Panduan Lengkap Permohonan Online E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Farah Waheda Wahid
2
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN ONLINE E-PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Khusus buat ibu bapa yang tercari-cari panduan lengkap permohonan online E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia – mari sini rapat-rapat baca entri Kak Fa yang ini. Mungkin untuk permohonan kemasukan bagi tahun 2018 sudah terlepas tetapi masih relevan sebagai rujukan untuk kegunaan akan datang pada tahun kemasukan yang seterusnya kan? Winking smile. Lambat pick-up pula Kak Fa kemaskini blog dengan panduan E-Prasekolah. Hu hu hu… Sebabnya? Kak Fa sibuk fokus kepada Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1.

Ok… jom kita ke intipati entri ini yang seterusnya. Sebelum itu, perkongsian ini adalah dikreditkan kepada sumber di SINI.

Kemajuan teknologi kan? Macam-macam perkara yang telah dimudahkan dan dipintas proses… Termasuklah sistem pendaftaran persekolahan anak-anak di Malaysia. Bukan setakat pendaftaran kemasukan anak-anak ke Tahun 1 sehingga ke atas sahaja, tetapi termasuk juga Prasekolah. Cumanya, ibu bapa masih mempunyai pilihan (kaedah) untuk mendaftarkan anak-anak masing-masing melalui dalam talian ataupun secara manual melalui sekolah yang dipohon.

Pertama sekali, laman web bagi permohonan online E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah melalui pautan di SINI dan Manual Pengguna (Ibu Bapa/Penjaga) Sistem Permohonan E-Prasekolah. Semua maklumat dan lampiran yang terkandung di dalam manual tersebut adalah penting. Mohon anda membaca dengan teliti sebelum memajukan permohonan.

Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem E-Prasekolah, anda perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya. Hanya ibu atau bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Syarat Kelayakan Permohonan Ke Prasekolah KPM

Kanak-kanak warganegara Malaysia mengikut kelayakan tahun yang diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemilihan Murid

Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid berdasarkan sistem merit.

*Nota:

Bagi ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila kunjungi pusat (sekolah/institusi) Prasekolah KPM yang dipohon bermula tarikh yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Carian senarai institusi boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi E-Prasekolah.

Tindakan

Ibu bapa / penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara dalam talian (online) dengan mengisi butiran yang diperlukan di dalam Sistem Aplikasi E-Prasekolah serta mencetak bukti permohonan online berkenaan yang mana ibu bapa / penjaga perlu menghantarkan cetakan borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada tarikh yang telah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh bagi tujuan semakan status keputusan permohonan boleh dibuat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama (e-Prasekolah) tertakluk kepada tarikh yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Boleh rujuk kepada artikel oleh sumber: Maklumat Semakan Keputusan Permohonan Murid Prasekolah.

Proses-Permohonan-Prasekolah-Online

Proses-Permohonan-Prasekolah-Manual

Macam tulah ceritanya. Semoga bermanfaat dan semoga dapat membantu! Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sekarang dah senang.. semua hujung jari jek termasuk semak keputusan periksa anak2.. hee~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !