Kredit: Sumber dari Google |
Mula-mula konon tak layan! Jual mahal ooo… Malas nak tengok dan sebagainya. Ha ha ha…
… Sudahnya terjebak sampai tak sabar-sabar nak tengok episod yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. Errr… Tak boleh ke kalau marathon jer terus slot Akasia yang satu ni? Sebab? Sebab cerita ni best! Sebab? Sebab cerita ni ada Remy Ishak!
. Lakonan Remy Ishak dari dulu sampailah sekarang Kak Fa tak tau nak kata apa… Tapi Kak Fa suka walaupun orang lain tak suka ke apa. Ada Kak Fa kisah? Kak Fa yang suka kan? Bukan you alls kan?
… Gigih kerana KEKASIH PAKSA RELA kau… Disebabkan tak dapat nak menghadap televisyen pada waktu KEKASIH PAKSA RELA ditayangkan… Kak Fa sanggup rakam dan juga sanggup ulang tonton secara online.
Sinopsis Penuh KEKASIH PAKSA RELA
KEKASIH PAKSA RELA adalah sebuah cerita yang berkisarkan tentang Adham (lakonan Remy Ishak) dan Rosnaida (lakonan Ain Edruce) yang telah bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan dari ayah Adham, Dato’ Azman. Sejak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah harmoni, walaupun telah pelbagai cara diusahakan oleh Adham untuk merapatkan hubungan mereka berdua. Setelah berputus asa dengan Dato’ Azman Rosnaida telah mengambil keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia.
Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (lakonan Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya Yusnan. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham mengambil keputusan untuk memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?
Macam tulah lebih kurang ceritanya…Makin ditengok makin Kak Fa tak sabar nak tahu kesudahannya. Yang si Adham tu pun kira ala-ala macam jejaka idaman Malaya juga sebab ada watak antagonis yang bernama Shiqin. Ha ha ha…
Sakit pula hati menengok si Shiqin tu… Kesian pula hati melihatkan si Hanan. Dengar-dengar Intan Najuwa tu pelakon baru… Kecil molek… Memang betul-betul macam budak sekolah. Real lah orang ingat dia budak bawah umur. Errrr…Ke memang umur dia masih di bangku sekolah lagi? Ahaksss… Maafkan Kak Fa…Kak Fa tak tau sebab baru pertama kali Kak Fa lihat dia berlakon. Tak silap, KEKASIH PAKSA RELA ni adalah gabungan pelakon lama dan juga pelakon baru.
Ehemmm… bandingkan dengan satu cerita yang sedang on air sekarang ni… Kak Fa suka lagi cerita ni dari cerita tu… Ooopsss…
Ha ha ha…
Remy Ishak
Nama sebenar Remy Ishak – Mohammad Zalimei Bin Ishak. Dilahirkan pada 11 April 1982 di Negeri Sembilan dan pertama kali diperkenalkan kepada industri filem Malaysia oleh Pengarah Osman Ali pada tahun 2006.
Intan Najuwa
Nama sebenar – Intan Najuwa Binti Abdul Wahid. Dilahirkan pada 18 Ogos 1997 dan berasal dari Johor Bahru. Dahulunya merupakan seorang blogger sebelum bergelar seorang selebriti.
Wahhhh…. blogger rupanya… Jap Kak Fa cuba godek-godek kalau jumpa blog Intan Najuwa ni… I don’t know whether this is correct or not… Tapi I found THIS. Tengok gaya-gaya macam ya…
. All the best in your future undertakings dik.
best gak drama nie geram ngan pakcik
ReplyDeletesame! layan ni jugak tapi bkn wktu pkul 7 tu. Layan pukul 12 mlm. ade ulangan tiap mlm. hihihi. Xminat darama melayu tp yang ni terjebak plak. hehe. btw, die blogger tapi aktif dah kot. =) *geram dengan SHIKIN*
ReplyDeleteboleh tahan konflik dia ni. tapi mama tak tgk lah citer ni walaupun nampak menarik
ReplyDeletekita pun sukaaaaaaa...
ReplyDelete