3 hari 21 jam 15 minit 22 saat menuju ke hari kelahiran anak Kak Fa yang ke-4 dan 1 hari 21 jam 14 minit 33 saat menuju ke hari kelahiran Kak Fa yang ke-35 – saja jer nak beritahu… Ha ha ha…
. Kak Fa memang sangat-sangat particular dan sangat-sangat menekankan kepentingan untuk mengingati sambutan-sambutan yang penting di dalam keluarga. Itulah Kak Fa yang sebenarnya. Tapi entri ni, not yet about our birthdays… Entri ni nak ajak semua ibu bapa di luar sana baca mengenai HARI JADI – Bukan Sekadar Tiup Lilin Bagi Anak. Yes! Birthday is not all about blowing the candles ya. It is beyond that… More than blowing a candle.
Ada sesetengah orang tak berapa nak sambut sangat HARI JADI. Tak kira HARI JADI sendiri ke? HARI JADI anak ke? HARI JADI suami atau isteri ke? Well, itu hak masing-masing kan? Setiap individu punya cara yang berbeza-beza untuk menyambut HARI JADI. Tak ada salahnya pun… Nak sambut ke? Tak sambut ke? Pilihan masing-masing. Cuma kebanyakan ibu bapa akan sekurang-kurangnya belikan kek dan juga mengadakan aktiviti meniup lilin demi meraikan HARI JADI anak-anak masing-masing. Syukur Alhamdulillah. Yang Kak Fa nak beritahu kenapa HARI JADI tu bukan sekadar tiup lilin untuk anak.
Kenangan Manis Buat Anak
HARI JADI bukannya berlaku setiap hari. Setahun sekali jer. Jadi apalah salahnya mencipta moment bersama anak yang akan menjadi kenangan manis buat anak selamanya. Percayalah. Hatta, sambutan yang kecil sesama isi rumah sahaja pun, anak-anak akan ingat sehingga bila-bila yang ibu bapa mereka tidak lupa hari istimewa mereka. Cipta moment, cipta kenangan, cipta ingatan. Sense of belonging. Kita sendiri pun kalau ada yang menyambut HARI JADI kita akan rasa sangat bahagia serta gembira kan?
Langkah Awal Untuk Mendidik Anak Berkongsi Dan Bersosial
Jangan pernah anggap sambutan HARI JADI untuk anak adalah sesuatu yang sia-sia ataupun membazir. Salah tu! Sebenarnya, sambutan HARI JADI untuk anak tidak kira kecil mahupun besar-besaran boleh digunakan sebagai medium untuk anak-anak belajar berkongsi dengan rakan-rakan sebaya, orang lain atau sesama ahli keluarga. Moment makan bersama, menyanyi dan bermain bersama dengan rakan-rakan atau sesama ahli keluarga yang lain itu dapat membuatkan anak-anak memahami bahawa berkongsi itu adalah indah. Secara tidak langsung, kita juga menyulam di dalam mendidik anak skil bersosial yang sihat. Baik di dalam hubungannya bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang berada di dalam lingkungannya.
Mendidik Anak Untuk Belajar Bertanggungjawab
Sedari kecil, tidak kira status anak itu, anak sulung, anak kedua, anak ketiga, anak keempat, anak kelima mahupun anak tunggal, memang ibu bapa harus mendidik anak untuk mula bertanggungjawab di atas beberapa perkara. Moment HARI JADI adalah salah satu medium yang boleh digunakan di dalam mendidik anak untuk belajar bertanggungjawab. Sebagai ibu bapa, kita boleh meminta kepada anak untuk memilih siapa di antara rakan-rakan yang ingin dijemput ke majlis HARI JADInya (jika melakukan majlis) ataupun konsep sambutan yang macam mana? Kek yang macam mana? Secara tak langsung, kita boleh suntik untuk membuatkan anak faham… Apa sahaja keputusan yang mereka telah buat adalah sebuah tanggungjawab yang harus dijalankan.
Mendidik Anak Untuk Menghargai Setiap Orang Yang Hadir Dalam Hidup Mereka
Sambutan HARI JADI adalah peluang untuk membimbing anak-anak untuk menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup mereka. Bermula dengan HARI JADI sesama ahli keluarga. Konsepnya, mereka perlu menghargai setiap orang yang hadir di dalam hidup mereka.
Melatih Anak Untuk Sentiasa Bersyukur
Peluang ni! Peluang nak didik anak untuk sentiasa bersyukur dan belajar untuk bersyukur. Syukur kepada Allah yang telah memberikan kehidupan dan juga segala rezeki ke atas diri mereka. Supaya mereka tidak pernah lupa untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. 
Banyak perkara kan? Disebalik tiup lilin? Bukan semata-mata untuk tiup lilin sahaja tetapi lebih dari tu. It’s the patty patty things in life that matters actually. 
setuju
ReplyDelete