5 Jenis Gangguan Tidur Pada Anak

Farah Waheda Wahid
2
5 JENIS GANGGUAN TIDUR PADA ANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Sepanjang 2018 ni, ada dua hari dalam jarak yang agak jauh, Firash terjaga seawal 3.00 atau 4.00 pagi dan kemudiannya tidak boleh tidur kembali sehinggalah tiba waktu untuk bersiap ke school. Tak pasti sama ada dia lawan mata supaya tidak tidur walaupun mengantuk ataupun dia benar-benar tidak boleh tidur kembali. Flirt male. Bagi sesetengah orang mungkin itu adalah merupakan perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan dan mungkin saja bila Kak Fa katakan yang Kak Fa risau, orang akan kata yang Kak Fa ni over-protective mom or a paranoid mom. Semua benda pun nak risau! Ha ha ha… Open-mouthed smile Betul tak? Tak apalah nak kata apa pun… Yang penting, apa yang Kak Fa faham adalah tidur adalah merupakan satu aktiviti yang harus dilakukan oleh setiap individu tertutamanya kanak-kanak supaya boleh melalui satu proses perkembangan yang baik. Tak cukup tidur bermaksud anak-anak menghadapi gangguan tidur dan kualiti tidur mereka akan jadi berkurang. Perkembangan otak dan juga tubuh badan boleh tidak menjadi semaksima mungkin. Penting untuk kenalpasti 5 jenis gangguan tidur pada anak dan bantu mereka untuk mengatasi gangguan tidur yang mereka alami.

Bayangkanlah… macam insiden dua hari terjaga Firash tu, tidur balik tak nak. Pagi yerlah segar. Bila balik jer dari school pada waktu tengah hari dah monyok dan lembik semacam. Sebab? Sebab tak cukup tidur. Sebab mengantuk. Kesian tak? Kesian kan? Eeeee…. Kak Fa tak bolehlah tengok anak letih dan lesu macam tu! Biar Kak Fa tak apa, jangan Firash. Biasalah mak-mak kan? Bukan apa, walaupun orang kata dah besar dah pun. Bagi Kak Fa untuk tak cukup tidur tu, masih kecil lagi usia dia. Baru 4 tahun 3 bulan kot? Tidur tu adalah perkara yang penting untuk anak-anak kecil yang sedang di dalam proses tumbesaran. Cukup tidur, cukup rehat dapat mempengaruhi emosi, sosial dan juga perkembangan semasa anak-anak.

Sleep Apnea

Sleep Apnea ialah sejenis gangguan tidur yang boleh mengganggu pernafasan anak-anak kecil sewaktu mereka sedang tidur atau beristirehat. Gangguan tidur jenis ini akan menyebabkan pernafasan terganggu sehinggakan anak-anak kecil tidak boleh bernafas dengan normal. Gejala sleep apnea dapat dikenalpasti dengan mudah di mana anak-anak akan berdengkur, pernafasan yang tidak lancar sehingga mengakibatkan anak-anak sering terjaga di tengah-tengah malam. Jika tidak segera diatasi, gangguan tidur ini berpotensi untuk merosakkan jantung dan paru-paru mereka. Bahaya!

Narkolepsi

Bukan setakat terjaga itu menandakan anak-anak kecil mempunyai gangguan tidur. Tetapi kan… Kalau anak-anak kecil selalu sahaja mengantuk dan mudah sangat tertidur di mana-mana sahaja, tolong jangan ingat itu adalah merupakan perkara biasa. Kalau boleh, sesegera mungkin bawa anak ke doktor pakar kanak-kanak. Boleh jadi, anak-anak kecil mungkin Narkolepsi yang merupakan sejenis gangguan tidur yang berbahaya untuk anak-anak kecil.

Faktanya, Narkolepsi adalah salah satu jenis gangguan tidur yang menyebabkan otak untuk “tidur” selama beberapa minit secara mendadak. Penyakit ini termasuk sebagai penyakit yang berbahaya kerana ianya bukan sahaja mengurangkan kualiti tidur seseorang anak kecil tetapi juga dapat mengganggu perkembangan kognitif mereka secara signifikan.

Insomnia

Insomnia ni memang biasa sangat kita dengar. Keadaan yang terkena insomnia adalah di mana keadaan di mana seseorang individu tidak boleh tidur dan mengakibatkan seseorang itu terjaga sepanjang malam. Boleh menyerang anak kecil juga. Tetapi yang berbezanya adalah di mana anak-anak kecil yang mengalami imsonia akan memberikan kesan yang buruk kepada perkembangan semasa dan juga emosi mereka. Anak-anak kecil yang mengalami imsonia akan mengalami mood swing, di mana mereka akan cepat marah atau menangis. Insomnia juga boleh menjadikan anak-anak kecil hiperaktif dan bersifat agresif jika terjadi dalam satu jangka masa yang lama.

Hipersomnia

Hipersomnia pula adalah opposite daripada Insomnia. Anak-anak kecil akan tidur lebih lama daripada waktu tidur yang sepatutnya. Anak-anak kecil yang mempunyai hipersomnia akan tidur lebih daripada 10 jam dan akan merasa susah untuk bangun dari tidur dan tubuh badan mereka akan selalu berasa tidak selesa. Yang bagusnya? Hipersomnia jarang berlaku dan termasuk dalam jenis gangguan tidur yang jarang berlaku. Hanya sekitar 1% sahaja dari populasi kanak-kanak yang menghidap hipersomnia, di mana sebahagian besar penghidapnya adalah kanak-kanak perempuan.

Mimpi Buruk

Mimpi buruk or night terror termasuk dalam gangguan tidur yang sering dialami oleh anak-anak kecil terutamanya bagi mereka-mereka yang berusia di antara 3 sehingga 6 tahun. Sebenarnya, gangguan tidur jenis ini, diklasifikasikan sebagai normal kerana anak-anak kecil baru mengenal dan mengidentifikasikan rasa takut. Simptom mimpi buruk boleh dikenalpasti apabila anak sering terbangun dari tidur dan menangis di tengah malam. Selain itu, mungkin berpeluh dingin? panik? dan memiliki perilaku yang agresif di siang hari?

Kita fikir yang baik-baik jika tiba-tiba anak-anak terjaga di tengah malam dan susah untuk tidur kembali (merujuk kepada kes Kak Fa lah…). Faktor keselesaan tempat tidur dan faktor suhu pun boleh jadi juga. Tak pun… Sebab waktu siangnya dah puas tidur… Cuba fikir positif lah ni… Tapi dalam masa yang sama Kak Fa tak nak ambil remeh dan Kak Fa tetap memantau. Harapnya tak adalah gangguan tidur pada Firash. In Shaa Allah… Amin amin ya rabbal alamin.

Sumber Rujukan Semasa: https://www.orami.co.id

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak akak malamkelmarin terjaga dr tidur kejut kan akak terus citer apa yg dia mimpi...

    ReplyDelete
  2. narkolepsi tu menakutkan sebab kadang2 kita tak perasan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !