Tips MUDAH BELAJAR TANPA DIPAKSA Untuk ANAK LELAKI

Farah Waheda Wahid
3
TIPS MUDAH BELAJAR TANPA DIPAKSA UNTUK ANAK LELAKI

Bak kata orang… Feel the heat yawww! Semakin anak membesar semakin besar juga cabarannya. Samalah sebagaimana yang dirasai oleh ibu bapa kita dulu-dulu kan? Perasaan bercampur-baur di dalam hati mereka dan apa sahaja yang senantiasa bermain di dalam kotak pemikiran mereka, itulah yang kita rasai setelah kita bergelar ibu bapa. Tak jauh bezanya. Winking smile. Gaya belajar anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Walaupun Kak Fa ni tidak memiliki anak perempuan tetapi Kak Fa ada anak angkat perempuan. Open-mouthed smile Ha ha ha… Sebaya dengan Firash. Kawan baik Firash yang membesar bersama Firash dan rapat dengan Firash. Jadi sedikit sebanyak, memang Kak Fa dapat melihat perbezaan gaya belajar di antara anak lelaki dan anak perempuan. Kak Fa cuba jadi seliberal yang mungkin untuk tidak memetir, menjadi raksasa Gorgon ataupun menggunakan kekerasan di dalam mendidik Firash (tapi tak senang – kadang-kadang tu terpaksa juga gunakan kekerasan). Jadi bila konon-konon acah-acah nak jadi liberal pada anak, terpaksalah Kak Fa memikirkan tips mudah belajar tanpa dipaksa untuk anak lelaki.

Hi and low Kak Fa mencari tahu mengenai tips ini sebab Kak Fa nak belajar memahami isi hati, naluri serta pendekatan yang bersesuaian untuk anak lelaki belajar. Alhamdulillah, akhirnya ada satu artikel yang Kak Fa temui melalui pautan di SINI yang mana sedikit sebanyak telah membantu Kak Fa untuk mendapatkan sedikit pencerahan. Menurut Monalisa Harun Chong – penulis artikel, ibu bapa mampu membantu anak lelaki belajar dengan seronok tanpa dipaksa jika ibu bapa memahami perbezaan gaya pembelajaran anak lelaki.

Perbezaan pertama adalah otak anak lelaki yang bersifat MONOTREK. Otak monotrek membolehkan anak lelaki menggunakan satu otak (iaitu sama ada otak kiri ataupun otak kanan) pada satu masa. Kelebihan otak anak lelaki yang monotrek membolehkan minda mereka fokus pada satu perkara dalam satu masa. Gunakan kelebihan monotrek anak lelaki dengan memberikan anak lelaki satu tugasan dan biarkan mereka menyiapkan tugasan tersebut sehingga selesai dan selepas itu barulah ibu bapa boleh menambah tugasan baru. Ini akan membantu anak lelaki fokus dan belajar dengan seronok. So parents, one thing at a time ya? Jangan semua-semua nak lambak depan anak lelaki anda. Open-mouthed smile Ha ha ha…

Selain itu, otak anak lelaki memerlukan masa untuk menukar satu subjek ke subjek yang lain. Tak boleh macam MRT – laju jer perginya. Ha ha ha… Open-mouthed smile Pastikan anak diberikan masa selama 5 hingga ke 10 minit sebelum bertukar ke subjek lain atau aktiviti lain. Memberikan masa kepada anak lelaki membantu mereka untuk bersedia dan fokus dengan aktiviti yang seterusnya. Barulah otak anak lelaki mampu belajar dengan aktif. Contohnya: Anda mahu mengajarkan subjek Matematik dan Bahasa Inggeris kepada anak lelaki. Pastikan sebelum anda menukar pelajaran Matematik ke pelajaran bahasa, anda telah memberikan anak lelaki anda dalam masa 10 minit dan pesan kepadanya: “Dalam sepuluh minit lagi kita akan belajar Bahasa Inggeris ya?”, “Ok, ada masa 10 minit untuk rehat sebelum kita bermain”.

Glad that I got this info from this article. Pada Kak Fa, penting untuk Kak Fa ketahui semua ni. Ada cabaran yang lebih besar di dalam mendidik serta membesarkan Firash di masa yang akan datang ni. Tambah-tambah lagi, macam-macam yang Kak Fa baca serta dengar mengenai perubahan sistem pendidikan zaman sekarang. Bukan mudah bagi anak-anak sekarang ni nak cope up kalau tak betul-betul ya tak?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ooh macam tu ya... terbukti, lelaki hanya boleh wat tugasan satu-satu, tak boleh serentak semuanya..hihii...masa saya terlantar lepas operate, pandai pulak anak bujang saya tu kata, "abah dia wat kerja satu-satu tak macam ibu, padan ibu wat kerja cepat, banyak benda boleh wat sekali".. hahah dia mengata en abah, padahal, dia pun lelaki sama seperti abahnya...

    ReplyDelete
  2. Wah.. firash ni besar nanti bakal jadi bijak macam mama dia ni..

    ReplyDelete
  3. haa saya akui sebagai anak lelaki. Del sendri suka settle kan satu-satu dulu. dah settle baru buat cerita bru. kan lebih teratur kata ku...
    jemput singgah https://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !