Ibu Sepenuh Masa VS Ibu Bekerjaya–Pada Dasarnya Setiap Ibu Bekerja Ok?

Farah Waheda Wahid
1
Ibu Sepenuh Masa VS Ibu Bekerjaya–Pada Dasarnya Setiap Ibu Bekerja Ok
Kredit: Gambar dari Google

Skrol Facebook, skrol Twitter, adalah ternampak beberapa posting tentang ibu sepenuh masa dan juga ibu bekerjaya… Masing-masing dengan perkembangan masing-masing, masing-masing dengan “how I wish…”, masing-masing dengan luahan masing-masing, masing-masing dengan apa rasa hati masing-masing…. Apa yang dilalui masing-masing… Hurmmm… Tak habis lagi ke? Ibu sepenuh masa vs ibu bekerjaya – pada dasarnya setiap ibu bekerja ok? Ibu sepenuh masa, ibu bekerjaya – masing-masing ingin jadi versi yang terbaik! Smile.

Wanita cantik, berpendidikan tinggi tetapi memilih untuk tinggal di rumah demi menguruskan rumahtangga bukanlah satu kesalahan. Wanita yang cemerlang di dalam karier dan meneruskan impian untuk terus menjadi working mom juga bukanlah satu kesalahan. Dah tu? Kenapa terus-menerus nak berdebat?

Bukannya Tanpa Alasan, Pilihan Tersebut Sudah Tentu Sudah Dipertimbangkan

Wanita bekerjaya tolong jangan nak pandang rendah pada wanita yang membuat keputusan untuk menjadi ibu sepenuh masa. Wanita yang bergelar ibu sepenuh masa tolong jangan nak fikir yang wanita yang memilih untuk bekerjaya adalah seorang yang egois. Tak betul tu! Tentunya masing-masing sudah ada pertimbangan masing-masing kenapa dan mengapa… Jadi jangan nak anggap beranggapan antara satu sama lain. Cuba lihat dari sisi yang berbeza dan berada di dalam kedudukan mereka yang memilih sesuatu keputusan itu.

Perdebatan Ibu Sepenuh Masa VS Ibu Bekerjaya Mempengaruhi Orang Lain

Sebab adanya perdebatan sebegini di alam maya, sebenarnya sedikit sebanyak ia berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang bergelar ibu. Cuma yang baiknya, ramai orang sudah liberal dan tahu berfikir serta tahu apa yang mereka nak di dalam hidup mereka. Mungkin boleh mempengaruhi wanita yang baru sahaja bergelar ibu… Bila melihat perdebatan seumpama ini di media sosial dan juga cakap-cakap orang sekeliling, sudahnya jadi susah ibu baru nak buat keputusan. Di satu sisi ingin tetap menjadi wanita bekerjaya sekaligus menjadi ibu, di satu sisi lain pula terbit rasa dalam hati tak ingin anak kecil menjadi kurang perhatian.

Perkembangan Anak Dijadikan Ukuran

Nilah dianya, nilah dianya… Suka sangat membanding-bandingkan. Untunglaaa, dia ibu sepenuh masa, banyak masa dan fokus yang boleh diberikan kepada anak. Tidak sama dengan ibu bekerjaya. Terkejar-kejar sana, terkejar-kejar sini. Please? Tolong jangan sendatkan dan sempitkan pemikiran? Tak dinafikan sememangnya akan jauh lebih baik jika seseorang anak boleh membesar dan berkembang di dalam pengasuhan seorang ibu pada setiap ketika dan saat. Tetapi itu bukan bermaksud jika seseorang wanita itu adalah ibu bekerjaya anaknya akan memiliki perkembangan yang kurang baik berbanding dengan anak yang diulit oleh ibu sepanjang hari.

Boleh jadi, naluri seorang anak kecil yang ibunya bekerja membuatkan anak kecil itu pandai untuk memahami situasi? Dalam erti kata lain, anak itu tidak menuntut untuk ibunya berada di sampingnya selalu. Semuanya sebenarnya back to square one, role kita sebagai ibu bapa. Sebab hakikatnya, setiap ibu tentu sahaja mahu memberikan yang terbaik dan menjadi yang terbaik untuk anaknya. Asalkan dapat membahagikan waktu dengan baik, apa salahnya? Untuk anak juga kan?

Tak Ada Yang Lebih Baik Dan Lebih Buruk, Kerana Pada Dasarnya Setiap Ibu Itu Bekerja

Pilihan yang telah diputuskan dan dipertimbangkan adalah sesuatu yang terbaik untuk kita pada waktu dan ketika itu, asalkan dijalani dengan tulus dan sepenuh hati. Jangan dengar cakap orang lain atau terpengaruh dengan orang lain, sebab sudahnya diri kita sendiri yang tak keruan. Yang risau dan resah tak tentu hala.

Kalau masih ada yang mempersoalkan tentang perkara ini, mungkinlah mungkin ya, orang yang berkata-kata tu lupa yang hakikatnya setiap ibu itu bekerja. Dia memilih bekerja dan menghabiskan hari di pejabat dengan bekerja. Bantu ekonomi keluarga, mencari rezeki sesuap nasi. Dalam masa yang sama, masih melakukan kerja-kerja rumah juga. Ibu sepenuh masa juga akan mendedikasikan waktunya untuk segala pekerjaan rumah. Meskipun perjalanannya berbeza, asalkan namanya ibu kita tetap bekerja. Winking smile Dan setiap ibu itu tak ada cuti pun! Walaupun pada waktu ME TIME!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Takde mane2 ibu yang xnak tengok anak membesar di depan mata sentiasa.. ibu bkerjaya atau di rumah tetap jadi ibu yg berjaya..
    Paling tak suka kalau org membandingkan anak dia dgn ank kita..just ignore org2 cmni.. jgn ambil aura negatif..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !