Dual Language Programme (DLP)–Fahami Kemampuan Anak Kita!

Farah Waheda Wahid
0
Dual Language Programme (DLP)–Fahami Kemampuan Anak Kita! (4)
Kredit: Gambar dari Google

Sejak-sejak Kak Fa terbaca mengenai posting Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman sosial media Facebook beliau, Kak Fa dah jadi pengikut setia setiap posting beliau pula. Smile. Jujur Kak Fa katakan yang kebanyakan daripada posting Cikgu Mohd Fadli sangat-sangat membantu Kak Fa untuk memahami alam persekolahan zaman sekarang walaupun masih ada 2 tahun lagi untuk anak Kak Fa menjejakkan kaki ke Sekolah Rendah. Disebabkan Kak Fa terdengar sok sek sok sek di sana sini situ tentang bagaimana mencabarnya pendidikan di Malaysia sekarang (dalam hati ada rasa risau juga), Kak Fa sedikit demi sedikit cuma mengambil tahu mengenai alam persekolahan sekarang. Apa yang berlaku, apa yang sedang berlaku, apa sebenarnya berlaku. Melalui posting Cikgu Mohd Fadli, Kak Fa dapat belajar serba sedikit tentang situasi serta kondisi mengenai pendidikan di sekolah di Malaysia ni. Terbaru, Kak Fa ada terbaca posting Cikgu Mohd Fadli mengenai Dual Language Programme (DLP) – Fahami Kemampuan Anak Kita!

Berikut adalah petikan daripada perkongisan Cikgu Mohd Fadli melalui pautan di SINI:

Dual Language Programme (DLP) –Fahami Kemampuan Anak Kita!

DLP baru bermula tahun 2016. Ibu bapa yang dapat tahu sekolah anaknya ada menawarkan kelas DLP semua pakat teruja. Reaksi mereka seperti berikut:

Wah! Ini kelas budak pintar. Saya mesti masukkan anak saya dalam kelas ini.

Wow weee! Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Makin bijak anak aku bertutur di dalam Bahasa Inggeris nanti. Nak masuklah!

Di sinilah di mana kesilapan telah bermula…. Apa itu DLP? DLP ialah singkata kepada Dual Language Programme. Senang cerita, anak-anak yang ambil kelas DLP akan belajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Diulangi, SEPENUHNYA!

Pertama sekali, anda perlu tahu, bukan semua sekolah yang tawarkan kelas DLP ini. Hanya sekolah rintis dan sekolah yang berkemampuan dari segi tenaga pengajar dan kelas sahaja ditawarkan kelas DLP. Tahukan anda, ada murid memang lemah bahasa tetapi pintar bab nombor. Maka bila Matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris sedangkan murid itu lemah bahasa tetapi pintar nombor, dua-dua dia tercicir. Sebabnya? Sebabnya pembelajaran Matematik budak tu fully in English. Bukan campur-campur. Soalan peperiksaan dan penilaian juga dibuat di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bukan dwibahasa. Dia lemah bahasa, bila belajar nombor dalam bahasa yang dia lemah, maka nombor pun dia tak faham. Simple jer. Boleh hadam kan? Winking smile

Tahukan anda, ramai ibu bapa tersilap langkah dan percaturan? Mereka nak anak mereka pintar dan bijak dalam Sains dan Matematik serta hebat bertutur di dalam Bahasa Inggeris, tetapi akhirnya anak-anak mereka kecundang di dalam kesemuanya. Tahukah anda, ramai ibu bapa yang cuba tarik diri separuh jalan bila masuk kelas DLP? Dan itu, TIDAK DIBENARKAN!

Nak masuk kelas DLP, kena tandatangan satu surat perjanjian. Tak boleh tarik diri sekerat jalan. Tak boleh juga masuk di pertengahan tahun.

Jadi sebelum buat keputusan, kenali keupayaan anak sendiri. Sebelum anda dan dia menyesal.

Apa Pendapat Cikgu Mohd Fadli Mengenai DLP?

Pandangan Cikgu Mohd Fadli ini adalah bersifat peribadi. Tiada fakta dan kajian lengkap yang menyokong pendapat beliau. Jika nak terima, sila. Jika nak bangkang pun silakan. Tiada halangan. Bagi Cikgu Mohd Fadli, kelas DLP bagus untuk murid yang memang pintar dan bagus di dalam penggunaan Bahasa Inggerisnya. Kalau di rumah, nak buang air besar pun speaking dengan anak, elok suruh anak join DLP. Tapi, kalau anak anda membaca Bahasa Melayu pun merangkak, Bahasa Inggeris hanya tahu Yes dan No, baik ambil kelas biasa. Tetapi? Sekali anda dah tandatangan untuk memasuki kelas DLP, anda kena pastikan anak anda betul-betul mahir di dalam Bahasa Inggeris. Kalau dia lemah, hantar tuisyen. Ajar pula di rumah. In Shaa Allah dia akan dapat mengikuti dari semasa ke semasa.

Yang sudah memasuki dan mendapati keputusan anak merosot dan kurang memuaskan, terus beri sokongan pada anak. Jangan bagi mereka down. Jangan tunjukkan yang anda pun kecewa. Anda kena terus bertenang dan positif. Bagi komitmen dan kepercayaan kepada guru dan anak, intensif anda pun kena banyak. Bantu dia, ajar dia sampai dia dapat mengharungi semuanya. Itu guna ibu dan bapa. Beri semangat dan sokongan pada anak-anak tersayang sewaktu mereka rebah. Ke guano boh?

Ingat pesan Cikgu Mohd Fadli, fahami betul-betul keupayaan anak-anak anda. Kalau boleh buat simple test di rumah tentang kefahaman anak-anak mengenai bahasa dan nombor. Jika dia power bahasa, lemah nombor – boleh masuk kelas DLP. Kalau dia lemah sangat bahasa tetapi power nomber, pertimbangkan semula. Tapi kalau dia power kedua-duanya, fikir apa lagi? DLP adalah kelas terbaik untuk anak anda. Boleh hadam?

Ok sekarang Kak Fa faham dah serba sedikit… Bila dah baca, mula terfikir tentang anak sendiri dan mulalah tu nak nilai-nilai sana sini demi nak memahami keupayaan anak sendiri walau masih ada 2 tahun dari sekarang. Smile. Nak buat macam mana, zaman sekarang gayanya ibu bapa kena proaktif untuk ambil tahu. Sebab kalau tak ambil tahu, jadi tak tahu langsung. Bila tak tahu langsung, diri tak equip dengan knowledge yang sepatutnya ada sebagai ibu bapa. Sistem pendidikan dah banyak sangat berubah. Tak sama dah macam dulu. Jadi kenalah ambil tahu lebih sikit…Kalau tak nanti, Kak Fa jadi macam ibarat berjalan dalam gelap pula.

Apa pun terima kasih kepada Cikgu Mohd Fadli di atas perkongsian yang sangat bermanfaat untuk Kak Fa. At least, Kak Fa belajar daripada perkongsian tersebut.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !