BACK TO SCHOOL For Us!

Farah Waheda Wahid
2


4 Januari 2018 - Hari pertama persekolahan untuk Firash.  Kak Fa cuti!  Walaupun sebenarnya kalau tak cuti pun tak apa. Saja... Nak habiskan cuti tahun 2017 yang masih berbaki 14 hari tu. Kena habiskan tu sebelum end of March 2018 ni!  Kalau tak habis nanti rugi jer cuti tu macam tu jer.  Itulah...  Suka sangat simpan cuti tahunan kan?  #ehhh tak lah...  Kak Fa cintakan kerjaya jer sebenarnya...  Wakakaka...  Konon kan?  Tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Even though cerita BACK TO SCHOOL ni mungkin dah mula nak jadi basi bagi sesetengah orang,  tetapi inilah kisah BACK TO SCHOOL for us!  

Sebenarnya tak banyak pun persiapan yang Kak Fa lakukan untuk Firash.  Persiapan yang ala kadar dan berhemah sahaja seadanya.  Serius!  No new school bag,  no new shoes,  no new pencil,  no new pencil colours,  no new uniforms!  Hah?  Kejamnya Kak Fa sebagai ibu sampaikan tak belikan barang sekolah baru untuk anak?  Tak pun,  Kak Fa tak rasa kejam langsung.  

Sebenarnya apa yang Firash lalui sekarang ni adalah sama seperti apa yang Kak Fa rasa sewaktu zaman persekolahan Kak Fa dulu.  Whatever that I told you here are those things that I've gone through before him.  Duplicate jer ni.  Bukan tak nak gantikan yang baru atau bukan tak nak bagi anak motivation untuk lebih bersemangat ke sekolah dengan buatkan dia rasa seronok dengan barang-barang sekolah yang baru.  Why should I?  Sedangkan ilmu tu bukan ukurannya berdasarkan barang sekolah yang baru.  Kalau masih elok,  apa salahnya gunakan lagi?  Nak nak lagi zaman serba mahal macam ni kan?  Jadi apa yang boleh kita berjimat,  kita jimatlah seadanya.  Tiba masa memang dah hukum ganti,  merasa juga Firash barang sekolah yang baru.  

Seminggu sebelum sesi pernikahan bermula,  Kak Fa adalah orang yang susun senarai perkara yang perlu Kak Fa lakukan.  Itu adalah termasuk menggosok pakaian seragam Firash,  basuh beg sekolah Firash,  basuh pencil case serta check pencil case Firash,  asah mana yang patut diasah, label mana yang patut dilabel,  keluarkan kembali bekas makanan serta botol air Firash,  beli stok bekalan makanan yang selalu Firash bawa ke sekolah seperti biskut, cereal dan roti.  

Termasuklah mengaktifkan kembali curfew waktu tidur malam seminggu sebelum sesi persekolahan 2018 bermula kembali.  Kak Fa mengaku,  sepanjang hampir sebulan bercuti, Kak Fa berikan sedikit kelonggaran untuk Firash tidur lewat sedikit dari hari persekolahan.  Kenapa?  Sebab masa cuti sekolahlah masa Kak Fa bersama anak lebih sedikit.  Kalau hari persekolahan memang agak terbatas masa bonding kami bersama.  Kak Fa gunakan waktu cuti sekolah sebagai waktu yang terbaik untuk bonding yang lebih lama dari kebiasaan.  

Makanya,  seminggu sebelum,  Kak Fa perlu memastikan yang Firash kembali kepada curfew tidur malam yang biasa supaya dia tak meragam atau sukar bangun pagi apabila sesi persekolahan bermula semula.  Macam tulah kisahnya.  

Cerita seminggu sebelum lah tu.  Cerita hari pertama persekolahan?  Ini yang nak sambung ni.  Tak ada apa-apa yang berbeza dengan hari-hari persekolahan sebelum bercuti panjang dahulu.  

Bangun pagi, gosok gigi,  mandi air panas dan bersiap.  Kemudian,  Kak Fa mulakan tugasan rutin Kak Fa,  menghantar Firash ke school.  Yang berbeza dengan sesi persekolahan tahun 2017 adalah di mana untuk tahun 2018, Kak Fa pencen untuk menghantar Firash sehingga ke kelas,  tunggu dia susun buku dulu serta kemudian peluk cium barulah Kak Fa ke office.  

Sepertimana perbincangan Kak Fa bersama guru kelas sewaktu Firash di kelas 4 tahun dan juga pengetua school.  Untuk 2018, Kak Fa cuma akan berhenti di depan sekolah untuk drop Firash (teacher akan ambil atau sambut untuk ke kelas)  ataupun Kak Fa hantar setakat ke pintu masuk school di mana kemudian teacher akan bawa ke kelas.  Dah masuk kelas 5 years old.  Kena belajar untuk lebih independent berbanding sewaktu di kelas 4 years old.  

Itu yang menjadi sedikit hick up pada hari  pertama persekolahan Firash.  Kebiasaan yang dihentikan.  Memanglah dia agak menolak.  Tetapi tak ada masalah pun dia nak ke school.  Happy jer dia pagi tadi.  Dia tak kisah pun ke school.  Cuma agak menitiskan air mata seketika bila Mommy tak nak naik sehingga ke atas hantar dia ke kelas.  Sekejap jer.  Naik atas dah hilang dah air mata tu.  Ha ha ha... 


Sebab Kak Fa bercuti pada hari pertama Firash school,  Kak Fa yang pick up dia dari school.  Transportation memang awal-awal lagi dah ada arrangement.  Jadi bila Kak Fa mula masuk office balik nanti,  transporter yang akan pick up dan hantar Firash balik ke rumah.  

Itu jer cerita tentang BACK TO SCHOOL Firash.  Plain and simple.  Tapi bila tiba masa primary school nanti,  Darjah 1 nanti mungkin lain pula warnanya. Suasana baru,  tempat baru.  Lambat lagi cerita tu!  Firash ada masa lagi 2 tahun di tadika untuk dihabiskan.  

Selamat bersekolah Firash!  Selamat bersekolah anak-anak lain di luar sana! 

*Walaupun cuti,  today has been such a long day full of things for me.  Banyak urusan yang Kak Fa perlu selesaikan.  Especially dalam tempoh masa until end of next weekend.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !