Senarai "HEALTHY GOODIES" Untuk Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak!

Farah Waheda Wahid
3
Senarai HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (1)


Beberapa bulan lepas,  Kak Fa ada approach school anak Kak Fa untuk bertanyakan tentang guideline penyediaan makanan dan juga goodies bag untuk majlis sambutan hari jadi yang diadakan di school.  Kak Fa bertanya pun sebab pihak sponsor majlis hari jadi anak Kak Fa yang minta pertolongan Kak Fa untuk bertanya. Which is a good thing jugalah kan?  At least tak adalah kami main redah jer sediakan menu macam-macam yang mungkin tak bersesuaian dengan kanak-kanak.  Jawapan yang Kak Fa terima adalah healthy food dan juga HEALTHY GOODIES. Bila sebut jer HEALTHY GOODIES, makanya bermulalah tugas Kak Fa untuk siap-sediakan senarai "HEALTHY GOODIES" untuk majlis hari jadi kanak-kanak.  Gigih berfikir dan gigih menyenaraikan. 

Selalunya kalau goodies bag untuk majlis hari jadi kanak-kanak akan penuh dengan gula-gula dan jajan. Tapi kali ini mungkin berbeza,  HEALTHY GOODIES... Pertama kali juga buat Kak Fa ni ha...  Pengalaman pertama kali ni,  nak memikirkan HEALTHY GOODIES memang agak memakan masa walaupun kita tahu banyak jer benda yang boleh dijadikan sebagai HEALTHY GOODIES.  Tapi kira ok jugalah kan?  Kak Fa buat entri ni...  Manalah tau, kalau-kalau boleh dijadikan sumber rujukan ibu bapa lain untuk sediakan HEALTHY GOODIES... Kan? 

Setakat ini, yang dapat Kak Fa fikirkan adalah seperti yang Kak Fa senaraikan di bawah berikut:

Homemade Cookies

SENARAI HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (2)


Mula-mula sebenarnya,  Kak Fa tak terfikir pun nak include homemade cookies sebagai goodies item dalam goodies bag majlis hari jadi anak Kak Fa.  Secara kebetulan Kak Fa terfikir tentang idea ni ketika ada kenalan yang promosi homemade cookies air tangan dia yang sedang cuba dia market. Bila dah rasa tester yang kenalan Kak Fa bagi tu...  Terus Kak Fa decide yang ini mungkin salah satu goodies item yang boleh diterima pakai dan dikategorikan sebagai HEALTHY GOODIES.  Tak manis sangat,  tak tawar sangat...  Sedang-sedang.  Kira healthy la juga tu kan?  Sekurang-kurangnya tanpa bahan MSG.  Makanya,  Kak Fa beri cadangan kepada ibu bapa untuk turut mempertimbangkan item ini sebagai goodies item di dalam goodies bag majlis hari jadi anak-anak anda. 

Popcorn

Senarai HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (3)


Yang kedua yang dapat Kak Fa fikirkan adalah popcorn!  Ni semua gara-gara kesedapan Popcorn Malaya lah ni!  Kak Fa dapat rasa tester tempoh hari dan Kak Fa suka sebab tak adalah manis macam gula.  Pada hemat Kak Fa,  adalah lebih baik include popcorn sebagai goodies item daripada Kak Fa include lollipop atau candy yang manis-manis tu.  Bukan apa...  Manis sangat pun takut semut menghurung...  He he he...  Gurau-gurau. 

Buah-Buahan

Senarai HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (4)
Kredit: Gambar dari Google


Ehhh...  Ok juga kan?  Kalau Kak Fa letak sebiji epal dalam setiap goodies bag?  An apple a day keeps the doctor away. Ngee...  Kak Fa rasalah...  Epal adalah calon yang paling sesuai sebagai goodies item sebabnya tak lembik atau benyek. Kena bijak pilih buahlah kalau nak tahan lama dan tak hancur kan? 

Cereal

Senarai HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (5)
Kredit: Gambar Dari Google


Bungkus cereal yang kanak-kanak gemarkan dalam packaging yang paling kreatif yang boleh dilakukan.  Ada macam-macam jenis cereal di pasaran kan?  Bolehlah tu...  Koko Crunch,  Cornflakes,  Honey Star dan sebagainya.  Buat beberapa variety.  Mesti kanak-kanak suka.  Kanak-kanak ni asalkan goodies bag pasti suka kan? 

Air Mineral Botol Kecil

Senarai HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (6)
Kredit: Gambar Dari Google


Masukkan sekali mineral water bersaiz botol paling kecil. Memandangkan di school anak Kak Fa,  kanak-kanak tidak digalakkan serta diberi air manis,  Kak Fa rasa idea ni boleh digunapakai juga! 

Birthday Party Accesories

Senarai HEALTHY GOODIES UNTUK MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK (8)
Kredit: Gambar Dari Google


Dah nama pun majlis hari jadi kan?  Kalau tak ada birthday party accesories seperti birthday hat,  mask, belon serta benda tiup-tiup tu (Kak Fa tak tau nama saintifiknya...  Ha ha ha) kuranglah serinya...  Makanya sebagai pelengkap,  elok sangatlah selitkan di dalam goodies bag yang berkenaan. 

Macam tulah lebih kurang proposal Kak Fa kepada pihak sponsor untuk dipertimbangkan. Senarai HEALTHY GOODIES yang Kak Fa rasa boleh diterimapakai.  Kak Fa rasalah.  Orang lain Kak Fa tak taulah kan? 

Ini Kak Fa dah senaraikan ni HEALTHY GOODIES... Harapnya berguna jugalah untuk panduan ibu bapa yang lain di luar sana tu ya?  Oklah, Kak Fa nak masuk tidur dulu.  Esok kerja...  In Shaa Allah...  Nanti Kak Fa sambung bebel dalam entri yang lain pula yang bakal dimuatnaik.  Bye!

Two useful technologies to catch up your pending work remotely from anywhere – Cloud Hosted Desktop and Hosted SharePoint Services from www.CloudDesktopOnline.com with 24*7 excellent support from one of the best DaaS providers – Apps4Rent.com

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !