Resipi MAKARONI BAKAR Yang Paling Malas Tapi Sedap!

Farah Waheda Wahid
2
RESIPI MAKARONI BAKAR YANG PALING MALAS TAPI SEDAP!  (1)

Ya ampun… Punyalah bertahun-tahun Kak Fa mengidam Makaroni Bakar (serius tak tipu! memang bertahun-tahun pun!), akhirnya semalam kehendak tekak Kak Fa dapat juga dipenuhi. Alhamdulillah…. Tapi? Kenapa lama sangat sampai bertahun-tahun baru dapat melunaskan hajat tekak ni? Tak taulah sama ada Kak Fa yang sememangnya tak ada rezeki nak jamu tekak dengan Makaroni Bakar ataupun ianya hanya diri Kak Fa yang tidak terperasan atau tidak mempunyai perasaan untuk menempah dari orang lain. Ihiksss… Nerd smile. Dan bila mana nafsu mengidam Kak Fa menjadi semakin kronik, jalan terakhir, Kak Fa ambil keputusan untuk mencuba membuat Makaroni Bakar sendiri! Buat-buat pula menjadi dengan cantik dan sedap… Itu yang sakan sampai nak kongsi resipi Makaroni Bakar yang paling malas tapi sedap! Nyah-Nyah

Kalau di- Google-lah kan? Memang ada macam-macam versi resipi Makaroni Bakar yang ada. Kebanyakkan resipi rajin yang memerlukan kesabaran serta banyak langkah penyediaan. Errr… Jujur Kak Fa mengaku yang Kak Fa tak berapa nak rajin sejak kebelakangan ni… Nak makan, tapi malas nak ikut langkah tu langkah ni… Jenuh dah Kak Fa Google resipi Makaroni Bakar yang paling mudah, tapi bila baca taklah semudah mana pun… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tetap banyak langkah juga. Mungkin juga rezeki kot? Sewaktu Kak Fa tengah skrol Facebook, terjumpa posting BFF Kak Fa nun jauh di Saudi sana tu… Nampak dia buat Makaroni Bakar. Kak Fa tau, dia seorang yang tak suka untuk menyusahkan diri dan seorang yang simple sangat… Apa jer dia buat semua dengan cara yang paling mudah. Makanya, terus berguru melalui What’s App dengan dia semalam. Semangat kau! Pagi-pagi dah What’s App dia. Tengah hari tu juga pergi cari bahan dan petang semalam juga Kak Fa gigihkan diri untuk buat Makaroni Bakar. Nerd smile

Kak Fa ambil pakai resipi Makaroni Bakar dari BFF Kak Fa tu dan dalam masa yang sama, Kak Fa cuba-cuba memandai olah-mengolah sendiri. Ahaksss… Open-mouthed smile Nak tau macam mana? Inilah cara paling malas Kak Fa sediakan Makaroni Bakar petang semalam.

Bahan-Bahan Inti Makaroni Bakar

1. 250g atau lebih sedikit Makaroni.
2. 400gm daging kisar Ramly.
3. 1 botol besar sos spaghetti Prego Traditional.
4. 1 tin cendawan butang dihiris halus-halus.
5. 1 labu bawang besar Holland dihiris halus-halus.
6. 1 paket tomato ceri dipotong dua setiap biji.
7. 3 sudu butter.
8. Daun Ketumbar yang diracik halus.

Bahan-Bahan Sos Putih

1. 2 sudu butter.
2. 1 botol besar sos carbonara Prego – Mushroom Carbonara.

Bahan-Bahan Tambahan

1. Oregano.
2. Italian Herbs.
3. Grated Parmesan.
4. 10 biji telur yang dipukul.

Cara-Cara Penyediaan

Penyediaan Inti Makaroni Bakar

1. Rebus Makaroni di dalam air mendidih yang dicampurkan dengan butter dan garam secukup rasa. Setelah siap asingkan dan letak tepi dulu.
2. Panaskan kuali dan setelah kuali panas, masukkan butter sampai cair kesemuanya.
3. Masukkan bawang Holland dan tumis bawang sehingga bawang kekuningan atau layu.
4. Masukkan daging kisar dan gaul rata sehingga daging menjadi sedikit kering.
5. Masukkan sos spaghetti Prego – Traditional dan kacau seketika.
6. Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul rata.
7. Masukkan cendawan butang, daun ketumbar dan tomato ceri. Gaul rata seketika. Siap, tutup api dan letak tepi seketika.

Penyediaan Sos Putih

Ini cara orang paling malas macam Kak Fa… Muahahaha… Open-mouthed smile
1. Panaskan periuk dan masukkan butter. Biarkan butter sehingga cair.
2. Tuangkan sos carbonara – Prego (Mushroom Carbonara) dan kacau seketika. Siap, tutup api dan letak tepi.

Penyediaan Makaroni Bakar

Yeayyyy! Dah nak siap dah weiii! Tunggu masa nak membakar jer… Tapi sebelum tu… kena sediakan pemanggang ajaib dulu… Pemanggang ajaib tu kena disapukan dengan butter dengan rata di setiap permukaan. Bila dah selesai sapu butter dengan ratanya di setiap permukaan pemanggang ajaib, barulah kita teruskan dengan aktiviti yang seterusnya.

1. Masukkan layer pertama inti makaroni yang telah siap tadi dan mampatkan dengan sebaik-baiknya. Selepas selesai layer yang pertama, curahkan telur dengan rata ke seluruh inti makaroni yang telah dimampatkan tersebut.
2. Bila dah curah telur tu, taburkan Oregano dan Italian Herbs dengan rata ke seluruh permukaan.
3. Taburkan Grated Parmesan ke seluruh permukaan layer pertama.
4. Masukkan pula layer yang kedua untuk inti makaroni dan ikut langkah-langkah seperti 1 sehingga 3. Sama jer, ulang jer balik.
5. Dah selesai aktiviti mampat-memampat, masa untuk membakar. Disebabkan menggunakan pemanggang ajaib, Kak Fa gunakan api paling kecil dan Kak Fa bakar makaroni tu selama lebih kurang 35 minit.

RESIPI MAKARONI BAKAR YANG PALING MALAS TAPI SEDAP!  (3)

RESIPI MAKARONI BAKAR YANG PALING MALAS TAPI SEDAP!  (5)

Inilah yang jadinya bila Kak Fa selesai membakar makaroni yang berkenaan dengan menggunakan pemanggang ajaib. Tapi nak pesan jer… kalau-kalaulah ada yang berhajat nak buat Makaroni Bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib, bila dah selesai sewaktu panas-panas jangan terus angkat… Nanti berderai ok? Kak Fa dapat petua ni sewaktu Kak Fa sibuk Google nak belajar resipi Makaroni Bakar. Biarkan sejuk seketika. Bila dah sejuk barulah fikir nak salin ke atau nak potong ke… Nanti barulah cantik kejadiannya bila dipotong. Winking smile

RESIPI MAKARONI BAKAR YANG PALING MALAS TAPI SEDAP!  (2)

Ini percubaan pertama dan ini betul-betul menjadi! Rasa pun bagi tekak Kak Fa lah… Sedap! Fuhhh… Puas hati sendiri… Bukan nak angkat bakul sendiri ke apa ek? Kak Fa cuma nyatakan kepuasan diri Kak Fa sendiri jer… Ha ha ha…. Open-mouthed smile. Yang tambah menggembirakan bila seisi rumah semuanya puji sedap dan makan bertambah-tambah. Siap minta buat lagi sekali yang tak menahan tu… Apakah? Flirt male… In Shaa Allah, kalau rajin dan berkesempatan nanti Kak Fa kerjakan lagi Makaroni Bakar.

*Kalau dah malas sangat, kadang-kadang tu boleh jadi kreatif mengolah resipi dengan tak sengaja…. Smile with tongue out

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. lawa jer rupa makaroni nya
    yg penting memang nampak sedap
    terus lapar jadi nya lepas tengok

    ReplyDelete
  2. wah mmg multifinction jugak pemanggang ajaib ni kan. kena ada 1 ni hehe..
    cantik jer kejadiannya. mesti sedap.
    nnati Qekra nak try ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !