Cari STEA Jika Nak Cantik.Sihat.Berseri

Farah Waheda Wahid
3
CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT (2)

2018 – Kak Fa obses mencari produk penjagaan kulit wajah dan tubuh badan untuk maintain serta kurangkan apa-apa yang patut. Open-mouthed smile Ha ha ha… Ini semua semata-mata sebab usia Kak Fa sekarang dah pun 35 tahun. Lagi 5 tahun jer nak masuk 40 tahun oiii! Sick smile Scary pula rasanya tiba-tiba membayangkan garis-garis halus yang bakal muncul jika tak mulakan penjagaan kulit wajah dari sekarang. Sebab tu Kak Fa kena mulakan dari sekarang! Ke-obses-san Kak Fa itu telah membawa Kak Fa ke Majlis Pelancaran STEA baru-baru ini yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam dan Kak Fa jumpa apa yang Kak Fa cari!

Sekitar Majlis Pelancaran STEA

CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT (3)

Kak Fa tak keseorangan rupanya… Winking smile Ramai blogger yang turut hadir di Majlis Pelancaran STEA tempoh hari serta berminat untuk mengenali STEA dan pengasasnya, Puan Mastura dengan lebih dekat lagi.

CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT (4)

Majlisnya sederhana tetapi sangat meriah. Yang paling penting Kak Fa dapat belajar mengenai produk STEA yang kini sudahpun menembusi pasaran semasa di Malaysia dengan harga yang sangat-sangat berpatutan serta mampu dibeli oleh semua golongan di Malaysia walaupun zaman ekonomi kita sekarang ni banyak yang naik dari turunnya. Smile Apa yang Kak Fa cuba sampaikan adalah setiap orang mampu untuk menjadi pengguna produk STEA dan In Shaa Allah, anda akan mendapat hasil sepertimana yang dijanjikan.

Dalam hati terdetik -  bagus Kak Fa menghadirkan diri di Majlis Pelancaran STEA kerana di majlis tersebut Kak Fa belajar dengan lebih terperinci mengenai produk STEA dari A sampai ke Z. Manalah tahu kan? Lepas ni Kak Fa pula menjadi dropshipper STEA kan? Sekarang ni pun STEA sememangnya sedang aktif mencari dropshipper. Sebelum Kak Fa ambil keputusan untuk menjadi dropshipper, terlebih dahulu Kak Fa kena jadi pengguna untuk memastikan keberkesanan STEA sepertimana yang diwar-warkan ketika Majlis Pelancaran STEA.

CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT (1)

Majlis Pelancaran STEA telah diisikan dengan slot kuiz bersama para tetamu, yang mana Kak Fa rasakan slot majlis yang satu ini adalah satu slot yang sangat efektif untuk meningkatkan pemahaman kami yang hadir mengenai produk STEA. Berlumba-lumba masing-masing nak menjawab soalan kuiz. Open-mouthed smile. Yang berjaya sangat beruntung… Sebabnya mereka dapat membawa pulang produk STEA secara PERCUMA. He he he… Smile Tahniah Kak Fa ucapkan kepada semua yang telah berjaya menjawab kuiz STEA sewaktu berlangsungnya majlis tempoh hari.

CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT.BERSERI

Ini menarik! Rupa-rupanya… Amylea Azizan (bekas peserta AF3 dan juga AF MegaStar) adalah pengguna STEA selama ini. Baru Kak Fa tau… Retis pun jadi pengguna STEA tau… Nampak sangatlah yang STEA ni produk yang boleh dibawa ketengah dan produk yang memberikan hasil yang diinginkan. Kita tahu apabila menjadi seorang figura umum ataupun public figure, seseorang itu perlu senantiasa menjaga penampilan serta kesihatan diri. Jadi sudah tentunya mereka akan mencari serta menggunakan produk yang benar-benar berkesan untuk memberikan hasil yang diingini. Macam STEA… Amylea Azizan adalah merupakan pengguna STEA yang konsisten… Ini menambahkan keyakinan Kak Fa untuk mencuba STEA secepat mungkin. Bila dengar testimoni dari Amylea, Kak Fa jadi rasa tak sabar nak balik rumah dan nak mencuba STEA. Ha ha ha… Open-mouthed smile Nampak tak gelojoh Kak Fa? Smile with tongue out.

Selain perkongsian testimoni, Amylea juga telah menyampaikan sebuah lagu untuk para tetamu buat penyeri majlis. Lagilah Kak Fa suka…Sebab lagu favourite Kak Fa… Meh meh sini rapat-rapat Kak Fa kongsi video yang sempat Kak Fa rakamkan sewaktu Amylea menyanyi di Majlis Pelancaran STEA.

Mengenali Produk STEA


CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT.BERSERI (2)

Kecantikan dan kesihatan adalah merupakan anugerah terindah. Setiap individu ingin kelihatan cantik dan sihat setiap masa. Menjaga kesihatan luaran dan dalaman menjadi satu kemestian untuk setiap individu. Termasuklah Kak Fa yang dah pun berusia 35 tahun ni ha. Open-mouthed smile. Kesibukkan dengan rutin harian sepanjang hari bukanlah merupakan batasan untuk setiap individu kekal cantik, sihat dan cergas. STEA memahami keperluan wanita yang sangat sibuk macam Kak Fa… Winking smile dengan tugasan sebagai isteri, ibu, pekerja, anak dan juga blogger dengan melahirkan produk kecantikan luar dan dalam yang sangat senang dan cepat digunakan. Tak remeh pun uollsss… Produk minuman dan rawatan wajah yang berasaskan TEH HIJAU yang menjadi pilihan STEA bagi memastikan semua wanita sentiasa muda, sihat dan berseri.

STEA Teh Hijau

CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT (5)
28 uncang teh sekotak yang berharga RM 60.00. Teh hijau asli STEA adalah daun teh yang diperolehi daripada sumber berkualiti tinggi di Jepun. Dipilih oleh pakar-pakar STEA bagi memastikan rasanya yang luar biasa dan menyegarkan. Untuk makluman anda, di dalam setiap uncang teh hijau asli STEA juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut sebagai ‘matcha’. Matcha telah diketahui tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.

Apabila kita minum matcha kita minum keseluruhan daun teh hijau dan mendapat 100% khasiat daun teh hijau. Serbuk matcha mengandungi 137 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau yang biasa-biasa tu.

Di antara kebaikan yang terdapat di dalam teh hijau asli STEA adalah:
  • mengawal berat badan.
  • meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak.
  • melawaskan masalah pembuangan.
  • membuang kotoran dan toksin dalam badan.
  • mengawal selera makan.
  • mengurangkan kolestrol.
  • ejen anti kemurungan.
  • ejen anti penuaan.
  • tinggi anti oksidan.
  • menambah tenaga.
  • menghalang pengumpulan lemak dalam badan.

STEA Teh Hijau amat sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga dan sebagai ‘booster’ sebelum melakukan senaman.

STEA Beauty

CARI STEA JIKA NAK CANTIK.SIHAT (7)

Simple sangat weiiii! STEA Beauty adalah produk yang diformulasi berasaskan teh hijau. Didatangkan dalam bentuk sabun dan serum bagi merawat wajah. Dua jer… Tak banyak sangat… Sangat simple. Kak Fa suka! Di dalam sabun STEA terdapat serat daun teh yang bertindak sebagai skrub setiap kali kita mencuci muka. Mencuci sahaja tidak mencukupi kerana cucian biasa tidak mampu membuang kotoran yang melekat di dalam pori-pori muka. Serat daun teh mampu membuang kulit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah.

Serum STEA bertindak sebagai ejen merawat wajah rosak. Kandungan utamanya terdiri daripada ekstrak teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memastikan kesan maksimum kepada setiap pengguna. Teksturnya dalam bentuk jeli dan tidak melekit, sangat menyejukkan dan memberi kesegaran kepada wajah setiap kali penggunaan. Yang ini, Kak Fa setuju! Sebab Kak Fa balik-balik jer daripada Majlis Pelancaran STEA terus Kak Fa gunakan kedua-duanya.

Recently muka Kak Fa memang break out sikit. Entah kenapa entah… Mungkin hasil daripada bercampur-campur review produk kot? Jadi terdapat break out. Masa untuk neutralkan kembali dan masa untuk jaga kulit muka kembali. Dengan 2 kali penggunaan ya… Kak Fa certified, set STEA Beauty memang bagus. Know what? Kak Fa akan teruskan penggunaan STEA Beauty and I’ve decided so. Ini memang apa yang Kak Fa cari selama ini. Smile.

Kelebihan STEA Beauty yang anda patut tahu:
  • mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah.
  • mengecutkan jerawat dengan cepat.
  • memudarkan jeragat dan parut jerawat.
  • mengecilkan pori-pori.
  • menghilangkan kulit kusam dan kasar.
  • melembapkan kulit dan menjadikannya kulit tidak berminyak.
  • mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  • menjadikan tona kulit lebih sekata.
  • menganjalkan kulit wajah.
  • mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari sun burn.
  • ejen anti penuaan.
  • menanggalkan white heads dan black heads.

Harga? Harga STEA Beauty adalah RM89.00 satu set.


Kalau nak tapau beli semua sekali... STEA ada menawarkan harga kombo iaitu RM 140.00.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut:

Untuk Pembelian Produk STEA:

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah...lawanya website farah ni..kagum weii...
    all the best

    ReplyDelete
  2. Betul Kak Farah, sedap gila suara Amylea tu. Tak sangka betul dia dari AF

    ReplyDelete
  3. lps ni bole try teh hijau ni sebelum ni minum teh biasa je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !