HIGHLIGHT Bajet 2018 Khusus Untuk Ibu Bapa

Farah Waheda Wahid
1
HIGHLIGHT BAJET 2018 KHUSUS UNTUK IBU BAPA

Selesailah sudah pembentangan Bajet 2018 bagi negara Malaysia. Gigih Kak Fa follow one by one. Walhal pada asalnya rasa macam tak nak dengar pembentangan Bajet 2018 tu sebab takut stress! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi macam mana pun rasa tak nak dengar tu, hakikatnya Kak Fa tetap nak dengar juga! Sebab Kak Fa perlu ambil tahu seberapa banyak mungkin maklumat yang berkaitan dengan keibubapaan dan juga rumahtangga…. Bukan sebab nak kejar trafik blog! Jangan salah sangka pula… Belum tentu Kak Fa update entri, entri ni jadi entri meletops ya tak? Cuma, sajalah Kak Fa nak buat catatan peribadi Kak Fa di blog Kak Fa sendiri beberapa intipati Bajet 2018 yang berkaitan dengan dunia keibubapaan serta rumahtangga serta berkongsi info bersama ibu bapa lain di luar sana. Kak Fa tak berhajat pun nak salin satu persatu semuanya pembentangan Bajet 2018 cuma Kak Fa HIGHLIGHT Bajet 2018 khusus untuk ibu bapa.

Ini adalah ringkasan yang dapat Kak Fa kongsikan:

MEMARTABAT SYIAR ISLAM DAN PENGUTUHAN JATI INSAN

  • Skim latihan kemahiran GiatMara terpilih akan diperkenalkan kepada sekolah tahfiz.
  • Membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar, dikendalikan GiatMara (RM50 juta).

MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN AWAM

  • Perluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara.
  • Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1,000.
  • Kursus Sarjana dan PhD secara 'in-house'.
  • Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari (maksimum 90 hari setahun).
  • Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam (bekerja di lokasi sama.
  • Menambah waktu kerja berperingkat iaitu bermula 9 pagi hingga 6 petang.
  • Kemudahan 7 hari CTR sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
  • Membenarkan GCR melebih 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
  • Memberi faedah persaraan (bersara atas sebab kesihatan).

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

  • Pembiayaan bersama (joint loan) di antara suami/isteri/anak yang salah seorang bukan penjawat awam.
  • Anak dan ibu bapa membuat pembiayaan bersama daripada LPPSA (keduanya anggota perkhidmatan awam).

KEBAJIKAN WARGA EMAS, OKU DAN KANAK-KANAK

  • Bantuan kanak-kanak Keluarga Miskin (RM245 juta).
  • Menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan (RM100 juta).
  • Menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan (RM603 juta).

WARGA GLC

  • Meningkatkan pelaburan latihan dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja.
  • Taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja wanita mengandung.
  • Memperkenalkan kemudahan lepasan cuti menunaikan umrah.
  • Menambahkan 'flexible work arrangement'.
  • Memperkenalkan 'flexible benefits': menukarkan kelayakan cuti kepada ganjaran tunai.

GST

  • Tiada GST bagi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan kediaman berstrata.
  • Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan termasuk majalah dan komik.

KESIHATAN

  • Skim Voluntary Health Insurance (VHIS) (RM50 juta).
  • Membina klinik pakar dan wad baharu di Hospital Pulau Pinang (RM500 juta).
  • Membina Pusat Kanser di Sungai Petani, kapasiti 200 katil (RM500 juta).
  • Membina wad wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Putrajaya (RM1 bilion).
  • Menampung kos perubatan bagi rawatan 'rare diseases' dan program Komuniti Sihat Pembina Negara (RM40 juta).
  • Bantuan haemodialisis dan Tabung Bantuan Perubatan (RM90 juta).
  • Menaik taraf hospital dan klinik termasuk sistem pendawaian (RM100 juta).
  • Perkhidmatan kardiologi & kardiotorasik di Hospital Kuala Terengganu dan Alor Setar.
  • Menaik taraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan perubatan, ambulan dan dewan bedah hospital Muar, Banting dan Balik Pulau (RM1.4 bilion).
  • Bekalan ubatan dan barangan 'consumable' serta sokongan perubatan (RM4.1 bilion).

PERUMAHAN

  • Pengecualian cukai ke atas sewaan sebanyak 50% bagi sewaan sehingga RM2,000.
  • Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik.
  • Penyelenggaraan dan pembaikan rumah termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (RM200 juta).
  • Projek Perumahan Rakyat (17,300 unit), Rumah Mesra Rakyat (3,000 unit), PR1MA (210,000 unit), PPA1M (25,000 unit), MyBNHome (600 unit), MyDeposit & MyHomes (2,000 unit).

PEMBANTU RUMAH ASING

  • Kebenaran untuk pengambilan pembantu rumah asing secara terus tanpa melalui agen.

SKIM PERSARAAN 1MALAYSIA

  • Meningkatkan Skim Persaraan 1Malaysia kepada 15% maksimum RM250 setahun untuk 5 tahun dari 2018-2022.

PENGURANGAN KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

  • Meningkatkan pendapatan boleh guna antara RM300 ke RM1,000.
  • RM50,001-70,000: 16% ke 14%.
  • RM35,001-50,000: 10% ke 8%.
  • RM20,001-35,000: 5% ke 3%.

MENJANA PENDAPATAN RAKYAT

  • Memansuhkan kutipan tol mulai 1 Jan 2018 bagi Batu Tiga dan Sungai Rasau (Selangor), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Eastern Dispersal Link (Johor).
  • Agrobazaar Malaysia dengan harga jualan agro lebih rendah (RM20 juta).
  • Penyeragaman harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak (RM80 juta.
  • Menyediakan 50 Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dengan menjual 5 barang keperluan asas dengan harga rendah: beras, gula, minyak, tepung dan gas memasak serta 50 SKU.
  • Subsidi barangan, pengangkutan, elektrik dan tol (RM3.9 bilion).
  • Program BR1M (RM6.8 bilion).
  • Penggunaan aplikasi e-hailing oleh pemandu teksi berdaftar sedia untuk membeli kereta baharu - geran RM5,000.
  • Program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS (RM25 juta).
  • Program 1Azam bagi meningkatkan pendapatan (RM60 juta).
  • Pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4% (RM120 juta).
  • Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC (RM100 juta).

WANITA DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA

  • Pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja sekurangnya 2 tahun berhenti bekerja.
  • PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy (RM20 juta).
  • Cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari.
  • Mewajibkan 30% wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun.
  • 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

ORANG ASLI

  • Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.
  • Program bantuan makanan komuniti kepada 5,000 pelajar Orang Asli (RM50 juta).

KESEJAHTERAAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA

  • Pengambilan kaum India ke IPTA dan penjawat awam baharu ditingkatkan 7%.

DASAR TRANSFORMASI KESEJAHTERAAN BUMIPUTERA

  • MARA Graduate Employability Training Scheme (RM200 juta).
  • rogram peneraju profesional, Skil dan Tunas (RM90 juta).
  • Biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (RM2.5 bilion).

MENUBUHKAN NASIONAL RAIL CENTRE OF EXCELLENCE (NRCOE)

  • Bertujuan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti serta akreditasi pendidikan dan latihan rel negara.
  • Syarikat MRL dengan kerjasama IPTA akan melatih 3,000 profesional industri rel.

MEMARTABAT LATIHAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)

  • Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET (RM4.5 juta).
  • Pelan induk TVET Malaysia (RM4.9 bilion).
  • Institusi TVET di bawah 7 kementerian dijenamakan TVET Malaysia.

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SSP1M)

  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi SSP1M selama 3 tahun.
  • Geran sepadan sehingga RM500 kepada pencarum (RM250 juta).

PEMBIAYAAN PENGAJIAN TINGGI PTPTN

  • 'Grace period' pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan.
  • Menaikkan jumlah pinjaman maksimum pelajar keluarga B40 (RM200 juta).
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji.
  • Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran.
  • Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman.

BANTUAN PERSEKOLAHAN

  • Bantuan persekolahan RM100 seorang (RM328 juta).
  • Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan (RM2.9 bilion).

PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH

  • Membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunakan IBS (RM2.5 bilion).
  • Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah (RM550 juta).
  • Pembinaan pra-sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah dan menengah, dan kolej vokasional dan matrikulasi (RM654 juta).

PEMBANGUNAN SUKAN

  • Sekolah Sukan Bukit Jalil (RM20 juta).

KERJAYA DAN BAKAT TN50

  • Program perantis dan temuduga terbuka SL1M (RM40 juta).
  • Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukkan 1% daripada nilai projek bagi program SL1M.
  • Pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC.
  • Program National Leaders Circle untuk pengisian jawatan penting dan tertinggi.

MEMUPUK BUDAYA MENYIMPAN WANG GENERASI TN50

  • Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) Dana Tabungan Permulaan bernilai RM200 (unit amanah saham) PNB untuk anak dilahirkan 1 Jan 2018-2022.

PENDIDIKAN UNTUK GENERASI TN50

  • RM250 juta.
  • Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
  • Mempertingkatkan modul Komputer Sains yang termasuk program Coding.
  • Menaik taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 (RM190 juta).
  • Biasiswa (RM2.2 bilion).
  • Geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA (RM400 juta).

MEMARTABAT PENDIDIKAN TINGGI

  • Bantuan baucar buku bernilai RM250.
  • MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (RM90 juta).

KEMUDAHAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DAN KEBAJIKAN OKU

  • Potongan tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja yang disahkan PERKESO.
  • Mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.

Begitulah seadanya yang dapat Kak Fa summarize-kan khusus untuk golongan ibu bapa berkaitan Bajet 2018. Kak Fa percaya banyak sumber-sumber di luar sana yang memberikan intipati pembentangan Bajet 2018 dengan lebih terperinci. Kak Fa cuma ekstrak yang berkaitan dengan keibubapaan dan juga rumahtangga jer… Apa yang Kak Fa nampak Bajet 2018 banyak menekankan wanita dan juga banyak menekankan pendidikan anak-anak. Yup, back to square one… education sememangnya penting. Yang tu nanti, In Shaa Allah Kak Fa kupas dalam entri yang lain. Kenapa Kak Fa memang sangat tekankan education dan apa alasan Kak Fa untuk itu. Semestinya bukan untuk membebankan anak. Ok ok … Tu cerita lain, entri lain…

Harapnya, bermanfaat untuk semua perkongsian Kak Fa ni, walaupun pada asalnya sekadar untuk diri sendiri jer… Winking smile Selamat mengharungi 2018… (Pesanan untuk Kak Fa juga)….

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !