POTTY TRAINING | Tabik Datuk Anak Cucu Tumpang Buang Air!

Farah Waheda Wahid
0
POTTY TRAINING  Tabik Datuk Anak Cucu Tumpang Buang Air!

Budak baru belajar bebas lampin atau bebas lampin pakai buang… Masih dalam proses untuk kawal bladder mereka. Kadang-kadang tu, tak sempat dah terburai! Open-mouthed smile… Kadang-kadang bila sedang memandu out of nowhere dia suarakan… “Mommy nak kenshing!”… Lepas tu mulalah berjoget-joget dia menahan air kecil supaya tak terburai dalam kereta! Mak yang sedang memandu pun jadi tak tentu arah nak fikir mana toilet yang boleh jadi persinggahan yang berdekatan dan sama ada sempat ke tidak ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile Nanti kalau terburai dalam kereta dah jadi satu hal lain pula! Dah kereta berbau hancing, dah jenuh nak membersih bagi wangi balik! Masa tulah terfikir, kenapalah aku tak simpan plastik atau botol dalam kereta ni untuk si anak melunaskan hajat? Kannn? Pengalaman weiii pengalaman… Pengalaman yang datang sekali dalam seumur hidup… Bila dah terdesak, masa tu mulalah ambil tindakan pantas, berhenti jer di mana-mana asalkan anak dapat melunaskan hajat… That’s where I came up with this topic this time around… POTTY TRAINING | Tabik Datuk Anak Cucu Tumpang Buang Air!

Masyarakat Melayu lah pun yang ada kepercayaan tentang ungkapan Tabik Datuk Anak Cucu Tumpang Buang Air ni ha… Kaedahnya, dari turun-temurun dikatakan jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut… “Tabik Datuk Anak Cucu Tumpang Buang Air”. Dikatakan jika tidak meminta izin kemungkinan besar orang yang berkenaan ditimpa sesuatu ataupun akan disampuk oleh penunggu tempat tersebut. Siapa setuju atau percaya?

Puas juga Kak Fa godek-godek tentang isu tabik-tabik ni dan Kak Fa jumpa beberapa informasi. Tak banyak, sikit jer… Salah satunya dari Cari.Com… Menurut apa yang dijelaskan sebenarnya ada NAS tentang perkara begini TETAPI tidaklah disebut atau minta izin dari “Datuk”. Di dalam Islam sendiri ada ADAB atau TERTIB sekiranya seseorang hendak membuang air kecil atau besar. Di antara ialah jangan buang air kecil atau besar di pangkal pokok, jangan buang air kecil atau besar di dalam air yang bertakung (seperti kolam atau tasik yang kecil), jangan buang ari kecil atau besar pada laluan pejalana kaki dan jangan buang air kecil atau besar membelakangkan kiblat. Yang kita perlu tahu dan sedar, di atas dunia ini bukan kita sahaja iaitu manusia yang menjadi penghuni. Ada makhluk lain juga yang hidup di atasnya TETAPI tidak perlulah kita meminta izin dari makhluk tersebut. Sekadar menghormati dan tidak melakukan perkara yang tidak sopan.

Yang ini pula sedutan dari KULIAH JIN: Ustaz Hj. Ismail Kamus melalui laman Facebook Persatuan Islam Malaysia melalui pautan di SINI.

Jin berasal dari Jan (Bapa Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru) dan telah beramal berpuluh ribu tahun lamanya. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar.  Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.  Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pula jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

Instead of kita sebut “Tabik Datuk Anak Cucu Tumpang Buang Air”… Bila dah dalam keadaan terdesak bila anak dah tak sempat nak memburan… He he he… Open-mouthed smile Contohnya dalam situasi di dalam perenggan pertama di mana tiba-tiba jer anak berbunyi… “Mommy nak kenshing!”… Tandas pun jauh nak capai… It’s better untuk baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." dari sebut perkataan tabik tu… Bukan nak menolak ajaran turun-temurun ataupun menolak adat resam ke apa… Tapi takut juga bila melibatkan hal-hal macam ni… Takut menyalahi hukum syarak.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !