WORKING MOM : 6 Cara Hilangkan Rasa Bersalah

Farah Waheda Wahid
1
WORKING MOM 6 CARA HILANGKAN RASA BERSALAH
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Lebih kurang dua hari yang lepas, Kak Fa ada menghadiri acara pelancaran NIGELLA THERAPY (Pointing up cerita NIGELLA THERAPY ni #kausabarjap… nanti Kak Fa cerita tentang NIGELLA THERAPY) … Smile. Yang Kak Fa nak cerita sekarang adalah di mana, seorang kawan Kak Fa yang hot mama datang approach Kak Fa dan beritahu Kak Fa, dia rasa macam bersalah sangat sebab terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja dan minta Kak Fa kongsikan tips macam mana nak hilangkan rasa bersalah tu. Kak Fa thankful juga sebab dia sudi follow Bubblynotes.Com dan sudi jadi pembaca serta request Kak Fa buat entri ni sebagai perkongsian. Semalam, Kak Fa nak taip dah entri WORKING MOM: 6 Cara Hilangkan Rasa Bersalah ni… Tapi, Kak Fa taip-taip-taip tiba-tiba rasa tak mampu nak teruskan sebab energy Kak Fa dah tak ada. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Letih sangat sebenarnya ni. Cuma Kak Fa cuba sedaya upaya sebab tak nak menghampakan pembaca Kak Fa… Smile with tongue out.

Kawan Kak Fa tu tanya… Macam mana Kak Fa boleh kuat dan kental hati tinggalkan Firash untuk bekerja. Ha ha ha… Open-mouthed smile You… I tak adalah kuat dan kental hati mana pun you… Sama juga macam you tapi I kena lawan juga. Walaupun hati tu kalau boleh nak banyak masa dengan anak. Mak-mak yang bekerja ni, macam mana sekalipun pasti akan timbul (walaupun sedikit) di dalam hati perasaan bersalah tu ok? Rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan anak dengan pengasuh, suami atau nurseri. Rasa bersalah sebab sibuk dengan bekerja. Rasa bersalah tiada masa dengan anak. Rasa bersalah dan geram pun ada ketika anak meragam. 

Pendek kata, kalau tak berfikir panjang memang nak ikut rasa nak berhenti bekerja dan duduk di rumah sahaja! Akan tetapi? Akan tetapi disebabkan faktor ekonomi dan hidup dalam zaman serba duit ni, semuanya duit kan? Nak tak nak, kena gigih juga mencari sumber pendapatan untuk tambah-tambah dan tampung-tampun ekonomi keluarga. Nak buat macam mana? Perasaan bersalah tu normal dan ia juga menandakan sesuatu yang positif. Yakinlah kita adalah merupakan ibu yang baik dan ambil berat tentang anak-anak.

Nak tau tak, kajian ada menunjukkan bahawa ibu-ibu yang bekerja juga dapat melahirkan anak-anak yang gembira, produktif, pintar, selamat, penuh kasih-sayang dan turut memberikan sumbangan positif kepada masyarakat. Itu bermaksud, bahawasanya cemerlang atau tidak seseorang anak itu bukanlah bergantung kepada bekerja atau tidak ibunya.  Untuk ibu-ibu yang merasai situasi sebegini (termasuk Kak Fa)… Kak Fa harap tips yang Kak Fa dapatkan dari sumber di SINI dapat sama-sama membantu kita.

Fokus Pada Tujuan Sebenar Bekerja

Niat awal kita bekerja itu penting. Kita sendiri yang tahu tujuan sebenar dan keperluan apakah yang menyebabkan kita bekerja kan? Setiap individu ada niat, ada matlamat dan ada impian yang tersendiri. Jadi, bila kita sudah jelas dengan tujuan, perasaan bersalah itu akan berubah.

Bahagikan Tugas Dengan Pasangan

Ramai suami pada zaman sekarang memang supportive, awesome dan cool di dalam membantu isteri menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Namun, tidak dinafikan ada yang terpaksa berhadapan dengan suami yang sangat sukar untuk menghulurkan bantuan dan ada juga yang terpaksa melalui kehidupan sebagai perkahwinan jarak jauh (PJJ). Jadi, sila cari apakah alternatif atau solusi untuk meringankan “beban” apa yang sedang tertanggung itu. Syukur Alhamdulillah, untuk Kak Fa… Kak Fa ada nenek dan atuk Firash yang sangat-sangat membantu.

Sediakan Jadual Yang Fleksibel

Katalah timbul rasa tertekan dalam jiwa kita, sila lihat kembali jadual seharian, mingguan dan bulanan hidup kita. Suka atau tidak, jadual ini sangat penting di dalam memastikan tugas kita dalam kerjaya dan rumah tangga dapat diseimbangkan dengan baik dan cemerlang. Jadi, sediakan jadual yang membolehkan kita untuk menguruskan dan melaksanakan setiap perkara penting di dalam hidup kita. Contohnya, urusan rumah tangga dapat diselesaikan, ada hari yang kita hanya fokus kepada anak-anak sahaja tanpa memikirkan soal lain dan sebagainya.

Jelas Keutamaan Atau Priority

Priority utama kita selepas Allah dan Rasul adalah anak-anak dan keluarga. Ini kerana dari mereka akan membentuk masyarakat. Bagaimana kita dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berkualiti andai di rumah mereka tidak dibentuk dengan baik oleh ibu bapa? Kita lakukan tugas dan amanah kita sebaik mungkin dan lainnya kita serahkan urusan kepada Allah. Pada masa yang sama, elakkan kalau boleh membawa balik urusan kerja di rumah. Di rumah, topi kita adalah topi ibu dan guru yang mendidik anak-anak. Secara tidak langsung, kita telah mempersiapkan fizikal dan mental untuk mereka. Apapun, kita perlu menerima hakikat yang kita juga manusia yang tidak terlepas dari khilaf, namun pada masa yang sama kita berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik. Doakan supaya anak-anak dan keluarga juga menerima dan memahami kita.

Manfaat Masa Berkualiti Bersama Anak

Kanak-kanak kecil tak akan kisah dan tak faham serta tau pun apa yang kita rasa dan lalui. Apa yang mereka mahukan adalah masa bersama ibu bapa mereka yang menggembirakan. Jadikan setiap hari, ada masa berkualiti bersama mereka. Contohnya, solat bersama, makan bersama tanpa gangguan televisyen ataupun bercuti bersama. Antara lain, dicadangkan untuk ibu-ibu luangkan setiap hari untuk ajarkan mereka Al-Quran dan memperdengarkan Al-Quran. Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. 10-15 minit pun dah cukup bagus dah. Tutup segala televisyen, gajet, What’s App, Facebook dan segala bagai yang sebenarnya mencuri masa kita bersama mereka. Apa yang kita lakukan itu adalah hanya untuk mendapatkan redha Allah, menambah kecintaan anak-anak dengan Al-Quran dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Apa yang pasti, aura positif keberkatan Al-Quran itu mudah-mudahan mengalir dalam rumah tangga kita dan membentuk bahagia! Bukankah kita mahukan bahagia dalam rumah tangga? Maka, tolonglah kurangkan rasa bersalah seorang ibu kerana salah satu bahagian penting dalam hidup anak ialah kita didik anak dengan Al-Quran. At least kita dah tackle setiap hari!

Kurangkan Stress Kepada Anak-Anak

Bila kita bersama anak-anak, sebolehnya kita cuba kurangkan stress kepada mereka. Mereka tidak tahu menahu apa yang kita hadapi. Mereka hanya mahukan ibu bapa yang gembira bersama mereka. Anak-anak lebih suka ibu bapa mereka yang tidak stress dan marah-marah berbanding 24 jam 7 hari bersama tetapi di dalam keadaan yang marah-marah dan terasa jauh. Jadi, kalau masa lebih banyak dihabiskan di luar rumah itu yang menjadikan kita rasa bersalah, tukarkan fikiran tersebut. Lebih baik kita fokuskan untuk menghargai dan menikmati saat dan waktu yang ada bersama keluarga dan anak-anak. Enjoy every single moment with your children… They grow so fast! Jadi… Untuk hilangkan stress itu, salah satunya dengan BERFIKIRAN POSITIF. Ini hanya kerana yang positif akan menarik perkara positif. Minda kita, kita yang kawal! Boleh juga kalau kita belajar bagaimana untuk mengawal stress.

Tu jerlah yang dapat Kak Fa kongsikan buat setakat ini, nanti kalau ada lagi, Kak Fa kongsi lagi ya? Semoga hari-hari yang dilalui oleh kita sebagai ibu yang bekerjaya adalah hari-hari yang bahagia dan menggembirakan. Jangan rasa bersalah lagi ya? Sumbangan kita diperlukan juga di luar sana. Pada masa yang sama, mudah-mudahan kita tak abaikan tanggungjawab kita bersama anak-anak. Semoga kita semua sama-sama terus sukses dalam kerjaya dan juga rumah tangga. In Shaa Allah… Amin… Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !