Tips Fesyen | Tafsiran DRESS CODE

Farah Waheda Wahid
0
TIPS FESYEN_TAFSIRAN DRESS CODE

Semakin dekat dengan Ramadhan, semakin banyak undangan majlis yang masuk ke dalam kotak emel. Ada yang datang dengan kod berpakaian bebas dan ada yang datang dengan dress code. Namun tak semua yang Kak Fa accept. Ada yang terpaksa ditolak atas sebab-sebab peribadi. Bila terima undangan yang datang dengan dress code ni, haruslah study dulu apa kehendak dress code yang dinyatakan. Bimbang nanti, kalau-kalau lari dari etika berpakaian majlis yang berkenaan dan bimbang nanti tiba-tiba jadi orang asing pula di majlis itu ya tak? Hu hu hu… Bukan mudah… Kena betul-betul faham kehendak majlis bukan main hentam keromo jer. Kak Fa tak adalah pandai mana pun, tetapi taulah sedikit tips fesyen | tafsiran dress code yang boleh dikongsikan untuk semua.

Dress Code: Black Tie

TIPS FESYEN_TAFSIRAN DRESS CODE (2)
Kredit: Sumber dari Google

Black tie bukan tatacara berpakaian khusus untuk lelaki sahaja. Jangan salah faham ok? Black tie buat wanita juga dirujuk sebagai dress for dinner. Busana yang sesuai adalah dress panjang cecah lantai atau separas betis bagi yang bukan muslimah. Yang mesti dipakai bersama adalah tights atau pantyhose sama ada warna hitam atau sheer. Aksesori pula adalah barang kemas fine atau costume dan tas kepit.

Dress Code: Smart Casual

TIPS FESYEN_TAFSIRAN DRESS CODE (3)
Kredit: Sumber dari Google

Usuall sinonim dengan acara santai. Perkataan smart adalah supaya tetamu tidak menggayakan helaian yang terlalu santai seperti jeans, t-shirt atau kasut sukan. Busana yang sesuai untuk dress code jenis ini adalah ceraian blouse atau kemeja dengan skirt atau seluar panjang. Anda mesti pakai, kasut flat seperti balerina dan loafers. Tas tangan atau sandang seperti tote dan satchel sebagai pendamping. Tolong elakkan tas tangan yang terlalu besar seperti shopper. Sesuai bertali pinggang, bow dan jam tangan.

Dress Code: Lounge Suits

TIPS FESYEN_TAFSIRAN DRESS CODE (4)
Kredit: Sumber dari Google

Sut yang dimaksudkan bukan semestinya kot dan seluar. Untuk wanita, kod lounge boleh jadi gaun anggun yang bersesuaian dengan acara siang. Busana yang sesuai adalah dress separas lutut atau lebih labuh. Mesti dipakai bersama selendang atau outerwear. Aksesori pula adalah barang kemas fine atau costume dan tas kepit.

Dress Code: Cocktail

TIPS FESYEN_TAFSIRAN DRESS CODE (5)
Kredit: Sumber dari Google

Lazimnya dress code cocktail adalah untuk acara santai lewat petang. Busana yang sesuai adalah dress separas atau atas lutut bagi yang freehair dan dress labuh untuk yang muslimah dengan karakter lebih chic, perincian ropol atau kain kembang mengikut kesesuaian majlis. Mesti pakai heels. Aksesori pula adalah barangan kemas yang sesuai dengan mood majlis dan tas kepit atau tas mini bertali.

Itu so far yang Kak Fa boleh kongsikan mengikut apa yang Kak Fa tahu. Sekarang ni pun sedang mencari… Sedang mencari untuk dress code : Glam Casual. Dah ada beberapa dah Kak Fa perhati-perhatikan dah… Winking smile Tengoklah nanti apa yang akan keluar nanti ni. Kak Fa pun tengah fikir lagi ni ha. Open-mouthed smile. Esok nak pakai, hari ni lah baru tergedek-gedek nak mencari apa yang nak dipakai. Tengah berfikir apa yang boleh di mix and match untuk acara esok. Hari tu macam dah ada tapi macam nak cancel jer sebab macam tak sesuai jer. Biasalah Kak Fa kan? Pemikiran berubah-ubah, sekejap nak pakai tu, sekejap nak pakai ni… Nanti bila dah saat dah hampir tiba tukar yang lain pula. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !