Come on lah...
Kak Fa ni pun ANAK TUNGGAL seibu sebapa juga. If you want to know the real life of the only child, tanya Kak Fa ni ha. And if you want to know how I raise my only son, pun boleh juga. Walaupun Kak Fa ni bukanlah pakar keibubapaan yang ada doctorate kan?
Jujur... Kak Fa memang rasa rimas dan semak bila sejak akhir-akhir ni Kak Fa asyik kena sindir sebab anak Kak Fa sorang jer... Lepas tu berasak-asak yang dok ajukan soalan bila nak menambah, bila nak menambah. Uhuksss korang ingat nak menambah anak tu, hari ni terfikir esok dah berbadan dua? Allahuakbar! Tu tak termasuk perkara-perkara atau faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan juga. Contohnya masalah kesihatan atau komplikasi? Sebagaimana keadaan atau situasi setiap individu tu pasti ada alasan di sebaliknya. Tak semua yang akan diceritakan pada orang lain. Jaga sensitivity please? Buka minda dan buka mata sedikit? Boleh?
Amboiii... Memang trending ya? Zaman kini ukur hidup orang lain? Panjang bebel Kak Fa dah kan? Macam nilah, sebelum entri ni jadi terlalu berjela-jela (elehhh kalau berjela-jela pun apa masalahnya...
Bila menyandang gelaran ANAK TUNGGAL ni, itu bukan semestinya sesuatu yang membosankan untuk anak. Sampaikan ada yang menyindir, tak ada kawanlah, kesian sorang-sorang sunyi lah... Apa dunia ni memang orang yang bergelar ANAK TUNGGAL tinggal sorang-sorang jer ke? Tak ada Hamba Allah lain dah ke atas muka bumi ni? Motif? Nak banding-bandingkan kehidupan ANAK TUNGGAL dengan yang ramai adik-beradik?
Sebenarnya bila menjadi ANAK TUNGGAL ni, bukanlah BOSAN dan KEKOSONGAN itu sahaja yang menjadi peneman seorang anak. Ada banyak cara dan peranan yang boleh dimainkan oleh para ibu bapa yang mempunyai ANAK TUNGGAL untuk tidak menjadikan KEBOSANAN dan KEKOSONGAN itu sebagai sahabat karib mereka.
Meh sini meh, Kak Fa kongsikan cara Kak Fa kendalikan Firash yang merupakan ANAK TUNGGAL selama ini. As if up to date for now lah kan? Ha ha ha... Bulan depan tak siapa yang tau. Allah jer yang tau. Ok ok gurau-gurau...
Ibu Bapa Perlu Jadi Sahabat Anak
Ada ketika mereka memerlukan kawan untuk bermain dan bergurau senda ketika mereka keseorangan di rumah. Ada ketika mereka punya perasaan ingin makan bersaing-saing atau bersama kawan ketika waktu makan. Ada ketika mereka memerlukan kawan untuk apa-apa sahaja tujuan. Jangan sesekali ambil mudah tentang keperluan yang satu ini. Jangan anggap perkara ini tak penting.
Ketika mereka memerlukan kawan, kitalah yang kena berada di situ untuk menjadi kawan mereka.
Libatkan Anak Di Dalam Kepelbagaian Aktiviti Sejak Usia Awal
Hantar Ke Tadika Seawal 4 Tahun
Tak banyak pun yang Kak Fa amalkan, setakat 3 perkara ini sahaja buat setakat ini. Yang mana, Kak Fa rasa itu agak memadai buat anak Kak Fa pada waktu dan ketika ini. Pada Kak Fa, apa yang masyarakat patut faham dan tahu adalah, menjadi ANAK TUNGGAL bukanlah tiket ke arah kehidupan yang MEMBOSANKAN ataupun KESUNYIAN kerana KESEORANGAN. Masyarakat juga perlu faham yang menjadi ANAK TUNGGAL bukan bermaksud terlalu dimanjakan walaupun hakikatnya ada di luar sana anak-anak yang terlalu dimanjakan. Kalau tak jadi ANAK TUNGGAL pun, kalau nak terlalu dimanjakan pun boleh. Tapi bukan Kak Fa ya?
Pada ibu bapa yang senasib dengan Kak Fa, yang Allah turunkan rezeki seorang sahaja cahaya mata, janganlah rasa down kerana anak kita cuma seorang sahaja. Cherish the moment to the max. Hargai anugerah dan rezeki serta tanggungjawab dan amanah yang telah Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita sia-siakan. Jangan juga rasa sedih bila mengenangkan anak-anak keseorangan tiada berteman di rumah kerana ada cara untuk kita atasi keseorangan dan kesunyian itu pada anak. Abaikan cakap-cakap orang sekeliling dan terima seadanya dengan berlapang dada.
Rasanya kadang jadi anak tunggal pun lebih syok.. xperlu nak share barang2..hehe... And patut lebih bersyukur dgn rezeki Allah dikurniakan anak walaupun seorang.. LeYa ni dah 3 tahun belum ade rezeki anak lagi...
ReplyDeletex de lebih best semua x payah kongsi haha
ReplyDelete