba terpaksa minta izin half day Emergency Leave ni. Ada yang jenis sekali dua dia diamkan dan perhatikan sahaja. Ada yang jenis bila dah masuk kali ketiga dia dah akan mula bersuara pada kau. Ada yang jenis dia akan kumpul jer banyak-banyak sepanjang tempoh sebelum penilaian prestasi tahunan, masa tu dia akan keluarkan pada kau apa yang dia rasa kau kena kurangkan. Hati kita ni hati seorang ibu, hati mereka hati yang hanya nampak pekerja perlu komited pada tugas di pejabat. Note that:- Sebab perkara ni pun ada sesetengah ketua boleh letak cop mohor pada diri kau yang kau taklah komited sangat ataupun bukanlah seorang yang komited pada kerja. On the other hand, they even can note that you are not as commited as you are before you are having a child. Pedih kan? Pedih oooo…. Mungkin ada orang kata, takkanlah… Tapi memang realiti bagi sesetengah organisasi. Masa tu kau rasa kejamnya manusia-manusia ni. Cubalah faham sedikit situasi. Ha ha ha… Smile with tongue out.

Ada lagi… Bab borang permohonan cuti. Ada sesetengah role dalam pejabat bila kau nak minta cuti memang susah. Sedangkan kau entitled cuti tahunan kan? Betul tak? Bila kita hantar borang permohonan cuti tu bermaksud adalah keperluan kita nak bercuti. Bukan kita saja-saja dan suka-suka nak hantar borang cuti tu macam tu jer. Kadang-kadang ada urusan anak-anak seperti hantar anak pergi dapatkan imunisasi ke? selesaikan pendaftaran sekolah anak ke? urusan keluarga ke? nak gunakan cuti tahunan sebab nak habiskan dan masa tulah masa yang terbaik untuk kau bercuti yang sesuai dengan kalendar seisi keluarga ke? ataupun kau nak ambil sedikit waktu untuk berehat dari bebanan tugasan di pejabat yang workload-nya ya ampunnn…. Sebab kau rasa kau perlu berehat seketika… Kalau tak takut-takut nanti jasad sahaja masuk office tapi hati, jiwa semua entah melayang ke mana. Manusia bukan robot perlu rehat juga. Nak bercuti sebab pengasuh tak available ke? Tak ada orang nak jaga anak jadi terpaksa cuti.

Note that:- Kekerapan mengambil cuti pun boleh menjadi satu isu yang boleh dibangkitkan oleh sesetengah ketua di pejabat. Kekerapan mengambil cuti juga membuatkan ketua di pejabat timbul dengan satu persepsi baru yang mereka cipta di dalam kotak pemikiran mereka and what they want to believe. Solusinya, suka tak suka, mau tak mau, kena jarakkan sedikit cuti dan tak boleh cuti dalam jarak masa yang dekat. Tapi masalahnya, kadang-kadang bukan kita sesuka hati nak cuti. Terpaksa cuti! Ya tak? Alahaiii… Itu yang buatkan kadang-kadang buatkan kau rasa… Ermmm.. Can you please brain this? I need to take leave! Muahahaha… Open-mouthed smile. Sebab tu ada sesetengah organisasi agak skeptical bila interview candidates for a post. Mereka akan keluar soalan cliche yang berbunyi seperti are you married? do you have any children? how many of them? how old are they? Haaa… korang jangan tak tau… Tu semua diaorang nak tau sebab diaorang nak tengok sama ada all those things surrounding you  will effect your work performance or not.

Apa Kak Fa throw out ni bukan pengalaman setahun dua, setempat dua. I’ve been attached to few organisations and work culture. I’ve been experiencing and I’ve been seeing things. Memang sewaktu anak-anak di fasa newborn, baby, toddler, preschooler, Standard 1 or Standard 2 would be a bit of struggle and juggle adapting to situation like this as a working mom. Even people are telling us that they understand, they might not fully understand. As a working mom, you kena pandai memainkan peranan di dalam situasi macam ni. Anak sayang, kerjaya pun sayang sebab hakikatnya bukan senang nak mencari kerja dalam zaman kini. Sangat-sangat kompetitif. Sebab dah lalu macam-macam… Kak Fa keep telling myself pandai-pandailah kau Kak Fa. Sebab Kak Fa dah pernah rasa bagaimana rasanya tak bekerja untuk satu tempoh masa yang sangat panjang while you need the money to survive. Jadi nak tak nak,  memang kena pandai-pandai jaga. Of course harapan kita besar supaya people understand our situation, tapi tak semua boleh faham situasi yang kita lalui sebagai working mom. Memang harapan kita besar ketua kita di pejabat jadi seseorang yang memahami but we can’t stop them from thinking about us on the other side betul tak? Again pandai-pandailah… He he he….

Thats why Kak Fa kata, it is the struggling years bagi seorang working mom. Mula-mula jer… Sewaktu anak sedang dalam fasa membesar. In Shaa Allah, semakin anak meningkat usia akan semakin baik keadaannya. Kak Fa rasalah melalui apa yang Kak Fa observe. Winking smile. Tak apa… take it as a challenge… dan buktikan yang walaupun kita ni ibu bekerja yang mempunyai anak kecil di rumah kita masih mampu perform dengan kerjaya kita supaya persepsi itu boleh berubah.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !