Dia belum mula buka mulut untuk bertanya lagi… Dia belum tanya apa-apa lagi pun!
But so happened… Secara spontan Kak Fa dah pun tunjukkan pada Firash tempat di mana dia dikeluarkan dari perut Kak Fa ni ha. And… I showed him my caesarean marks at the age of 4 years. Sebelum dia bertanya, Kak Fa secara perlahan-lahan dah mula psiko dia tentang pengorbanan serta perjuangan seorang ibu. So happened ok? So happened!
Tak salah pun… Eloklah tunjuk sewaktu usia dia masih kecil daripada Kak Fa tunjukkan pada dia sewaktu usia semakin meningkat dan pemikiran semakin matang. Maybe… ini sememangnya cara Kak Fa memberikan pendedahan awal terhadap pendidikan seksual kepada Firash? Lain ibu lain caranya…
Kak Fa pernah kongsikan di dalam entri Kak Fa pada tahun 2014 – How To Answer Where Do Babies Comes From??? sebagai sedikit panduan kepada ibu bapa yang mungkin pertama kali berhadapan dengan situasi menjawab pertanyaan anak yang satu ini. Jangan terdiam, jangan binggung, jangan pening-pening kepala… He he he… Pasti ada cara untuk menjawab. Yang penting, untuk anak-anak kecil di peringkat awal kehidupan jelaskan dengan kata-kata illustrasi yang mudah difahami oleh anak. If anak belum memahami maksud vagina, maybe boleh dijelaskan yang bayi keluar dari perut ibu. Dalam situasi Kak Fa, disebabkan Kak Fa melahirkan secara pembedahan, mudah sedikit bagi Kak Fa rasanya dengan menunjukkan parut caesarean Kak Fa.
Bila anak mula berekplorasi, bila anak mula ada perasaan ingin tahu dan kelihatan sedikit binggung mengenai proses kelahiran, please do expect yang terkadang ada soalan-soalan di luar jangkaan kita. I believe as parents you could anticipate this too right?
Ada sedikit tips tambahan yang ingin Kak Fa kongsikan bersama-sama anda. Moga-moga bermanfaat untuk semua yang memerlukan.
Hindari Berbohong
Jangan sesekali berbohong mengenai proses kelahiran, sebabnya ianya hanya akan membuatkan anak merasakan tertutup atau terbantut, lalu memilih untuk bertanya kepada orang lain. Dengan berbohong, secara tidak sedar anda telah mengajarnya untuk berbohong.
Jelaskan
Hidup suami isteri tak lekang dari ciuman.
. Kadang-kadang anak terlihat kelakuan spontan bapa mencium ibu, ibu mencium bapa di hadapan mata mereka. Jelaskan bahawa itu adalah salah satu cara untuk menyayangi. Ehemmm… Tapi tegaskan batasan juga ya. Siapa yang boleh siapa yang tak boleh – bagi kita yang beragama Islam. 
Sentiasa Bertenang
Bila anak bertanya soalan-soalan cepu emas bertatahkan berlian, jika anda menjadi binggung, blur, terkesima dan sebagainya untuk menjawab, mintalah waktu untuk menjawab di kesempatan yang lain. Janjikan pada mereka yang anda akan menjawab pertanyaan mereka. Kesempatan waktu yang ada tu lah yang patut kita gunakan untuk mencari tahu caranya untuk menjawab pertanyaan si kecil dengan tepat dan bersesuaian mengikut peringkat umur mereka. Paling penting kena tepati janji untuk menjawab pada waktu yang telah dijanjikan ya?
Jangan Jadikan Topik Proses Kelahiran, Bayi Datang Dari Mana Sebagai Taboo
Jangan nafikan keinginan mereka untuk mengambil tahu, jangan nafikan hak mereka untuk mengetahui. Jadikan ianya sebagai pendidikan seks awal bagi anak-anak supaya anak tahu dan tidak mencari dari sumber yang lain yang mungkin akan memudaratkan perkembangan semasa anak-anak. Eloklah anak tahu dari kita dari tahu melalui filem-filem lucah ataupun sumber-sumber lain yang boleh mempengaruhi mereka secara negatif.
Kak Fa tak tau dengan pandangan serta pendapat ibu bapa yang lain, tapi bagi Kak Fa dengan mendidik anak-anak kecil tentang pendidikan seks bersesuaian mengikut peringkat usia mereka, ianya dapat membantu anak-anak untuk tidak melakukan perbuatan yang menyimpang. Plus… Of course, pendidikan seks itu perlu seiring dengan memberikan pendidikan agama dan juga moral kepada anak-anak.
*Sewaktu dia melihat scar di perut Kak Fa – dia termenung seketika dan tak lama selepas itu dia mengatakan Mommy sakit.
Kak Fa pun ambil peluang lah beritahu dia “Tulah, masa nak keluarkan Firash, Mommy sakit tau! So… Firash jangan nakal-nakal, kena dengar dan ikut cakap Mommy… Sakit tau… Sebab Firash…”… Jawapan Firash? “Ok, Mommy – I love you Mommy…”… Ha ha ha… 
Takutnya nak menghadapi soalan2 begitu. Kids always curious to know, kan. So kalau salah bagi jawapan, habis la...
ReplyDelete