Kredit: Gambar diubahsuai dari Google |
Pengalaman sebenar! Pertama kali sepanjang bergelar ibu dan kalau boleh biarlah kisah apabila anak terkunci diri sendiri di dalam bilik air ni menjadi yang terakhir. Panic attack, panic moment segala jenis panic yang keluar pagi Jumaat yang sejuk lagi sedap tarik selimut tau!
… Sedangkan, pintu bilik air di rumah Kak Fa tu, memang senantiasa ditutup jer jika tidak ada sesiapa yang menggunakan. Memandangkan dah besar, dah bebas lampin pakai buang, dah tinggi dan boleh capai – Makanya, dah pandai pulas pintu bilik air sendiri. Sebelum-sebelum ni, anak Kak Fa tak pernah pun memandai-mandai sendiri nak masuk bilik air sendiri. Pagi tadi, nak dijadikan cerita sebab dah tertulis nak jadi kan? Jadi juga insiden selama lebih kurang 10 minit.
Asal kejadian, pada waktu tu lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Kak Fa baru jer lepas mandikan Firash dan nak siapkan dia untuk ke sekolah. Sewaktu Kak Fa tengah buka almari nak ambil baju seragam sekolah dia, Kak Fa tak perasan yang dia senyap-senyap buka pintu bilik air dan masuk dalam bilik air sendiri kemudian tutup pintu dari dalam. Mencarilah Kak Fa sekeliling rumah… Firash…Firash… Terpanggil-panggil Mommy kau ni nak! Hu hu hu…. Kot ya nak main hide and seek pun… Janganlah bagi jantung Mommy ni luruh!
… Tanya nenek dia, nenek dia kata tak perasan. Kemudian, Kak Fa terdengar bunyi kunci pintu seperti sedang cuba dipulas dari dalam bilik air. Kak Fa pun pergilah ke pintu bilik air tu dan cuba nak buka. Tak boleh! Sah terkunci dari dalam ni! Dahlah pintu bilik air tu memang jenis yang tak ada kunci. Hanya boleh lock dari dalam jer. Aduhhh!
Firash dekat dalam, mula-mula ok. Bila dia sedar yang pintu bilik air tu tak boleh dibuka dari luar… Dah mula teriak dah!
… Langkah pertama: Tenangkan si anak supaya dia jangan panik walaupun mak dia tengah panik.
Ha ha ha… Dok pujuk dan pujuk suruh dia berundur ke belakang sebab konon-kononnya Mommy dia nak rempuh pintu. Nak jadi kuat kononnya walaupun tak adalah kuat mana pun! Dah tu? Dah pulas-pulas pintu bilik air tu tak boleh juga nak buka? Nak buat macam mana? Kena ambush jer lah kot? Lagipun pada waktu dan ketika itu tak ada sesiapa lagi di rumah kecuali Kak Fa dan juga nenek dia. Mujur Firash jenis cepat tenang juga kalau dengar Mommy pujuk (kalau kena pada cara dan gaya pujuk).
Sampai sakit jugak kaki dan badan Kak Fa ni tendang pintu bilik air tu. Tak nak juga terbuka. Alahaiii…
… Dari tenang kat dalam tu dah mula kedengaran tangisan dan dah mula… “Mommy… open… Mommy…help…”… Berulang-ulang kali dia bercakap minta tolong sambil menangis. Kesian anak Mommy. Itulah, siapa suruh main bilik air? Mommy tak suruh pun… Firash… Firash… Ok tenang Mommy tenang… Jangan panik Mommy… Think of the smartest way to solve this.
Langkah kedua: Ambil tukul besi. Itu dah kira last resort dah tu pada Kak Fa. Ambil tukul besi dan pecahkan tombol pintu! Itu jerlah caranya yang Kak Fa boleh fikir dan mampu fikir pada waktu tu. Sebelum nak hentak tombol pintu tu dengan tukul besi, sempat lagi What’s App pada boss tu, beritahu – “Salam. Morning boss. Saya lewat masuk office sikit pagi ni. Anak saya terkunci dalam bilik air.”. Mujurlah boss jenis memahami keadaan. Jawapannya… “Ok, jangan lewat sangat ya.”… He he he…
… Saya pun tak nak lewat sangat lepaskan anak saya yang terkurung tu boss. Kak Fa keep on pujuk Firash dan ingatkan dia jangan buat itu, jangan buat ini dalam bilik air tu. Iyalah, faham-faham jerlah kan? Bila budak terkurung dalam bilik air, open to many risks. Kita tak naklah jadi hal lain pula. Akhirnya dengan sekuat hati, Kak Fa hentak tombol pintu bilik air tu sebanyak 3 kali dan jatuhlah tombol pintu bilik air tu. Tak apa, pintu bilik air “jahanam” boleh digantikan kembali. Anak tu lebih penting! Itulah intan, itulah nyawa, itulah payung oiii… Sorang jer… Tak ada dua, tiga lagi oiii….
Terbuka jer pintu, terus dia terkam Mommy dia. Kak Fa terus pujuk dan tenangkan Firash. Lama juga dia berdakap dengan Kak Fa tak nak lepas. Sambil-sambil tu, bebel jugalah pada dia. Kenapa Firash main bilik air? Firash kan tak pernah main bilik air? Kenapa kunci dari dalam? Haaa…tulah kan dah tak boleh buka. Next time, jangan buat lagi ok? – Kata orang tak kena tak tau, dah kena baru tau. Tapi dalam masa yang sama, buatkan Kak Fa alert tentang anak yang sudah semakin panjang akal juga. Alert Kak Fa kepada kemungkinan-kemungkinan yang macam ni. Dok ingatkan diri lagi sampai saat menaip entri ni supaya kejadian seumpama ini tak berulang lagi. Firash oh Firash.
Terus sibuk nak ambil tau tentang tombol pembuka pintu tersekat dari dalam… Supaya dapat mengelakkan terjadinya perkara seumpama ini. Dah kena baru tau kan? Hu hu hu…
… Tips tombol pintu terkunci dari dalam yang Kak Fa dapat dari sumber dari Facebook:
Tu satu… Untuk mengelakkan pula ada beberapa cara yang boleh Kak Fa dan ibu bapa semua lakukan seperti tips elakkan anak terkunci dari dalam bilik air atau mana-mana bilik:
Gunakan Masking Tape Atau Cellaphone Tape Pada Semua Pintu
Kredit: Sumber dari Google |
Lepas ni semua pintu Kak Fa akan buat macam ni. Dah terjadi sekali, lantaklah nampak buruk ke apa ke? Janji Firash tak terkunci dari dalam lagi. Cukuplah sekali ni jer.
Gunakan Getah Pada Pintu
Kredit: Sumber dari Google |
Buat macam ni pada pintu. Supaya tak terkunci dari dalam. Boleh juga kan? Kalau nak cantik sikit. Ha ha ha… 
Gunakan Plaster
Kredit: Sumber dari Google |
Gunakan plaster yang balut luka pada pintu seperti gambar di atas pun ok juga ni. At least, cantik juga! Hu hu hu…
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga masalah terkunci dalam bilik air. Cuma lepas ni nak kena fikir nak mengganti pintu bilik air tu pulak. Sebab Kak Fa yang tembun ni punya tendang dan ambush, sampai pecah surface pintu bilik air tu. Memang tak boleh guna lagi dah. Tempat tombol kunci pun dah “koyak” teruk. Tapi nanti-nantilah ganti tu… Dulukan yang mana yang utama dulu. Moga-moga lepas ni tak terjadi lagi kejadian seumpama ini dan moga-moga Firash dah learnt the lesson of being locked up alone inside a room dan takkan ulang lagi acah-acah nak duduk dalam bilik sorang-sorang sendiri.
…
*Tak pernah-pernah pun dia main macam tu... Pagi ni boleh pula dia nak main macam tu... Tapi benda dah nak jadi kan? Nak cakap pun cam tak boleh nak cakap apa lagi dah... Hurmmm... Mommy lah kena hati-hati dan alert lebih lagi lepas ni supaya tak berulang kejadian seumpama ini.
bahaya kan
ReplyDelete