Kenapa Kak Fa Syorkan AFYAT BABY FOOD Untuk Ibu-Ibu?

Farah Waheda Wahid
2
AFYAT BABY FOOD

Teringat sewaktu Firash berusia 6 bulan dan mula-mula belajar makan dulu. Kak Fa mengaku, Kak Fa belum cukup istiqomah nak konsisten menyediakan puree untuk Firash pada waktu itu. Ada masanya Kak Fa memang sediakan sendiri puree untuk Firash, ada masanya Kak Fa terpaksa beli puree segera berjenama antarabangsa untuk Firash, ada masanya Kak Fa terpaksa beli kentang putar tanpa gravy dari KFC. Itu Kak Fa mengaku. Kak Fa memang tidak sesempurna mana di dalam menyediakan makanan bayi untuk Firash disebabkan oleh kekangan masa dari pelbagai faktor. Kak Fa ni nampak jer macam time management perfect you alls. Ada waktu-waktu Kak Fa terbabas dan out of hand juga. Kak Fa bukanlah ibu yang sempurna dan tip top di dalam penyediaan makanan bayi tetapi sekurang-kurangnya Kak Fa mencuba dan sekurang-kurangnya Firash tetap mendapat sumber makanan yang berkhasiat di dalam proses tumbesaran dia kan? Belum pernah lagi sepanjang waktu itu Firash menangis kelaparan akibat sesekali tidak mendapat air tangan ibu ini. Smile. Tiba-tiba terfikir, kalaulah pada waktu itu Kak Fa mengenali AFYAT BABYFOOD… Alangkah ringannya sedikit tugasan Kak Fa? Alangkah baiknya untuk Firash? Tapi tak mengapalah… Dah pun berlalu… Cuma Kak Fa nak syorkan kepada ibu-ibu yang masih mempunyai bayi di rumah untuk berikan anak-anak anda AFYAT BABYFOOD. Kenapa Kak Fa syorkan AFYAT BABYFOOD untuk ibu-ibu? Sehinggakan Kak Fa menjadi rajin sungguh menaip hari ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile Adalah cerita tetapi kenalah baca baru tau.

AFYAT BABYFOOD (2)

So happen, team Afyat ada hantarkan Kak Fa 2 strip AFYAT BABYFOOD dengan pelbagai perisa yang penuh khasiat untuk Kak Fa sendiri alami pengalaman bersama AFYAT BABYFOOD sebelum Kak Fa berkongsi dengan para pembaca Kak Fa di www.bubblynotes.com. Macam Kak Fa katakan sebelum-sebelum ni, apa-apa pun, Kak Fa kena jadi guinea pig dulu sebelum Kak Fa berkongsi. Kemudian, barulah Kak Fa boleh ceritakan pengalaman sebenar Kak Fa bersama-sama anda. Apa orang kata? Barulah penceritaan tu datang dari dalam hati setelusnya. Ekekeke… Open-mouthed smile. Kalau sungguh bagus, Kak Fa katakan bagus, kalau tidak atau kurang sedikit, Kak Fa kena jujur di dalam penceritaan Kak Fa.

AFYAT BABYFOOD (3)

Sebenarnya Kak Fa sendiri dah rasa satu persatu setiap perisa puree yang dikeluarkan oleh AFYAT BABYFOOD. Tapi Kak Fa tak rasa seorang diri ya? Winking smile Of course ada seorang tester lagi yang diberi nama Iman Firash. Kak Fa kena lihat reaksi jujur dari Firash sendiri juga. Takkanlah pendapat Kak Fa seorang jer kan? Mesti dapatkan testimoni daripada mereka-mereka yang boleh diletakkan di dalam kategori yang boleh memakan puree lagi. Itu penting! Smile.

AFYAT WEEK 2 & 3 MARCH

Kesemua perisa puree yang dikeluarkan oleh AFYAT BABYFOOD sememangnya berasaskan bahan-bahan premium yang berkualiti tinggi yang boleh dirasa sendiri bila kita menyuapkan sesudu puree AFYAT BABYFOOD ke dalam mulut kita. Sebagai manusia, kita semua mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti kualiti sesuatu makanan itu bila dimasukkan ke dalam mulut ya tak? Jika tak segar dan bahan-bahan yang kurang berkualiti terdapat di dalam sesuatu makanan itu, kita sendiri boleh rasa perbezaannya. Macam tulah yang Kak Fa rasa bila Kak Fa mencuba AFYAT BABYFOOD di dalam tempoh beberapa minggu yang lalu.

Apa lagi yang Kak Fa boleh rasa? Open-mouthed smile… Ha ha ha… Ok, ini penting untuk ibu-ibu di luar sana semua tahu sebelum mengambil keputusan untuk mencuba AFYAT BABYFOOD ini. Sebab bagi Kak Fa, kalau Kak Fa masih mempunyai seorang bayi di rumah, Kak Fa sendiri akan pastikan perkara-perkara ini dikenalpasti sebelum memberikan anak Kak Fa mengkonsumsi sesuatu jenis makanan. AFYAT BABYFOOD tidak mengandungi gula ataupun bahan pengawet serta perisa tambahan. It is solely and naturally prepared with freshness and tasteful walaupun tak ada bahan-bahan yang Kak Fa nyatakan tadi. It is as good as homemade puree by a mom itself. Jadi bagi ibu-ibu yang tak sempat atau tidak berkemampuan untuk istiqomah menyediakan makanan bayi, this would be the right choice for you though. Mudahlah bila dah ada bantuan sebegini. Jadi anak-anak masih boleh menikmati makanan bayi setanding air tangan ibu sendiri.

Jom kita sama-sama lihat apa kata ibu-ibu ini mengenai AFYAT BABYFOOD:


Sudahlah setanding air tangan ibu. Kandungan yang berkhasiat. Ini adalah sesuatu yang semua ibu-ibu yang mempunyai bayi di luar sana patut cuba. Tak kira ibu bekerjaya mahupun ibu sepenuh masa. Tak semua dari kita mampu untuk konsisten dan tak semua dari kita punya kemampuan untuk konsisten. Bukanlah Kak Fa kata tak boleh. Malas bukan istilahnya di sini ya? Cuma mungkin AFYAT BABYFOOD boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal bagi sesetengah daripada ibu-ibu yang mempunyai bayi di luar sana.

Cara penyediaan puree yang dikeluarkan oleh AFYAT BABYFOOD juga tidaklah sesukar mana, cuma perlu:

Defrost Pada Suhu Bilik

Keluarkan AFYAT BABYFOOD 1 jam lebih awal sebelum makan dan letakkan di tempat selamat pada suhu bilik; ATAU

Defrost Microwave

Keluarkan AFYAT BABYFOOD dari peti sejuk beku dan defrost menggunakan microwave dalam tempoh masa 2 sehingga 3 minit. Terus boleh dimakan; ATAU

Defrost Double-Boil

Tuangkan 1/3 air dalam periuk, kemudian masukkan AFYAT BABYFOOD di atas satu bekas besar  dan letakkan bekas di atas periuk. Masakkan air sehingga mendidih atau kelihatan puree sudah lembut.

Mudah kan? Menjimatkan masa pun iya. Setiap adunan AFYAT BABYFOOD  dijaga rapi dan pastinya dapat memberikan khasiat dan nutrisi yang anak-anak kecil perlukan. Optimum? Yes! Vitamin dan mineral amat diperlukan untuk tumbesaran otot, kulit, organ, darah dan tulang anak-anak kecil. Semuanya kini mudah didapati di dalam sebotol AFYAT BABYFOOD. Berbaloi kan? Make the right choice for your toddlers now! Tak perlu rasanya Kak Fa huraikan setiap satu daripada khasiat setiap bahan-bahan yang AFYAT BABYFOOD gunakan di dalam puree mereka. Sebabnya… You know better how good are all those ingredients used in AFYAT BABYFOOD to your baby. It’s good for your baby growth, for their development, for their eye-sight. Pendek kata, bagus untuk anak-anak kecil dari setiap segenap segi proses tumbesaran mereka.

For more info, anda boleh terus ke pautan Laman Facebook AFYAT BABYFOOD dan juga Laman Instagram AFYAT BABYFOOD sekarang!

Harga pun tak adalah mahal mana pun, masih mampu milik untuk semua ibu bapa di luar sana tanpa mengabaikan khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh anak-anak kecil.

AFYAT BABYFOOD (6)
Rasanya sedang elok sangat Kak Fa sharing tentang AFYAT BABYFOOD ni sekarang. Bagi Kak Fa lah. Kak Fa rasa ini macam the right timing for it. Nak nak lagi bulan Ramadhan bakal menjelma, kemudian disusuli dengan Aidilfitri pula. AFYAT BABYFOOD comes handy the most at this point of time. Bulan Ramadhan membantu ibu-ibu menjimatkan masa. Aidilfitri pula it comes handy bila AFYAT BABYFOOD ni senang untuk dibawa ke mana-mana dengan bentuk packaging-nya. Iyalah, kita-kita beraya takkan nak biarkan anak-anak kecil yang masih belum makan juadah raya pandang sahaja dan kelaparan kan? At least, sedikit sebanyak, it helps to ensure that our baby wont be starving while we sibuk with Raya. Isn’t it?

Go! Give it a try today! I’m sure you will not regret! Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tudia.. macam-macam ada dah sekarang ini. zaman cik azue, masak sendiri la makanan baby kalau nak buat frozen pun

    ReplyDelete
  2. moga membesar dengan sihat anak-anak kecil. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !