PRESCHOOL | Penanda Aras Kemampuan Fokus Anak-Anak

Farah Waheda Wahid
0
Penanda Aras Kemampuan Fokus Anak-Anak

Memanglah…anak-anak kecil sering dikaitkan dengan short attention span… Faham tu… Smile. Terutama anak-anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah. Kalau susah nak fokus tu, bukannya satu perkara ang luar biasa. Jangan nak risau terlebih tak tentu hala pula. Nama pun anak-anak kecil, nama pun kanak-kanak kan? Jangan bila tengok anak orang lain elok jer boleh fokus, anak sendiri tak sampai seminit pun hanya boleh beri fokus bila melakukan satu-satu perkara hang dah menggelupur. Chill! Biasa tu! Daya fokus kanak-kanak berbeza-beza… Sama seperti tahap perkembangan seseorang kanak-kanak itu berbeza-beza. Ha macam tulah lebih kurang. Jangan risau ek? Sebenarnya masih boleh dirangsang supaya boleh jadi semakin baik hari demi hari. Jangan nak terus susah hati sampai tak tidur malam ya.

Kak Fa jumpa satu info yang sangat berguna untuk Kak Fa dan juga ibu bapa di luar sana daripada penulis Buku Genius Dari Syurga iaitu Puan Ainizal Abdul Latif yang berkongsi panduan beliau melalui artikel di SINI ke atas cara ibu bapa untuk menilai sendiri kemampuan fokus anak-anak. Panduan ini adalah sesuai untuk anak-anak yang berusia daripada 3 tahun sehingga 6 tahun. Jangan terus nak label anak-anak sebagai bermasalah apabila anak tidak dapat fokus sepenuhnya tetapi tugas ibu bapa untuk memperbanyakkan aktiviti yang menyeronokkan untuk mengasah kemahiran motor anak-anak. Cumanya… Jika anak-anak masih tidak menunjukkan perkembangan yang positif hasil daripada aktiviti yang dilakukan bersama, bolehlah cuba merujuk kepada pakar yang berkenaan ya?

MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN

Jika anak-anak tidak mewarnakan bulatan yang berkenaan sebaliknya menconteng keseluruhan kertas, bermakna anak belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN

Bermakna anak hanya mampu fokus kepada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata yang lain, anak hanya memberikan fokus jika kita mengajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

MEWARNA SATU BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)

Penanda Aras Kemampuan Fokus Anak-Anak (2)
Kredit: Sumber dari SINI

Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.

MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN

Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan ataupun kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya.

Boleh jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Anak-anak itu adalah perlu difahami, barulah mudah untuk memberikan kefahaman kepada mereka. Fokus dan kemahiran ini boleh dipertingkatkan daripada semasa ke semasa. Tugas ibu bapa… Nak tak nak… Kena sama-sama dengan guru anak-anak untuk menjadi lebih kreatif untuk anak lebih fokus.

*Banyak lagi rupanya tugas Kak Fa ni ha rupanya… Bila dah faham mengenai penanda aras kemampuan fokus sepertimana yang telah dikongsikan oleh artikel rujukan Kak Fa tu, barulah Kak Fa benar-benar tahu di mana sebenarnya tahap kemampuan fokus Firash. Selama kini, pandangan mata kasar cuma faham dan memahami yang Firash masih di dalam state of short attention span. Rupa-rupanya, di sebalik itu, sebenarnya ada penanda aras yang boleh memberitahu Kak Fa di manakah tahap kemampuan fokus Firash. Baguslah macam tu kan? Sekurang-kurangnya sebagai seorang ibu Kak Fa boleh tahu apa metodologinya untuk mengukur tahap kemampuan fokus Firash dan Kak Fa bolehlah fikir-fikirkan bagaimana untuk merangsang Firash supaya his focus state is getting better each day and each day. Nerd smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !