Krerk krerk krerk… Kak Fa dengar bunyi gigi berlaga ataupun bunyi orang mengisar gigi (tooth grinding)…

Hah? Siapa lagi dalam rumah ni yang gigi berlaga bila tidur selain daripada Kak Fa? Bila diamat-amati betul-betul… Bunyi tu datang dari orang yang sedang nyenyak tidur di sebelah Kak Fa.

Ha ha ha… Siapa lagi kalau bukan anak Kak Fa. Ingatkan Mommy jer! Rupa-rupanya anak pun BRUXISM juga!

Aduhaiii… Menurun rupanya BRUXISM ni kan?

… Ingatkan tak adalah diwarisi oleh anak Kak Fa… Rupa-rupanya dia pun BRUXISM juga!
Feeling bila dengar orang lain gigi berlaga ni? NGILU! Ha ha ha…

Agaknya orang lain yang terpaksa tahan dengan gigi Kak Fa yang berlaga setiap kali Kak Fa tidur pun selama kini, macam tulah agaknya. Rasa NGILU! Baru kau tau… Macam mana rasanya kan? Ekekeke… Tinggi sungguh tahap kesabaran dan ketabahan mereka menahan rasa NGILU tu!

… Menaip entri ni pun Kak Fa terasa NGILU oiii… Wakakaka…

.
Sampai hati tau! Ada orang kata, orang yang tidur gigi berlaga ataupun mengeluarkan bunyi orang mengisar gigi (tooth grinding) sewaktu tidur ni sebab berkait dengan saka.

Huwaaa… Gigihlah Kak Fa mencari tahu melalui Google mengenai kesahihan informasi ini.

Adalah terjumpa… Dikatakan tanda-tanda seseorang itu mempunyai saka adalah bunyi gigi berlaga ketika tidur. Rujukan melalu pautan di
SINI. Sejauh mana kebenarannya… Kak Fa tak pasti dan tak dapat nak berikan kepastian. Cumanya, memang rata-rata sumber secara majoriti memperkatakan mengenai saka dan gigi berlaga. Huh…
Kak Fa pilih nak percaya yang mana? Bukan tak nak percayakan kenyataan atau hakikat ok? Cumanya, Kak Fa lebih percaya kepada penjelasan medik mengenai tabiat mengisar dan mengetap gigi ini yang dipanggil sebagai BRUXISM. Ini penjelasan 4 orang doktor melalui artikel yang diterbitkan di pautan di
SINI ya?
Di dalam bahasa perubatan, tabiat mengisar dan mengetap gigi dipanggil sebagai BRUXISM. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan. Ianya boleh terjadi sama ada semasa tidur ataupun terjaga. Mereka yang mempunyai masalah ini mungkin atau tidak mengalami sebarang simptom.
 |
Kredit: Sumber dari Google |
Apakah Penyebab Tabiat Mengancing Dan Mengetam / Mengetap Gigi?
Tabiat ini mungkin disebabkan oleh:
Stres atau tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari.
Perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.
Susunan gigi yang tidak betul.
Masalah perubatan seperti Celebral Palsy.
Posisi badan yang tidak betul.
Perubahan hormon.
Tidak diketahui punca.
Apakah Tanda-Tanda Dan Akibat Tabiat Ini?
Di antara tanda-tanda dan akibatnya adalah:
 |
Kredit: Sumber dari Google |
Gigi atau tampalan patah.
Sakit kepala.
Sakit di bahagian sendi rahang.
Gigi terasa ngilu atau sakit.
Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut.
Kesakitan/luka di bahagian sudut mulut.
Kesukaran untuk tidur.
Sakit telinga.
Sakit pada otot muka.
Apakah Yang Boleh Dilakukan?
Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang.
Tingkatkan kemahiran menangani stres.
Kurang pengambilan alkohol.
Dapatkan nasihat doktor pergigian di mana, orang BRUXISM mungkin perlu tampalan semula ataupun occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam.
 |
Kredit: Sumber dari Google |
Sekiranya perbuatan mengisar gigi ini berkatian dengan kesakitan pada sendi rahang, terdapat beberapa rawatan yang boleh didapati di klinik pergigian.
Sedikit infografik mengenai BRUXISM buat informasi kita bersama:
 |
Kredit: Sumber dari Pinterest |
 |
Kredit: Sumber dari Pinterest |
Nampak-nampak gayanya, berlawan-lawanlah kami berdua beranak melaga gigi… Ha ha ha…

… Psssttt…cuba malam ni dengar-dengar pasangan atau anak-anak atau adik beradik… Ada tak yang gigi berlaga bila tidur… Kalau ada tu maksudnya ada BRUXISM jugalah tu…

semoga dipermudahkan
ReplyDelete