Kenapa Anak Bersikap Memanipulasi?

Farah Waheda Wahid
0
KENAPA ANAK BERSIKAP MEMANIPULASI

Ramai yang berpesan – Jangan sampai anak memanipulasi ibu bapa. Anak-anak memang panjang akal, memang tahu fikir. Semakin meningkat usia, semakin bertambah kemahiran dan kepakaran…Ahaksss… Winking smile Makin liciklah mereka mendapat akal untuk memanipulasi ibu bapa. Cuma tinggal bijak tak bijak jer kita sebagai ibu bapa nak kendalikan keadaan. Cuma tinggal tahan hati tak tahan hati jer kita sebagai ibu bapa nak kendalikan situasi. Tak payah cerita tentang isi dalam rumah orang lain lah kan? Cerita anak sendiri jer cukup! Smile. Iman Firash… Kak Fa perhatikan setiap hari semakin gigih dan bersungguh-sungguh di dalam usaha dia nak memanipulasi Mommy dia ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Setiap hari ada sahaja akalnya untuk memanipulasi Kak Fa. Terkadang tu sesekali Kak Fa turutkan, tetapi yang kerapnya Kak Fa tak turutkan walaupun… walaupun dia anak tunggal. Cegah sebelum melarat! Kenapa anak bersikap memanipulasi? Sila ketahui “kenapa itu” dari entri Kak Fa pada kali ini. Winking smile

Sudah Terbiasa Dimanjakan

Bab manja ni, memang Kak Fa mengakulah…Firash memang manja. Sehinggakan teacher-teacher di school pun beritahu Kak Fa yang Firash ni adalah student yang paling manja di school. Hu hu hu… Dan, ini jugalah perkara biasa yang menyumbang kepada sikap manipulasi anak. Bila sebut manja, terdapat di kalangan kanak-kanak yang suka memanipulasi adalah di dalam keadaan segala yang diminta akan diberi. Jujur Kak Fa bukan nak selindung, bukan nak tapis ya? Tak semua yang Firash minta Kak Fa beri. Ada masa memang menangis-nangis dan menjerit-jerit Firash disebabkan Kak Fa tak turutkan permintaan dia. Kak Fa bab permintaan ni memang agak tegas sedikit. Memang Kak Fa takkan beri segala kemahuan atau turutkan segala kemahuan Firash. Tapi tetap manja! Ahaksss… Smile with tongue out

Bagi keadaan di mana, kanak-kanak dah terbiasa dapat apa yang diminta, sekiranya kadang-kadang ada benda yang tidak boleh dimiliki, minda bawah sedar mereka merasa pelik dan tidak boleh menerima perkara yang bukan menjadi kebiasaan mereka. Anak yang memupuk sikap manipulasi kerana terbiasa dimanjakan ini juga boleh membawa kepada masalah pertuturan walaupun dia mempunyai perkembangan bahasa yang baik (memahami setiap perkataan, arahan, etc) dan bukan seorang kanak-kanak autistik. Sebagai contoh, dengan hanya menghulur tangan, pointing kepada objek dan hanya menyebut nak, si anak sudah diberi apa yang dimahukan. Jadi, dia sudah berada di dalam zon yang selesa untuk tidak perlu berfikir untuk membuat permintaan dengan ayat yang lengkap dan sebagainya.

Untuk Meraih Perhatian Ibu Bapa

Semua anak-anak memerlukan perhatian dari ibu bapa dan mempunyai pelbagai cara untuk meraih perhatian ibu bapa. Salah satunya dalah dengan memanipulasi keadaan persekitarannya. Ada anak yang semasa bersama ibu bapa di rumah jarang mengamuk atau berlaku agresif tetapi apabila pulang ke kampung, pergi ke pusat membeli-belah, semasa di taska dan sebagainya, mereka mula bertindak sedemikian untuk mendapatkan perhatian persekitaran sekelilingnya.

Ibu Dan Bapa Tidak Sepakat Di Dalam Menentukan Sesuatu Perkara

Kerap kali kita berjumpa dengan situasi ini seperti contoh seorang ibu sudah bertegas dengan anak untuk mendisiplinkannya di dalam sesuatu perkara, namun bapa pula bersikap lebih fleksibel dan lebih mendahulukan keinginan si anak, begitu juga sebaliknya. Ibu bapa yang tidak sepakat seperti ini akan lebih memudahkan anak untuk bersikap manipulasi terutamanya terhadap pihak yang lebih fleksibel kepadanya.

Mempunyai Masalah Sensori (Sensory Processing Disorder)

Sensory Processing Disorder dialami kebiasaannya oleh kanak-kanak autistik. Kanak-kanak autistik yang mempunyai masalah sensori tidak mampu untuk memberi kerjasama di dalam sesuatu aktiviti atau persekitaran sekiranya terdapat perkara yang mengganggu sensitiviti sensorinya. Jadi, mereka bersikap manipulatif untuk melepaskan diri mereka dari ketidakselesaan yang dialami. Seperti contoh, seorang anak autistik mempunyai masalah sensori pendengaran yang tidak suka bunyi bising. Dia meronta-ronta tidak mahu ke sekolah bukan kerana malas atau mahu bermain di rumah, tetapi kerana suasana kelas yang agak bising menyebabkan dia berasa terlalu tidak selesa berada di dalam kelas.

Anak Sudah Merasa Autonomi Ke Atas Ibu Bapa

Kerana sudah selalu berjaya memanipulasi ibu bapa, anak akan mula merasa ada power atau autonomi ke atas ibu bapa. Mereka juga sudah pandai membaca kelemahan ibu bapa mereka. Pada peringkat ini, walaupun ibu bapa meninggikan suara ke oktav paling tinggi, anak akan tetap yakin bahawa dia akan menang dan dapat apa yang dihajati. Confident sungguh! Open-mouthed smile Ha ha ha… Sekiranya gagal, maka pada peringkat ini mereka akan berpotensi untuk mula menjadi aggresif dan abusive sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Mereka juga akan mula pandai meninggikan suara untuk melawan ibu bapa serta mengugut ibu bapa. Pada ketika ini, perkara yang lebih menjadi masalah bukan lagi sikap manipulasi, tetapi tingkah laku negatif yang dilakukan oleh anak tersebut.

Bahaya sebenarnya kalau kita sebagai ibu bapa membiarkan anak memanipulasi kita. Manja-manja macam mana pun, memang tak boleh nak biarkan mereka memanipulasi diri kita ni sampai merebak jadi tingkah laku negatif. Kena cegah dari awal, kena bendung dari awal. Kak Fa bukan pandai nak pesan pada orang lain, yang benarnya Kak Fa sekarang ni setiap hari ingatkan diri Kak Fa, pesan pada diri Kak Fa. Supaya Kak Fa tak bagi can Firash memanipulasi Kak Fa, walaupun ada ketikanya Kak Fa turutkan kemahuan dia. Winking smile. Baik atau buruk, kita yang tentukan – jadi pandai-pandailah kita masing-masing kendalikan anak-anak masing ya tak? Betul kan? kan? kan? Nerd smile

Sumber Rujukan: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !