Projek hujung minggu yang baru sahaja berlalu akibat diseru tak habis-habis oleh blogger Maria Firdz … Sehinggakan Kak Fa bagai dipanggil-panggil untuk mencuba Resipi Kek VIRAL | Kek 2 Bahan.
. Biasanya Kak Fa ni tak berapa nak rajin mencuba resipi-resipi baru sangat. Bergantung kepada mood juga. Akan tetapi disebabkan oleh ianya adalah kek coklat dan kemudiannya moist pula tu keadaannya – memang favourite Kak Fa… Makanya, Kak Fa merajinkan diri untuk menghasilkan Kek VIRAL | Kek 2 Bahan. Bahan-bahan pun mudah ajer… Bukannya susah pun! Tak susah pun habislah Kak Fa kerjakan biskut OREO anak Kak Fa… 
Ala… Pinjam dulu, kemudian nanti Kak Fa pulangkan semula. Sama juga kan? kan? kan? Ada yang dah mencuba resipi kek VIRAL | kek 2 bahan ni? Ke ada yang dah tinjau-tinjau tapi belum ada seru atau kelapangan lagi nak mencuba? Cubalah! Rugi kalau tak cuba! Sebab rasanya memang sangat sedap. Dah lah mudah. Lepas tu sedap pulak. Tak perlu banyak bahan. Tak perlu banyak modal sangat. Bahan-bahan pun mudah sangat nak cari. Dekat Speedmart, 7-Eleven semua ada. Kedai runcit biasa pun ada. Lagipun, nampak-nampak gayanya… Anak Kak Fa yang jarang nak makan kek pun jadi berulang-ulang kali makannya.
. Nampaknya senang kerja Mommy dia kalau nak buat kek. Buat kek 2 bahan jer pun dah cukup!
Kalau belum cuba dan nak mencuba… Meh sini, Kak Fa kongsikan video kek 2 bahan ni untuk tatapan semua.
Senang Kak Fa kongsikan dalam bentuk video. Supaya senang hadam. (Ala… Kalau bergambar pun bukannya susah nak hadam pun sebabnya kek 2 bahan ni memang mudah!). Sebenarnya, yang Kak Fa tunjukkan ni tanpa topping… Jika anda nak letakkan topping pun boleh. Ikut selera dan juga kesesuaian anda. Ada topping lagi merecik kot? Kak Fa tak letak topping sebab just nak rasa jer buat pertama kali. Bila dah rasa ni, macam Kak Fa nak memperakui yang kek 2 bahan ni boleh dibawa ke tengah. Ha ha ha…
… Lepas ni raya ke? ada apa-apa majlis dekat school Firash ke? ada apa-apa acara makan-makan or pot luck ke… Siaplah… Paling mudah… Kak Fa cuma sediakan kek 2 bahan ni jer. Bukannya susah kan? 
Yang jujurnya, sekali dah buat, sekali dah makan – memang akan terasa nak buat kali kedua ketiga keempat. Makan pun tak jemu. Terima kasihlah pada yang berkongsi resipi yang kreatif ni! Terima kasih banyak-banyak… Memang betul-betul praktikal dan menjimatkan kos.
*Pssst… Yang belum subscribe pada YouTube Channel Kak Fa… Jika sudi bolehlah mula subscribe YouTube Channel Kak Fa di pautan INI. Sebenarnya, Kak Fa di dalam perancangan nak lebih aktif di YouTube Channel dalam masa terdekat akan datang. Tapi tak tau bilalah kan? Ha ha ha…
In Shaa Allah… Kak Fa masih di dalam perancangan nak mencuba tapau jadi vlogger juga jika ada talent lah! Ha ha ha…
Kak Fa cuba! Kalau tak… Kak Fa stick jerlah sebagai blogger. Toksah nak berangan jadi vlogger sangat aihhh… Boleh sebenarnya…Cuma nak hilangkan rasa malu tu jer… Nak kata malu taklah malu sangat… Boleh jer sebenarnya… Sebenarnya antara nak dan tak nak jer… Dan juga faktor kelengkapan untuk menjadi seorang vlogger… Gittewlah… Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik jer… Heee…
Nampak sangat mudah.. Bolehlah Sha cuba nanti..
ReplyDelete