Fobia Dengan Supermarket!

Farah Waheda Wahid
2
FOBIA DENGAN SUPERMARKET!

Hye Mommies! Hye Daddies! Hari ni Kak Fa nak cerita sikitlah kan? Ermmm… Smile with tongue out Sejak kebelakangan ni kan… Kak Fa dah jadi fobia dengan supermarket! Ha ha ha… Open-mouthed smile Paranoid kau! Fobia sangat-sangat! Yang mana-mana ada anak-anak berusia 2 tahun ke bawah tu, elok sangatlah baca perkongsian Kak Fa yang satu ini pada kali ini. Tidak tertakluk kepada ibu bapa yang memang hardcore keras hati ya? Winking smile Ini khusus kepada ibu bapa yang hatinya mudah cair  ataupun ibu bapa yang keras yang akhirnya mengalah juga dengan anak-anak.

Melihatkan perkembangan anak-anak membesar membuatkan kita gembira dan bahagia. But… please do remember that it comes in a package! Bila dah semakin membesar, dah semakin banyak akal dan sudah mula pandai bertutur… Please be prepared dengan kenyataan di mana anak akan mula pandai meminta. Sudah pandai shopping. Silap-silap haribulan bukan ibu bapa yang shopping… Anak-anak jer yang shopping… Hu hu hu… Sebab dah pandai meminta jugalah Kak Fa sekarang sangat-sangat paranoid atau allergic dengan supermarket! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Sebelum pergi supermarket, Kak Fa mesti berfikir seratus kali sama ada nak pergi atau tidak. Bukan kedekut… Tapi bila setiap kali pergi ke supermarket memanjang kena tag jer… Siapa yang tahan oiii? Boleh rabak poket! Big spender betul anak-anak zaman sekarang ni kalau tak dikawal. Crying face Huwaaa…

Alasan Kak Fa Fobia Dengan Supermarket!


Tahu Di Mana Lokasi Barangan Yang Dikehendaki

Belum sempat lagi nak habiskan langkah di pintu masuk supermarket, Kak Fa dah terima arahan dah… Terima arahan dari anak Kak Fa ke arah mana patut Kak Fa pergi dan ke arah mana patut Kak Fa belok. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Selalunya lokasi pertama adalah rak yang display barangan permainan terutamanya dua benda… Thomas and Friends dan juga LEGO. Phewww! Berpeluh dingin Mommy kau nak… Wakakaka… Open-mouthed smile Sebabnya dah tahu, dia bakal meminta untuk dibelikan sekurang-kurangnya satu daripada barangan permainan kegemaran dia tu. Kadang-kadang benda tu dah ada dah di rumah pun. Tapi dia masih nak juga. Jangan tak membeli kan? Kak Fa rasa itu adalah satu pembaziran.

Yang jadi isunya… Dia tak menjerit… Dia tak berguling-guling atas lantai, dia tak teriak sekuat-kuatnya… Taktik dia adalah berikan pandangan yang meminta simpati sambil tercebik-cebik dan selepas itu air mata mula bergenang. Sedih nau muka tu Kak Fa tengok. Crying face Seriously, kalau anda tengok depan-depan pun, anda boleh nampak macam hati dia meruntun sayu sangat! Ha ha ha… Stress mak kau ni ha… Tak cukup tu! Jangan sesekali tolak troli barang tu bila dia duduk dalam tu selagi tak berikan kebenaran dia untuk membeli barangan permainan yang dia minta tu. If you doesn’t want to make a scene out of it, janganlah tolak troli tu. Memang teriak sekuat-kuatnya lah nanti. Makanya, statik jer lah kau kat situ sampai akhirnya kau mungkin mengalah belikan juga.

Kalau dia tak duduk dalam troli dan berjalan, dia akan berdiri statik di situ sampai diberikan kebenaran untuk membeli barangan permainan yang dia nak tu. Kalau acah-acah nak tinggalkan dia sorang-sorang di situ pun dia tak gentar oiii… Dia tak kisah dan tetap dengan keras hati dia… Anak oh anak… Hu hu hu…

Tak Cukup Dengan Barangan Permainan… Ada Lagi…

Budak-budak sekarang… Memang suka sangattt lahhh dengan telur tak menetas tu. Kak Fa pernah kongsikan tentang telur tak menetas tu dalam entri Bila Anak Sudah Mula Pandai Mengira Dan Ketahui Perbezaan pada bulan September 2016 yang lalu. Kira-kira setahun yang lepas. Telur tak menetas tu memang satu penyakit. Rasanya mak-mak maklum sangat kot dengan telur tak menetas tu. Merata di mana-mana semua terlambak telur tak menetas tu. Kaya pengeluar telur tak menetas tu. Ha ha ha… Open-mouthed smile Viral di kalangan ibu bapa. Kalau kita dulu setakat Ding Dang dan Tora… Tapi rasanya taklah melampau mahal macam telur tak menetas tu. Rasa membazir lah…. Serius…Kak Fa rasa membazir sangat beli telur… Permainan dalam tu bukannya syok sangat pun… Main sekejap lepas tu dah campak tepi. Dah lupa dah mainan yang dapat tu. Kak Fa memang cukup-cukup allergic dengan telur tak menetas tu… Hu hu hu… Ini semua pengaruh video YouTube shake…shake…surprise! Ayat tu lah yang dia sebut selalunya… Mommy? Shake shake? Surpriseee! Hu hu hu… Haah surprise sangat Firash… Surprise sangat…

Nak tengok video tu? Nah Kak Fa bagi sampling sikit:


Nilah dia…nilah dia pengaruh shake…shake…surprise tu ha… Contoh… Ada banyak video macam ni tau kalau dicari-cari… Hu hu hu… Stress lagi! Ha ha ha… Open-mouthed smile

Dengan permainan dengan surprise egg lagi… Huh… Memang boleh demam… Itulah yang menjadikan Kak Fa jadi fobia dengan supermarket…

Langkah Penyelesaian Kak Fa?


Memang tak boleh nak tahan kalau dilayan… Memang bukan setakat poket koyak… Rabak terus! Sesekali tu boleh dipertimbangkan jugalah…Tapi kalau kerap… Memang tak boleh dilayan sebab nanti akan jadi penyakit. Dahlah Kak Fa ni mudah cair hatinya… Nak keraskan hati tu… Memang Kak Fa boleh jadi keras betul-betul. Pernah kot, Kak Fa betul-betul keras…Menangis-nangis dia… Sebab memang bagi Kak Fa tak salah pun … biarkan anak menangis nakkan sesuatu! In fact selalu jer Kak Fa jadi keras hati… Cuma, kadang-kadang tu…hati mak kan? Timbul rasa kasihan pada dia bila kerap menangis sangat bila tak dapat permintaan dia tu… Untuk tak bising, tak mengecewakan hati anak dan kawal perbelanjaan anak… Inilah dia cara Kak Fa ke supermarket dan jadi tak fobia atau paranoid…

Pergi Ke Supermarket Sewaktu Anak Tidur

Terpaksalah… Kalau tidak macam mana. Jika dia nap di tengah hari, barulah Kak Fa ke supermarket seorang diri. Beli barangan yang patut nak dibeli. Cara ni adalah cara yang paling efektif untuk Kak Fa elakkan dia beli barangan yang tidak sepatutnya atau dalam erti kata lain membazir. Daripada beli Thomas and Friends sebiji paling murah RM 9.90 dan juga surprised eggs yang sampai lima ringgit lebih tu sebiji… Eloklah beli ayam ke? Beli ikan ke? Beli sayur ke? Ada juga manfaatnya…. Walaupun hajat hati nak pergi pagi ke? atau sewaktu dia terjaga ke? Kena tahan… Kena sabar tunggu sampai dia nap baru Kak Fa boleh pergi ke supermarket dengan aman. He he he… Smile with tongue out.

Tu jer cara Kak Fa nak hilangkan fobia dengan supermarket… Memang dah boleh predict dah bila nak terkena bila tidak. Dulu ada juga alasan dengan mengatakan TESCO tutup ke? 7-Eleven tutup ke? Econsave tutup ke? Ha ha ha… Tapi dah namanya akal semakin berkembang… Dia dah boleh jawab dah… “No…it’s open… Tak tutup…”. Memang boleh jadi mati akal. Dari tak merobek hati dia dengan kekecewaan, Kak Fa lagi sanggup tunggu dia nap dan kemudian pergi seorang diri. Sesekali tu oklah… Selalu nak tag…It’s a no no …. Kannn?

Macam mana pula dengan you alls? Ada yang sama fobia dengan supermarket tak?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. haha samalah dengan cousin cousin sha, pantang nampak mainan or barang yang dia suka. sha selalu cakap tunggu gaji nanti kita datang haha pastu bila gaji takpergi pun ><

    ReplyDelete
  2. kan farah,aduuiii...awatlah jual telur tak menetas tu...pengaruh youtube banyak ni.kadang-kadang akak layankan jugak,tapi sampai dekat kaunter tolak tepi. Lagi satu kalau nak beli barang dapur,memang dia akan duduk dengan babah dia dalam kereta.Cepat sikit umi buat kerja.Kalau memang betul nak berjalan-jalan tu,barulah bawa dia sekali...hehehe..bagus tips ni farah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !