Persembahan Menyentuh Hati Tomok & Arrian | Rockstar Junior

Farah Waheda Wahid
2
PERSEMBAHAN MENYENTUH HATI TOMOK & ARRIAN_ROCKSTAR JUNIOR
Kredit: Gambar dari Google

Sebenarnya Kak Fa terlepas pandang persembahan menyentuh hati Tomok & Arrian | Rockstar Junior yang satu ini sewaktu rancangan Meletop ke udara tempoh hari. Al-maklumlah, Kak Fa ni memang jarang menonton televisyen disebabkan banyak kerja-kerja rumah, tugasan sebagai ibu dan juga blog yang perlu diselesaikan apabila dah jejak kaki ke dalam pintu rumah. Kebanyakan pada masa, sememangnya Kak Fa lebih senang meluruskan pinggang dan cuba melepaskan lelah. Kehidupan yang memerlukan Kak Fa memerah otak setiap hari, mengaturkan segalanya dengan baik dan mengejar masa menjadikan Kak Fa sekarang ni mudah lelah. Faktor usia pun ya tu… Faktor tubuh badan sudah tidak fit seperti dulu kala pun ya juga. Ha ha ha… Open-mouthed smile Semakin hari semakin menembun.

Cuma yang Kak Fa sempat pertontonkan semalam adalah rancangan Rockstar Junior. Walaupun Kak Fa ni seorang ibu dan juga seorang parenting blogger tetapi Kak Fa tetap suka melihat dan belajar bagaimana ibu bapa lain mendidik anak. Jujur Kak Fa katakan yang Kak Fa nak beri thumbs up pada Tomok! Thumbs up… Kak Fa suka pendekatan Tomok di dalam memainkan peranan sebagai seorang bapa kepada dua orang anak lelaki. Arrian dihantar ke tadika Cina kalau tak silap Kak Fa dan untuk pendidikan Islam, Tomok dan isteri telah hire seorang guru agama khas untuk mendidik anak di rumah mengenai pengetahuan agama Islam. Walaupun bersekolah Cina tetapi ilmu pengetahuan agama Islam tidak dipinggirkan. Smile Alhamdulillah… Suka Kak Fa tengok…

Hari ni? Hari ni jadi tersentuh…Memang tersentuh hati apabila Kak Fa melihat video persembahan menyentuh hati Tomok & Arrian | Rockstar Junior seperti yang tertera di bawah:


Ha ha ha… memang hati mudah tersentuh ke apa? Bila dah jadi mak ni? Open-mouthed smile Memang macam ni kan? Winking smile… Kak Fa perhati jer sepanjang video tu segala bagai body language dan bagaimana relationship serta bond di antara ayah dan anak tersebut. Tomok sentiasa ada untuk Arrian. Bukan nak memuji Tomok secara berlebih-lebihan tetapi Kak Fa dapat lihat peranan yang Tomok mainkan di dalam kehidupan anaknya. Kak Fa suka! Smile… Dia berjaya dalam memenuhi kekosongan hati anak dan sememangnya Tomok telah memainkan peranan di dalam menyumbang kepada keperibadian Arrian.

Dari apa yang Kak Fa dapat lihat, Tomok telah memainkan peranan yang baik dari segi:

Penglibatan Aktiviti Harian

Sebuah penelitian di Brigham Young University mendapati bahawa penglibatan ayah di dalam aktiviti harian – contohnya makan malam bersama, menonton televisyen, melakukan kerja rumah bersama keluarga – adalah jauh lebih penting kepada anak berbanding sebuah percutian mewah. Walaupun aktiviti santai percutian juga boleh memberi impak positif kepada anak, namun anak-anak perlu memahami cara sebuah keluarga berfungsi dengan penglibatan seorang ayah.

Teman Ketawa

Seperti yang kita maklum, lelaki pada umumnya sukar menunjukkan kasih sayang berbanding wanita. Menurut sumber, ramai sekali anak-anak yang bermasalah tidak tahu meluahkan perasaan. Hidup mereka boleh dikatakan monotonous, seolah-olah mereka tiada perasaan dan tidak dapat bertindakbalas dengan suasana persekitaran. Justeru itu, seorang ayah boleh melatih emosi anaknya untuk bergelak ketawa bagi melahirkan rasa gembira. Tak perlu menjadi seorang profesional untuk menghiburkan anak. Anda boleh menyanyi bersama, melakukan gaya pelik, menggeletek, bermain atau membuat suara lucu ketika membaca buku cerita. Jangan hanya mengharapkan anak tertawa semasa menonton kartun di televisyen sahaja. Tindakan ini amat bermakna kepada anak dan sama sekali tidak memerlukan belanja!

Tempat Berkongsi Cerita

Pakar psikologi menyatakan bahawa bahasa komunikasi oleh lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Semasa bercakap dengan anak, golongan ibu lebih suka meringkaskan ayat agar senang difahami oleh anak. Tetapi, berbeza pula bagi si ayah. Secara automatiknya, penggunaan bahasa ‘dewasa’ ini menyebabkan seorang anak terbiasa dengan perbendaharaan kata dan mampu menguasi kemahiran linguistik yang lebih baik. Di samping itu, perbualan juga dapat merapatkan hubungan dan memupuk rasa percaya dalam diri anak.

Sumber Keyakinan

Naluri si ibu adalah lebih fokus untuk melindungi si anak. Wanita lebih mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Sebaliknya, sifat maskulin yang berada dalam diri ayah kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani. Bukan saja secara fizikal, tetapi juga secara emosi di mana mereka menggalakkan anak untuk mencuba idea-idea baru.

Dalam sebuah kajian, didapati bahawa semasa mengajar anak berenang, golongan ayah cenderung untuk berdiri di belakang anak supaya mereka dapat berdepan dengan persekitaran dan sosial. Sebaliknya, ibu-ibu pula akan melakukan perkara yang bertentangan demi keselamatan anak. Tiada yang betul atau salah dalam hal ini. Namun, peranan ayah tentu sekali membantu dalam membina karakter yang seimbang di samping meningkatkan keyakinan diri si anak.

Kasih Seorang Lelaki

Hubungan ibu dan ayah memainkan peranan yang besar dalam mata si kecil yang sentiasa memerhati. Mata-mata kecil ini penuh dengan rasa ingin tahu serta pertanyaan. Namun, tidak semuanya dapat diucap dek susunan kata mereka yang terhad. Maka, mereka belajar melalui pemerhatian.

Anak-anak, terutamanya anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka lebih berpotensi untuk memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang wanita. Mereka ini tidak mudah ‘tertipu’ dan mampu membezakan sifat lelaki yang baik dan sebaliknya. Mereka tidak senang-senang dipujuk rayu oleh lelaki kerana hati mereka telah dilimpahi kasih sayang seorang lelaki bernama ayah.

Didikan Disiplin & Agama Yang Kukuh

Sumber menyatakan bahawa seorang ayah menekankan keadilan, ketegasan, dan tanggungjawab manakala seorang ibu pula lebih cenderung memberi kepentingan terhadap simpati, kasih sayang, dan pertolongan. Walaupun berbeza cara, kedua-dua kombinasi ini penting untuk mewujudkan disiplin yang menyeluruh diri anak.

Akhir sekali, dan yang paling penting, peranan ayah adalah untuk memastikan anak-anak diberi didikan agama. Walau sesibuk mana, pastikan anda tidak ‘lepas tangan’ dan menganggap urusan ini boleh dilakukan sepenuhnya oleh ibu mahupun cikgu.

Sementara itu dalam Islam, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hak anak pada ayahnya adalah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila dia sudah cukup umur dan mengajarinya al-Quran.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).

Sumber Rujukan: https://siraplimau.com/peranan-ayah-pada-anak-keluarga/

In Shaa Alllah… Arrian akan membesar menjadi seorang anak yang berjaya dunia akhirat. Begitu juga adiknya… Amin. Suka tengok hubungan Tomok dan anak-anaknya… Smile Banyak yang Kak Fa dapat belajar walaupun sekadar video persembahan nyanyian. You did a good job bro! Winking smileThumbs up Thumbs up!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kita pun tak tengok hari tu. Nasib akak share. Sempat tengok iklan je utk program diorang tiap hari Rabu kan.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Fa.. wah, tak sangka Farah dah tukar panggilan kepada Kak fa..
    Qekra like hehe...

    Yup, Qekr atgk masa rancangan Meletop tu...
    memang follow aktiviti diaorang ni kat IG..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !