Setuju tak?
Kalau Kak Fa katakan yang kebanyakan orang beranggapan bahawasanya apabila seseorang wanita memakai women sandals, ianya adalah minus point bagi wanita tersebut kerana sandals membuatkan penampilan seseorang wanita terlihat seakan-akan tidak stylish, tidak fashionable bahkan tidak menarik! Betul ke macam tu?
... Ironinya, sandals memang selalunya dianggap tidak sesuai untuk digayakan dengan pakaian formal dan lebih sesuai untuk digunakan pada waktu-waktu kasual. Tapi!
Ini yang Kak Fa nak kongsi TIPS Kekal Stylish Walau Hanya Memakai WOMEN SANDALS! Baca betul-betul ya...
Ramai wanita yang merasakan penampilan mereka kurang menarik dan tidak fashionable ketika memakai sandals. Walhal, hakikatnya penampilan kita sebagai wanita sebenarnya tetap mampu kelihatan cantik dan stylish ketika kita menggayakan sandals asalkan anda tahu trik-nya.
Sungguh! Kak Fa taulah sebab Kak Fa is a sandals person.Yang penting kena kreatif! Cuba baca sehingga ke akhirnya apa yang Kak Fa nak kongsikan ni.
Sesuaikan Ukuran Kaki
Kredit: Sumber dari Google
Walaupun hanya menggunakan sandals sahaja, anda harus tetap memberi perhatian kepada ukuran kaki dengan sandals yang dipakai. Jangan semberono jer memakai sandals yang tidak sesuai dengan ukuran kaki anda. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Ukuran sandal yang sesuai atau senang cerita ngam ngam akan membuatkan anda rasa selesa.
Sambil-sambil sebenarnya akan dapat membantu untuk mengurangkan risiko tersandung kerana ukuran yang besar atau kecil. Dalam masa yang sama, tolong perhatikan juga material sandals tersebut. Adakah material yang digunakan berkualiti? Adakah material yang digunakan selesa untuk dipakai? Kena ingat ya... Walaupun hanya sandals, material yang tidak berkualiti boleh mengakibatkan kaki menjadi sakit dan juga cedera.
Kemasan Pada Sandals
Kredit: Sumber dari Google
Zaman sekarang ni dah tak macam dulu. Limited pada sandals jenis macam selipar jepun tu jer! Ha ha ha...
. Dengan kreativiti para pereka fesyen sedunia, makanya wujudlah pelbagai jenis rekaan sandals yang memukau kalbu dan menggoda hati wanita-wanita sedunia. Ada bunga, manik-manik, batu-batu dan sebagainya. Semakin stylish dan fashionable.
Memilih Warna Yang Cerah
Kredit: Sumber dari Google
Tips yang seterusnya adalah memilih sandals dengan rona-rona warna lembut dan cerah. Sandals dengan warna yang lembut dan cerah sangat membantu untuk membuatkan kaki anda kelihatan cantik. Pengalaman Kak Fa, bila pakai sandals dengan warna lembut dan cerah tiba-tiba terasa cantik pula kaki Kak Fa... Ahakss... 
Sesuaikan Dengan Acara Dan Tempat
Kredit: Sumber dari Google
Kak Fa akui bahawa sandals yang ringkas memang lebih sesuai digunakan pada suasana santai atau kegiatan kasual yang tidak formal. Pandai-pandailah nak sesuaikan rekaan sandals untuk acara formal ataupun selain dari santai. Ada macam-macam corak kan? Boleh pasti boleh. Kadang-kadang tu, walaupun sekadar sandals, tetapi kalau kena pada gaya, silap haribulan penampilan anda akan lebih cantik. Yang penting - mesti sesuai dengan pakaian yang digayakan!
Macam tulah cara Kak Fa survive dengan sandals bila ada masa-masa Kak Fa malas sangat nak pakai apa-apa selain sandals!
. Untuk semua tips-tips di atas, yang paling mudah bagi Kak Fa adalah cuci mata dengan koleksi women sandals yang terdapat di laman web jualan dalam talian ZALORA. Senang! PIlih jerlah ikut kesesuaian yang mana Kak Fa nak, sebab di ZALORA ada macam-macam rekaan sandals yang boleh disuaipadankan dengan pelbagai suasana atau acara. All this while, memang Kak Fa hidup ber-sandals dengan ZALORA jer! Mudah bagi Kak Fa. Lagipun sandals di ZALORA tak pernah mengecewakan Kak Fa - berkualiti dan tak menyesal langsung beli! Siapa yang pernah shopping online di ZALORA taulah kan? Terutamanya bab return item dan dapatkan item gantian yang bersesuaian. He he he... Yalah, kadang-kadang tu tersalah saiz noks!
Pesan akhir Kak Fa, dalam fesyen kita kena berani mencuba dan berani mencipta kelainan yang sedap mata lain memandang... Jangan skeptical sangat! Boleh? Sandals bukan bermaksud tak stylish atau fashionable... Walaupun hanya memakai sandals, kita masih tetap mampu untuk kekal stylish dan fashionable ok? 
sekarang ni rasa selesa pakai sandals kot hehe..
ReplyDelete