Kredit: Gambar dari Google
Sebenarnya Kak Fa terlepas pandang persembahan menyentuh hati Tomok & Arrian | Rockstar Junior yang satu ini sewaktu rancangan Meletop ke udara tempoh hari. Al-maklumlah, Kak Fa ni memang jarang menonton televisyen disebabkan banyak kerja-kerja rumah, tugasan sebagai ibu dan juga blog yang perlu diselesaikan apabila dah jejak kaki ke dalam pintu rumah. Kebanyakan pada masa, sememangnya Kak Fa lebih senang meluruskan pinggang dan cuba melepaskan lelah. Kehidupan yang memerlukan Kak Fa memerah otak setiap hari, mengaturkan segalanya dengan baik dan mengejar masa menjadikan Kak Fa sekarang ni mudah lelah. Faktor usia pun ya tu… Faktor tubuh badan sudah tidak fit seperti dulu kala pun ya juga. Ha ha ha…
Semakin hari semakin menembun.
Cuma yang Kak Fa sempat pertontonkan semalam adalah rancangan Rockstar Junior. Walaupun Kak Fa ni seorang ibu dan juga seorang parenting blogger tetapi Kak Fa tetap suka melihat dan belajar bagaimana ibu bapa lain mendidik anak. Jujur Kak Fa katakan yang Kak Fa nak beri thumbs up pada Tomok!
… Kak Fa suka pendekatan Tomok di dalam memainkan peranan sebagai seorang bapa kepada dua orang anak lelaki. Arrian dihantar ke tadika Cina kalau tak silap Kak Fa dan untuk pendidikan Islam, Tomok dan isteri telah hire seorang guru agama khas untuk mendidik anak di rumah mengenai pengetahuan agama Islam. Walaupun bersekolah Cina tetapi ilmu pengetahuan agama Islam tidak dipinggirkan.
Alhamdulillah… Suka Kak Fa tengok…
Hari ni? Hari ni jadi tersentuh…Memang tersentuh hati apabila Kak Fa melihat video persembahan menyentuh hati Tomok & Arrian | Rockstar Junior seperti yang tertera di bawah:
Ha ha ha… memang hati mudah tersentuh ke apa? Bila dah jadi mak ni?
Memang macam ni kan?
… Kak Fa perhati jer sepanjang video tu segala bagai body language dan bagaimana relationship serta bond di antara ayah dan anak tersebut. Tomok sentiasa ada untuk Arrian. Bukan nak memuji Tomok secara berlebih-lebihan tetapi Kak Fa dapat lihat peranan yang Tomok mainkan di dalam kehidupan anaknya. Kak Fa suka!
… Dia berjaya dalam memenuhi kekosongan hati anak dan sememangnya Tomok telah memainkan peranan di dalam menyumbang kepada keperibadian Arrian.
Dari apa yang Kak Fa dapat lihat, Tomok telah memainkan peranan yang baik dari segi:
Penglibatan Aktiviti Harian
Sebuah penelitian di Brigham Young University mendapati bahawa penglibatan ayah di dalam aktiviti harian – contohnya makan malam bersama, menonton televisyen, melakukan kerja rumah bersama keluarga – adalah jauh lebih penting kepada anak berbanding sebuah percutian mewah. Walaupun aktiviti santai percutian juga boleh memberi impak positif kepada anak, namun anak-anak perlu memahami cara sebuah keluarga berfungsi dengan penglibatan seorang ayah.
Teman Ketawa
Seperti yang kita maklum, lelaki pada umumnya sukar menunjukkan kasih sayang berbanding wanita. Menurut sumber, ramai sekali anak-anak yang bermasalah tidak tahu meluahkan perasaan. Hidup mereka boleh dikatakan monotonous, seolah-olah mereka tiada perasaan dan tidak dapat bertindakbalas dengan suasana persekitaran. Justeru itu, seorang ayah boleh melatih emosi anaknya untuk bergelak ketawa bagi melahirkan rasa gembira. Tak perlu menjadi seorang profesional untuk menghiburkan anak. Anda boleh menyanyi bersama, melakukan gaya pelik, menggeletek, bermain atau membuat suara lucu ketika membaca buku cerita. Jangan hanya mengharapkan anak tertawa semasa menonton kartun di televisyen sahaja. Tindakan ini amat bermakna kepada anak dan sama sekali tidak memerlukan belanja!
Tempat Berkongsi Cerita
Pakar psikologi menyatakan bahawa bahasa komunikasi oleh lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Semasa bercakap dengan anak, golongan ibu lebih suka meringkaskan ayat agar senang difahami oleh anak. Tetapi, berbeza pula bagi si ayah. Secara automatiknya, penggunaan bahasa ‘dewasa’ ini menyebabkan seorang anak terbiasa dengan perbendaharaan kata dan mampu menguasi kemahiran linguistik yang lebih baik. Di samping itu, perbualan juga dapat merapatkan hubungan dan memupuk rasa percaya dalam diri anak.
Sumber Keyakinan
Naluri si ibu adalah lebih fokus untuk melindungi si anak. Wanita lebih mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Sebaliknya, sifat maskulin yang berada dalam diri ayah kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani. Bukan saja secara fizikal, tetapi juga secara emosi di mana mereka menggalakkan anak untuk mencuba idea-idea baru.
Dalam sebuah kajian, didapati bahawa semasa mengajar anak berenang, golongan ayah cenderung untuk berdiri di belakang anak supaya mereka dapat berdepan dengan persekitaran dan sosial. Sebaliknya, ibu-ibu pula akan melakukan perkara yang bertentangan demi keselamatan anak. Tiada yang betul atau salah dalam hal ini. Namun, peranan ayah tentu sekali membantu dalam membina karakter yang seimbang di samping meningkatkan keyakinan diri si anak.
Kasih Seorang Lelaki
Hubungan ibu dan ayah memainkan peranan yang besar dalam mata si kecil yang sentiasa memerhati. Mata-mata kecil ini penuh dengan rasa ingin tahu serta pertanyaan. Namun, tidak semuanya dapat diucap dek susunan kata mereka yang terhad. Maka, mereka belajar melalui pemerhatian.
Anak-anak, terutamanya anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka lebih berpotensi untuk memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang wanita. Mereka ini tidak mudah ‘tertipu’ dan mampu membezakan sifat lelaki yang baik dan sebaliknya. Mereka tidak senang-senang dipujuk rayu oleh lelaki kerana hati mereka telah dilimpahi kasih sayang seorang lelaki bernama ayah.
Didikan Disiplin & Agama Yang Kukuh
Sumber menyatakan bahawa seorang ayah menekankan keadilan, ketegasan, dan tanggungjawab manakala seorang ibu pula lebih cenderung memberi kepentingan terhadap simpati, kasih sayang, dan pertolongan. Walaupun berbeza cara, kedua-dua kombinasi ini penting untuk mewujudkan disiplin yang menyeluruh diri anak.
Akhir sekali, dan yang paling penting, peranan ayah adalah untuk memastikan anak-anak diberi didikan agama. Walau sesibuk mana, pastikan anda tidak ‘lepas tangan’ dan menganggap urusan ini boleh dilakukan sepenuhnya oleh ibu mahupun cikgu.
Sumber Rujukan: https://siraplimau.com/peranan-ayah-pada-anak-keluarga/
In Shaa Alllah… Arrian akan membesar menjadi seorang anak yang berjaya dunia akhirat. Begitu juga adiknya… Amin. Suka tengok hubungan Tomok dan anak-anaknya…
Banyak yang Kak Fa dapat belajar walaupun sekadar video persembahan nyanyian. You did a good job bro! 
Thumbs up!
Kita pun tak tengok hari tu. Nasib akak share. Sempat tengok iklan je utk program diorang tiap hari Rabu kan.
ReplyDeleteSalam Kak Fa.. wah, tak sangka Farah dah tukar panggilan kepada Kak fa..
ReplyDeleteQekra like hehe...
Yup, Qekr atgk masa rancangan Meletop tu...
memang follow aktiviti diaorang ni kat IG..