Kredit: Sumber gambar dari Google
Inilah akibatnya kalau dah mula terjebak. Bila dah mula mesti tak nak stop menonton. Bila tak nak stop menonton mesti tak sabar nak tunggu episod yang seterusnya. Terbaru dalam seleksi drama suka tengok Kak Fa adalah Isteri Untuk Diiktiraf. Siapa follower tele-movie ni?
. Kita gang lah kan? Cuma Kak Fa memang tak dapat nak concentrate menonton bila pukul 7.00 malam tu. Masa tu tengah sibuk-sibuk nak siapkan menu atas meja makan untuk berbuka puasa. Kebiasaannya mak-mak macam Kak Fa ni akan mencuri masa untuk menonton tayangan ulangan 5.00 pagi setiap hari selepas sahur. Masa tu dapat tonton dengan aman dan tenang sedikit. Ha ha ha…
Anak kecil tengah tidur kan?
Apa yang menarik sangat? Apa yang syok sangat tele-movie Isteri Untuk Diiktiraf ni? Walaupun ramai mungkin dah tau sinopsis cerita ni, tapi Kak Fa nak kongsikan jugalah pada yang belum tahu ataupun tak follow cerita ni.
Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan di atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya ialah lelaki yang pernah satu ketika dahulu memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata. Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda perasaan cemburu. (Haaa…Tau pun cemburu Wildan The Setan nih!
Ha ha ha
) . Dalam diam-diam rupanya dia sudah mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut tu kata tidak, tetapi hati tu sebenarnya mahu. Elehhh… Wildan… Tulah…Kasar sangat…Jual mahal sangat kan? kan? kan? Cemburu yang menguasai diri Tengku Wildan membuatkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri. (Haaaa…baru tau! Serve you right! Pujuk jangan tak pujuk).
Tapi kannn… Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia. Itu betul-betul memberikan tamparan hebat buat Safiyya. (Siapa pun!). Dan lebih menyakitkan hati apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya ketika dia tak sedarkan diri. Dapat ke Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella Donna tu menjadi menantu? (Alaaaa… Puan Sri Raja Mona ni potong betullah… Ha ha ha…
)
30 episod nak kena khatamkan ni weiii! Dok pujuk hati bertabahlah menonton sehingga ke akhirnya. Yang jadi Ana Julia tu adalah Janna Nick. Ha ha ha… Watak antagonis, nak benci tapi tak boleh nak benci sebab Janna Nick. Janna Nick kan comel dan kepala gila-gila. Kak Fa suka dia.
. Tapi dalam Isteri Untuk Diiktiraf memang Janna Nick jadi gediks and antagonis sangat. Ha ha ha…
Kak Fa pula yang ter-feel lebih. So into this tele-movie sampaikan Firash pun sama jadi commentator bila Redza Rosli dok marah-marah Elvina Mohamad.
Sambil-sambil tunggu azan tu layan sekejap sambil prepare juadah berbuka buat keluarga. Lepas tu sambil makan sambil kerling-kerling televisyen tu. Tak puas lagi tonton? Lepas sahur baru dapat fokus. Sampai macam tu sekali Kak Fa follow cerita ni. Alahaiii….
tu laa psl once da tgk pyh nk stop hahaha
ReplyDelete