Amboiii… Sakan Kak Fa tengok masing-masing upload status, upload gambar ber-shopping Raya bersempena dengan cuti hujung minggu yang baru lepas ni. Bahang Raya dah mula dah ke? Nak tanya… Dah habis shopping Raya? Dah borong habis semua?
. Ke… masih ada yang tak cukup lagi? Ke… nak menambah lagi? Dari sepasang ke dua pasang? Dari dua pasang ke tiga pasang? Kasut Raya dah dapat? Terfikir nak tambah kasut Raya lagi ke? Manalah tau kan?
… Kalau belum sempat beli kasut Raya ataupun hati berkata-kata nak menambah bilangan pasangan kasut Raya yang dah dibeli… Ni Kak Fa nak meracun sikit ni. Nak meracun dengan bercerita yang kasut Raya Kak Fa tahun ni kannn… kasut raya di bawah RM100 dengan BATA RAYA COLLECTIONS 2018 jer. Nak tak? Kasut raya harga bawah RM100 macam Kak Fa tapi memang cantik, memang selesa dan memang berkualiti? Kalau nak… Baca dan hadamkan ya? 
So happened laaa… Tak planning pun… Hari tu Kak Fa sempatlah menyinggahkan diri Kak Fa ni di Mid Valley Megamall. Teragak nak singgah sebab dah lama sangat Kak Fa tak turun padang ke Mid Valley Megamall. Tak pasang sebarang hajat pun nak shopping dalam hati ni. Sekadar saja-saja nak singgah dan cuci-cuci mata di dalam aktiviti window shopping.
. Percayalah… memang tak ada terlintas pun nak beli apa-apa (tapi masih boleh consider lagi lah kalau nak membeli
muahahaha…). Dari satu kedai ke satu kedai Kak Fa masuk cuci mata, sehinggalah ke akhirnya terrrr… terberhenti di kedai Bata. Bila dah terberhenti tu… Alamak… Sales Assistant dekat outlet Bata tu tengah susun BATA RAYA COLLECTIONS 2018 laaaa…
. Cantik weiiii…. Macam berminat pula Kak Fa nak membelek-belek dengan lebih details.
Sudahnya? Sudahnya melekat dekat Bata. Gigih Kak Fa tunggu Sales Assistant tu habis menyusun. Semata-mata nak tengok dengan lebih dekat sambil alang-alang nak cuba catwalk dengan kasut Raya display dari range BATA RAYA COLLECTIONS 2018. Kak Fa kan peramah orangnya? Suka pula beramah mesra dengan orang lain kan? Macam-macamlah Kak Fa tanya itu ini dan bersungguh-sungguhlah Kak Fa minta Sales Assistant di Bata tu tunjukkan Kak Fa kesemua BATA RAYA COLLECTIONS 2018 yang telahpun sampai di outlet mereka di Mid Valley tu.
Yang Kak Fa nak beritahu, untuk koleksi Raya 2018 di bawah rangkaian BATA RAYA COLLECTIONS 2018 pada kali ini, semua rekaan kasut dari jenama Bata yang Kak Fa perhatikan tempoh hari adalah rekaan terkini yang trendy, berkualiti dan juga sangat selesa. Sebelum membelek kasut anak (sebab anak dah banyak pasang kasut kan… jadi turn Mommy dia lah pula… Ahaksss…), Kak Fa belek-belek dulu kasut untuk diri Kak Fa. Bila bab memilih kasut ni, Kak Fa memang pretty fussy dan bukan senang nak memuaskan hati Kak Fa. Kak Fa selalunyalah… Tak nak design yang macam makcik-makcik tetapi nak sesuatu yang selesa. Tak semestinya heels, tak semestinya stilleto, tak semestinya wedges, tak semestinya flat… Bergantunglah… Bergantung kepada yang mana hati Kak Fa ni berkenan. Selesa tu penting pada Kak Fa.
Pusing kanan, pusing kiri lebih kurang tiga empat kali dalam kedai Bata tu, Kak Fa seolah berkenan dengan rekaan-rekaan yang Kak Fa paparkan di bawah:
Rekaan yang ringkas menggunakan material baldu yang Kak Fa imaginasikan kalau Kak Fa pakai memang senang jer ni. Sarung jer… Nak kejar anak yang berlari macam lipas kudung sewaktu beraya bila nampak laman rumah yang luas pun senang ni. Tak perlu nak button, nak ikat atau terkail-kail nak pakai. Sarung jer laju-laju lepas tu boleh kejar Iman Firash. Ha ha ha…
Nampak tak imaginasi mak-mak macam mana? 
Yang kedua, Kak Fa minat pada seleksi rekaan yang Kak Fa paparkan di bawah:
Rekaan lebih moden dengan menggunakan material seperti baldu, satin serta aksesori tambahan seperti batu dan kristal pada perincian kasut. Warna-warna yang ditawarkan pun menarik. Antara warna-warna yang menjadi pilihan di bawah BATA RAYA COLLECTIONS 2018 adalah seperti coklat, maroon, emas, merah jambu dan coklat cair. Well… coklat, coklat cair kan in dengan Kak Fa untuk Raya 2018 ni?
Memang sukalah Kak Fa kan? Bila Bata keluarkan BATA RAYA COLLECTIONS 2018 yang macam ini. Cuma pilih jer Kak Fa nak yang mana… Sama ada Kak Fa nak kasut jenis baji? tumit tinggi? ataupun tapak rata? Harga pun memang sangat-sangat menggembirakan poket Kak Fa bila mana kesemua koleksi adalah di antara RM59.99 sehingga RM129.00 sahaja.
Tepuk dada tanya selera… nak kasut Bata yang lebih moden ataupun kasut Bata yang lebih selesa (merujuk kepada Comfit) untuk Raya kali ini… Yang mana satu yang menjadi pilihan hati Kak Fa? Kalau Bata lah kan… Selalunya Kak Fa akan pilih Comfit. Kak Fa suka dan selesa. Comfit ni memang dah lama Kak Fa sarung pada kaki Kak Fa. Tahan lama pula tu. Boleh katakan, Kak Fa adalah pengguna tegar Comfit juga. Makanya yang menjadi pilihan Kak Fa adalah yang ini:
Yang ni Kak Fa fikir sangat sesuai kalau Kak Fa gayakan dengan seluar denim. Al-maklumlah… Raya keempat, Raya kelima dah tak sarung baju kurung dah Kak Fa kamu ni. Selalunya dah balik kepada pakaian kasual biasa. Ihiksss… Jadi…bolehlah Kak Fa melaram dengan kasut Raya yang satu ni. Memang sesuai sangat pada pandangan mata Kak Fa. Harga pun bawah RM100 iaitu RM99.99. Apa lagi? Tak fikir panjang, Kak Fa pun terjebaklah membeli… Al-kisahnya… 
Selepas dah dapat hajat di hati, Kak Fa cuci mata pula koleksi untuk lelaki yang mana apa yang dapat Kak Fa lihat untuk koleksi lelaki nampak kasual, selesa, moden dan praktikal. Untuk koleksi lelaki kebanyakkannya adalah kasut kanvas, but, sandal dan juga sneaker yang ringkas tetapi presentable. Boleh pakai untuk Raya, boleh pakai untuk harian. Ada juga warna-warna yang luar daripada kebiasaannya seperti merah, kuning dan juga biru tua.
Kredit: Sumber gambar dari Berita Harian
Dah tengok koleksi lelaki, tiba masa untuk cuci mata dengan koleksi anak pula… Senangkan? Semua di bawah satu bumbung. Dah alang-alang tengok jer lah sekali. Ada koleksi kartun dan denim. Pilih jer nak yang mana? Yang banyak Kak Fa nampak adalah koleksi puteri, Mickey Mouse, Superman, Batman dan juga koleksi Bubble Gummers. Yang best, ada juga koleksi kanak-kanak yang nampak seperti kolaborasi Levi’s dan Marvel.
Kredit: Sumber gambar dari Berita Harian
Kredit: Sumber gambar dari Berita Harian
Kredit: Sumber gambar dari Berita Harian
Kalau sesiapa yang malas sangat nak bergerak sana-sini banyak-banyak kedai tu, memang sesuai sangat dan elok sangatlah ke Bata untuk beli kasut Raya untuk seisi keluarga. Kak Fa rasa, memang patut at least once you all turun padang ke outlet Bata untuk lihat sendiri dulu BATA RAYA COLLECTIONS 2018 ni. Istimewa Ramadhan ini, jika anda berbelanja sehingga RM149.00, anda berpeluang untuk mendapatkan Baucar Diskaun bernilai RM25.00 + Wrislet Marie Claire Percuma! Promosi ini bermula dari 18 Mei 2018 sehingga stok masih ada ya. Kalau lambat, tak dapat Baucar Diskaun dan Wrislet Marie Claire tu bermakna lambatlah tu melawat kawasan.
Ada lagi! Ada Istimewa Ramadhan 10-Hari. Anda berpeluang untuk mendapatkan potongan 10% bersama-sama dengan Baucar Diskaun sebanyak RM25.00 bila anda berbelanja di kedai Bata. Sah sehingga 31 Mei 2018 ini sahaja. Siapa terlepas Kak Fa minta maaf… Hu hu hu….
Puas hati dah dapat sepasang! Sepanjang perjalanan balik ada senyum…
. Kalau ada rezeki, silap-silap haribulan ada yang repeat turun kawasan ni… Ha ha ha…
.
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Koleksi Raya Bata 2018:
samalah akak pun penggemar Bata
ReplyDelete