Keburukan Dan Kebaikan Alat Di Taman Permainan

Farah Waheda Wahid
0
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAT DI TAMAN PERMAINAN

Budak-budak bila dapat lepas… Memang jadinya kanak-kanak riang Ribena lah kan? Smile Terutamanya bila dah biasa berkurung dalam rumah setiap hari selepas balik dari school macam anak Kak Fa ni ha… Bila dapat lepas… Apa pun tak ingat dah! Dia punya lari macam lipas kudung! Termengah-mengah dan semput nafas Mommy dia yang tembun ni nak mengejar dia semata nak pastikan dia selamat. Bukannya apa… lepas-lepas juga, gembira-gembira juga, riang ria, riang ria juga… Keselamatan anak di taman permainan tetap perlu diperhatikan. Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia). Nampak tu! Dalam entri kali ini… jom ikuti apa kata Kak Fa mengenai kebaikan dan keburukan alat di taman permainan.

Gelongsor

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAT DI TAMAN PERMAINAN (2)

Kebaikan

  • Dapat membantu kanak-kanak mengembangkan motor kasar.
  • Dapat mewujudkan suasana ceria dalam permainan.

Keburukan

  • Mengundang kanak-kanak dari terjatuh atau terpintas dari gelongsor dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh dari gelongsor merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.

Buaian

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAT DI TAMAN PERMAINAN (3)

Kebaikan

  • Kanak-kanak dapat belajar untuk mengimbangi diri apabila berada di atas buaian.
  • Kanak-kanak dapat mengembangkan pemikiran mereka. Contohnya, bagaimana caranya mereka boleh menghayunkan buaian tersebut.
  • Dapat membantu kanak-kanak untuk mengembangkan motor kasar.

Keburukan

  • Kanak-kanak boleh terjatuh dan terluka.
  • Besi pada buaian juga berisiko mengakibatkan kemalangan serta kecederaan.

Monkey Bar

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAT DI TAMAN PERMAINAN (4)

Kebaikan

  • Kanak-kanak dapat mengembangkan motor kasar.
  • Kanak-kanak belajar untuk berusaha untuk mencapai palang satu persatu.

Keburukan

  • Palang besi yang berkarat boleh mengakibatkan tangan kanak-kanak terluka.
  • Memerlukan pengawasan ibu bapa.

Jongkang-Jongkit

5KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAT DI TAMAN PERMAINAN (4)

Kebaikan

  • Kanak-kanak dapat belajar untuk mengimbangkan badan di atas jongkang jongkit.
  • Dapat membantu mengembangkan motor kasar.

Keburukan

  • Kanak-kanak mudah terjatuh jika tiada pengawasan ibu bapa.
  • Kerosakan pada alat permainan yang tersebut boleh mendatangkan kecederaan.

Tangga Berpalang

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALAT DI TAMAN PERMAINAN (7)

Kebaikan

  • Kanak-kanak dapat mengembangkan motor kasar.
  • Dapat membantu menguatkan kaki dan tangan kanak-kanak.
  • Membantu kanak-kanak untuk berusaha dan berfikir bagaimana untuk menaiki tangga berpalang.

Keburukan

  • Risiko terjatuh, tersadung dan tergelincir dari tangga berpalang.

Kesimpulannya, ibu bapa yang kena main peranan jika membenarkan atau melepaskan anak-anak bermain di taman permainan. Terutamanya anak-anak kecil di usia toddler dan juga peringkat prasekolah. Sebabnya? Mereka masih belum pandai untuk menjaga diri sendiri sepenuhnya dan di usia sebegitu, mereka bukannya faham sangat bahaya tu apa… Main redah jer… Kak Fa ni, bukan jenis tak nak lepaskan anak bermain sendiri dan biarkan dia merasa terjatuh ataupun terluka. Cumanya, Kak Fa ikut rapat-rapat sebab Kak Fa tak nak dia terjatuh dari tempat tinggi dan elakkan kecederaan major yang tak sepatutnya berlaku. Orang kata beringat sebelum terkena… Macam tulah… Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !