Like Seriously? KoffeeKabin Tempat Makan Best Senawang?

Farah Waheda Wahid
2
KOFFEEKABIN

Lama sungguh tak menjejakkan kaki di bumi Senawang. Lama sungguh juga tak hirup udara dan ronda-ronda di Senawang. Rasa-rasanya ada hampir 5 tahun kot? Dari Firash masih di dalam perut sampailah sekarang ni Firash dah berusia 4 tahun 2 bulan. Haaa… Cuba kira…Lama tak lama tu? Dan… setelah hampir 5 tahun, tak banyak yang berubah. Masih sama seperti dulu. Dulu, kalau turun Senawang, Kak Fa mesti tak akan miss dari menikmati sizzling mee di Giant Senawang. Bagi tekak Kak Fa, sizzling mee di dalam Giant Senawang tu adalah yang paling menyelerakan untuk Kak Fa berbanding sizzling mee di tempat lain. Tapi, kali ni berbeza… Kak Fa tak singgah Giant Senawang. Decided to try something new! Smile. Ni semua pengaruh pembacaan semasa dan juga cakap-cakap orang lah ni! Kak Fa decided to give KoffeeKabin a try sebab dah selalu sangat Kak Fa dengar cerita mengenai kehebatan KoffeeKabin ni. Iyalah nak lah juga tahu kan? Like seriously? KoffeeKabin tempat makan best Senawang? Ya ke? Eye rolling smile

Nak tau ya tak ya… Sendiri kena cubalah kan? Bukan apa… kadang-kadang memang pung pang pung pang, tempat makan ni sedap tempat makan tu sedap. Gambar kalau tengok rasa nak jilat skrin handphone segala bagai. Telan air liurlah itulah inilah kan? Tapi bila dah pergi, bila dah masuk dalam tekak… Indah khabar dari rupa… Itu yang tak best tu! So, dari keep on tertanya-tanya dan dari keep on drooling nak mencuba, kebetulan Kak Fa dah ada di Senawang, why not Kak Fa mencuba kafe Senawang yang popular tu kan?

First and foremost… Lokasi KoffeeKabin adalah terletak tidak berapa jauh dari Giant Senawang. Ermmm… Ok… Jap jap, Kak Fa kongsikan peta lokasi bagi memudahkan anda untuk locate dengan mudah di mana exactly location KoffeeKabin.

Landmark untuk KoffeeKabin ni yang dapat Kak Fa kongsikan yang mudah untuk sesiapa identify adalah KoffeeKabin ni terletak di deretan shoplot, corner lot, berhadapan dengan kedai barangan serbaneka. Warna KoffeeKabin adalah bangunan berwarna coklat. Senang nampak, tak susah cari. Tak sesat punya!

Perasaan Kak Fa Bila Pertama Kali Masuk Ke Dalam KoffeeKabin?

KOFFEEKABIN (2)

Bila pertama kali ke sesuatu tempat, bila pertama kali masuk ke dalam sesuatu tempat, setiap orang akan mempunyai perasaan mereka yang tersendiri. Itulah yang dinamakan sebagai first impression! Winking smile. My first impression was that tempatnya selesa, nyaman, sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil mengeratkan silaturahim, sesuai untuk majlis peribadi atau keraian. Dekorasi yang simple, sedikit hipster dan mengikut trend masa kini. Kalau suruh Kak Fa duduk berjam-jam sambil Kak Fa draf 3-4 entri dalam satu-satu masa pun tak ada masalah kot Kak Fa rasa? In love. Untuk Kak Fa… Kak Fa sukalah. Maknanya kena dan serasilah dengan jiwa Kak Fa. Firash pun tak ada masalah untuk stay put at his chair sepanjang berada di KoffeeKabin. Legaaa sikit mak noksss… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sekurang-kurangnya tak adalah Kak Fa perlu makan sambil bakar kalori dan kemudian tak kenyang-kenyang. Smile with tongue out.

But wait! That’s not all! We are not there yet! First impression is not everything kan? Winking smile It’s not that easy baby… it’s not that easy to please me… Sebagai pelanggan, kita tak naklah harapkan dekorasi yang cantik jer kan? Semestinya bila kita ke sesuatu tempat makan, selain suasana atau persekitaran yang selesa, kita nak makanan tu sedap! Dekorasi cantik, makanan hancur… I seriously cannot go ok? Kalau boleh, biarlah seiring… dekorasi cantik, makanan pun sedap. Ya tak? So…here we go to the most important part of the cafe Senawang.

About The Servings At KoffeeKabin?

KOFFEEKABIN (3)

Nama-nama menu memang agak unik. Menggambarkan identiti Negeri Sembilan di dalam kebanyakan menu yang ditawarkan. Menu-menu KoffeeKabin juga, Kak Fa katakan unik! From this perspective… Di dalam bahasa mudahnya… What they serve adalah lain dari yang lain. Setakat ni bagi Kak Fa, Kak Fa tak jumpa di mana-mana kafe lain lagilah kan. Tak taulah kalau anda pernah terjumpa.

On that particular day, we’ve managed to try few dishes and drinks. Alang-alang dah sampai… Nak sampai pun bukannya senang, dekat dan selalu kan? Jadi bila dah sampai tu… kita cubalah yang mana teringin nak cuba… What we had were…

NISMILAN SPECIAL – Nasi Goreng Gomoncheh (RM6.90)

KOFFEEKABIN (4)

Cukup rasa. Cukup rencah. Cara penyediaan pun unik seunik namanya. Nasi ini digoreng bersama dengan gaulan isi ikan. Uniklah bagi Kak Fa… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab Kak Fa tak pernah goreng nasi gaul dengan ikan. Ikan bilis pernah lah. Kena pula tu kombinasi rencah semua. Sekali masuk mulut, terus nak dua tiga kali masuk mulut. Tapi, Kak Fa kenalah bawa-bawa bertenang dan bersabar ya tak? Sebabnya, banyak lagi yang Kak Fa nak rasa! Rugilah kalau awal-awal lagi perut Kak Fa dah penuh. Nanti dah senak, tak dapat pula Kak Fa nak rasa menu lain.

WESTERN – Grilled Lamb (RM 15.50)

KOFFEEKABIN (5)

Peminat Western Cuisine itu is always me and my son! Smile. Memandangkan KoffeeKabin ada menawarkan hidangan Barat… Kalau tak rasa nanti Kak Fa telan air liur! Nanti kempunan pula! Jadi haruslah! Kak Fa cuba Grilled Lamb KoffeeKabin. Walaupun sedikit liat (mungkin disebabkan oleh cara masakannya well done)… ianya taklah liat sampai tak boleh nak hancur atau terpaksa telan bulat-bulat macam tu jer ya? Chewy… Masih boleh hancur dan sangat sedap bila lalu ditekak. Alaaa…setakat liat sikit-sikit tu biasalah kan? Bukannya sesuatu yang pelik pun….

KOFFEEKABIN (6) 

Blackpepper gravy untuk Grilled Lamb di KoffeeKabin memang win! Bayangkan… Kak Fa dihidangkan semangkuk besar gravy tu… Memang kalau diikut-ikutkan dah terlebih cukup dah tu. Tapi sebab memang kena pada tekak dan selera Kak Fa, tak cukup! Kalau ikut muka tak malu kannn… Kak Fa sebenarnya nak minta tambah lagi gravy tu… Tapi segan! Muahahaha… Open-mouthed smile. Jadi kita lupakan saja hasrat tu. Maybe next time ok? Winking smile

JUNIOR SET – Bebola Ketam dan Sotong + Sosej  + French Fries bersama Air Ribena / Soya (RM5.90)


KOFFEEKABIN (7)

Bila dah namanya JUNIOR SET… Ini tak lain tak bukan… Dah tentu-tentu kepunyaan Firash. Kenalah tu… Firash susah nak makan makanan-makanan lain. Kalau tak ada set ni… Rasanya mesti Kak Fa terkilan! Sebabnya… Nanti Kak Fa sedap-sedap makan… Dia pandang jer… Terima kasihlah KoffeeKabin oiii… Sebab adakan menu khas buat kanak-kanak. Jadi, adalah pilihan Kak Fa untuk sumbat dalam mulut Firash tu supaya dia tak adalah berlapar ya tak?

KOFFEEKABIN (8)

Hampir separuh habis! Firash memang susah nak habiskan makanan dia ataupun capai separuh dari hidangan dia. Kebiasaannyalah… Tetapi, mungkin disebabkan dia selesa dan dia rasa sesuai… hampir separuh habis. Itu dah kira banyak jugalah dia makan tu. Tak adalah Kak Fa risau kalau-kalau dia sakit perut sebab lapar kan?

NOODLES – Mee Kari (RM 5.80)

KOFFEEKABIN (9)

Bukan nak cakap apa… Kak Fa cerita balik dengan anda melalui entri ni pun sebenarnya kan… Secara jujur… Tekak ni terasa-rasa kuah Mee Kari tu mengalir dan terbayang rasa kari yang thick melalui anak tekak ni. Ha ha ha… Adoiii… Macam mana boleh jadi drooling dan craving secara tiba-tiba ni? Habislah… Mau juga Kak Fa merengek nak ke Senawang lagi ni nanti… Dah tu? Siapa suruh KoffeeKabin sediakan hidangan yang ohsem ni! Adoiiii…

NOODLES – Laksa (RM 5.80)

KOFFEEKABIN (10)

Ya ampunnn! Ni lagi satu penyakit ni yang buat Kak Fa terasa-rasa dalam anak tekak ni. Laksa ok? Laksa! Kak Fa punya all-time favourite ni! Kalaulah perut Kak Fa ni mampu sumbat makanan banyak-banyak… Confirm hari tu 2 mangkuk Laksa pun tak ada hal lah!

WESTERN – Chicken Burger Special + Fries (RM8.60)


KOFFEEKABIN (11)

Tak mampu dah! Perut dah penuh! Tapi ini sedap! Rasa macam the next time Kak Fa ke KoffeeKabin… Kak Fa nak makan yang ini pula! Yang mampulah yang makan ya tak? He he he… Winking smile

Dah Makan Takkan Tak Minum? Minumlah! Minuman Pun Unik!

KOFFEEKABIN (1)
Semua pun unik. Semua pun rare. Semua pun sedap. Huuuu…

KOFFEEKABIN (2)

KOFFEEKABIN (3)
Disebabkan Kak Fa periang… Ha ha ha… Open-mouthed smile Yang Kak Fa minum tu namanya adalah The Joy Jolai yang berharga RM 6.50! Winking smile

KOFFEEKABIN (4)

Sempat tapau balik juga… Caramel Latte yang berharga RM 6.80 yang teramat sedap tu!

Memanglah gendang-gendut tali kecapi. Bila dah kenyang perut senang hati… Tapi sebab terlalu kenyang… Kak Fa kannn… Ok ok…Ni jangan nak kata buruk perangai ke apa ke… Tapi memang sifatnya begitu kan? Bila dah kenyang… Tiba masa untuk balik. Iyalah…takkan nak duduk sampai kafe tutup pula kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Marilah kita beransur pulang ya? Jauh perjalanan tu! Mujur bukan Kak Fa yang memandu pada hari yang berkenaan… Dalam perjalanan pulang tu… Kak Fa lelap! Semuanya sebab makanan yang sedap-sedap dan Kak Fa makan banyak… Huuuu… Hancusss diet Kak Fa hari tu! (Elehhh! Macamlah diet sangat pun kan? Smile with tongue out). Tapi sungguhlah bagai dikata… KoffeeKabin memang tempat makan best Senawang! Kalau ke sana lagi, memang Kak Fa akan mark untuk singgah… Kalau tak rugi oooo…

Makanya… anda, anda dan anda semua yang membaca entri Kak Fa pada kali ini…Memang boleh sangatlah singgah dan makan di KoffeeKabin. Memang Kak Fa syorkan anda untuk singgah dan makan. Dari 10 Kak Fa secara personally berikan ratings 8.5 / 10. Yang Kak Fa cerita ni yang sempat masuk ke mulut dan perut Kak Fa… Hu hu hu… Nak cuba semua tu, tak mampu Kak Fa nak sumbat lagi oiii… Next timelah kalau Kak Fa pergi lagi Kak Fa kongsi menu lain pula. Tapi… Kalau berminat nak kenal dengan lebih rapat dan tahu dengan lebih lanjut mengenai KoffeeKabin, anda boleh ke Laman Web KoffeeKabin, Laman Facebook KoffeeKabin dan juga Laman Instagram KoffeeKabin laju-laju selepas membaca entri ini.

Oh ya… Kak Fa dah kongsi peta lokasi, tapi Kak Fa tak sempat lagi kongsi alamat bagi memudahkan pencarian anda. Alamatnya adalah:

KOFFEEKABIN By Umai Kopitiam
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Negeri Sembilan, Malaysia

+606 675 7473

* Bila nak pergi KoffeeKabin lagi ni? In love
* Tambahan info… Di KoffeeKabin ada ruang khas yang disediakan untuk penganjuran sebarang majlis peribadi atau keraian… Boleh juga kalau ada yang nak sambut apa-apa di KoffeeKabin. Cubalah hubungi mereka dan tanya.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah, rmai btul pelanggan. Nampak sedap je makanan

    BTW, do visit my blog : https://najwazahid94.blogspot.my/2018/01/photography-time-at-minnature-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. koffeekabin dulu jadi port melepak dengan kawan, sekarang dah jadi port dating dengan isteri hehe :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !