Kredit: Gambar diubahsuai dari Google
Isu yang menyentuh sensitiviti ibu bapa yang mempunyai anak dengan jarak usia yang rapat. Isu yang boleh membuatkan sesetengah individu sentap. Lebih-lebih lagi kalau terdengar orang lain mengeluarkan kata-kata… Anak macam susun paku! Tapi kan, Kak Fa cuma nak tanyalah ya… Kalau nak marah pun marahlah, sebab Kak Fa rasa tak salah kot Kak Fa tanya kan? kan? kan? Yang dok membawang tentang pasangan lain yang mempunyai anak rapat-rapat tu – kenapa susah hati sangat? Huuu… Tak habis-habis membawang. Ada mata tengok jer lah. Ada mulut kunci rapat-rapat dan kalau nak berkata apa pun, kata-kata jer dalam hati sendiri, tak perlu lontarkan kata-kata tu. Dah rezeki orang tu rezeki anak. Hang pa nak kata apa? Mungkin rezeki hang kot lain, rezeki dia kot anak. Kannn? Walaupun Kak Fa ni beranak tunggal dan anak tunggal, setakat ni belum lagilah Kak Fa ambil port tentang orang yang anaknya jarak rapat-rapat. Bagi Kak Fa, itu kehidupan mereka, taulah mereka nak handle kan? Dan mungkin juga mereka memang mampu untuk ada anak yang jaraknya rapat-rapat. Salah ke kalau anak rapat-rapat? Salah ek?
Susah Untuk Dijaga
Betul ke susah untuk dijaga? Kak Fa tak ada jawapannya dan Kak Fa tak tau apakah sebenarnya jawapan yang tepat sebab Kak Fa tak pernah melalui situasi menjaga anak-anak yang jarak usia mereka rapat-rapat. Tapi, Kak Fa selalu dengar orang bergossip dengan mengeluarkan kata-kata seperti kesian. Katanya, si Abang atau Kakak tak sempat nak mendapat kasih sayang yang secukupnya, tup-tup dah keluar Adik. Makanya, Kak Fa bukanlah orang yang tepat untuk memberikan jawapan itu. Akan tetapi, menurut artikel di SINI kalut tu memang kalut, itu hanyalah peringkat permulaan sahaja. Apabila sudah melalui, semuanya akan jadi sebati dan pandai-pandailah mak masing-masing nak handle kan? Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, ye tak?
Jimat
Kebanyakan mak-mak yang mempunyai anak dengan jarak yang rapat berasa untung sebab mereka boleh berjimat tahap maksima. Sebab bila anak-anak sama jantina, baju Abang tak perlu disimpan lama untuk dipakaikan kepada Adik (recycle balik). Kadang-kadang, bila dah hampir sama besar, mak-mak pun tak terperasan pakaian tersebut sebenarnya Adik yang punya atau Abang yang punya. Nak tak nak pakai ajerlah.
Lebih Berdikari
Bila dah ada Adik, Abang atau Kakak akan lebih banyak berdikari. Kadang-kadang, dalam satu-satu situasi, kita boleh lihat yang Abang akan buat hal sendiri. Ada pun dia meragam bila diusik, mahu susu ataupun nak tidur. Selebihnya, Abang akan bermain sendiri dan buat hal sendiri.
Teman Sepermainan
Bila jarak usia anak dekat-dekat, mereka akan menjadi teman sepermainan. Jadi tak ada istilah sunyi atau kesunyian bagi anak sebab mereka berteman dengan Abang, Kakak atau Adik yang hampir sebaya.
Penat Sekali Jer!
Ha ha ha…
Ini adalah jawapan paling win dari BFF Kak Fa dulu. Katanya dia suka anaknya usia jarak rapat-rapat. Abang lahir bulan 12 kalau tak silap kemudian selepas Mama dia habis pantang terus mengandungkan Adik dia. Kak Fa tengok dah macam kembar dah dua beradik tu ha. Sama besarnya! Dan mereka berdua adalah best of friend and siblings walaupun ada masanya bercekau juga. Tapi BFF Kak Fa ni pandai handle. Jaranglah Abang dengan Adik nak bercekau. Rukun dan damai jer Kak Fa tengok mereka dua beradik tu.
Ok…Memanglah… Dalam sudut pandangan dunia perubatan tak berapa nak galakkan sangat jarak usia anak-anak yang dilahirkan terlalu rapat. Yang lebih baik jika jarak usia anak-anak yang dilahirkan mengikut jarak usia yang disarankan oleh pakar. Ini semua adalah demi kesihatan si ibu. Tapi… Walaupun macam tu, ada juga yang masih melahirkan anak-anak dalam jarak usia yang rapat-rapat. Semua tu dah dinamakan rezeki. Fikir positif sahaja dan jangan nak pandang serong atau fikir yang buruk-buruk. Allah berikan mereka rezeki dengan jarak anak yang dekat sebab dia tahu, mereka boleh melaluinya dan mereka boleh menjaga amanah yang diberikan kepada mereka. Fikir yang baik-baik sudah kan? Tak perlu nak complicated-kan sangat. Anak rapat-rapat ke? Anak jauh jarak ke? Anak ramai ke? Anak tunggal ke? Semua ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Rasanya tak perlulah nak dijadikan isu kan? 
Sumber Rujukan Artikel: SINI
great sharing
ReplyDelete