Tips Untuk Memilih Permainan Yang Selamat Untuk Anak

Farah Waheda Wahid
0
TIPS UNTUK MEMILIH PERMAINAN YANG SELAMAT UNTUK ANAK

Siapa macam Kak Fa? Kalau boleh mengelak, akan cuba sedaya upaya untuk mengelak toys section di mall? Open-mouthed smile Ha ha ha… Bukan apa… Budak-budak ni kalau dah masuk mall, kalau nampak toys section, perasaan teruja mereka tu lain macam sikit. Boleh gigil kepala lutut dan boleh menggaru-garu kepala yang tidak gatal jadinya . Macam situasi Kak Fa pada masa kini… Sejak-sejak dah masuk preschool, sejak-sejak dah berakal… Dia dah pandai request dah… Dah pandai request… Cumanya cara dia request tu kan? Alahaiii…Tak tau nak ketawa ke? nak pening kepala ke? nak nangis ke? Crying face.  Bila mana cara dia request tu adalah dengan memberikan pandangan penuh harapan, berdiri tegak di tepi display rack – selagi kau tak kata yes selagi tu dia buat pandangan memohon simpati dia tu…. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Memanglah tak menyampai hati, tapi Kak Fa tak simply belikan dia permainan macam tu jer… Ada tips untuk memilih permainan yang selamat untuk anak yang Kak Fa pegang.

Masa mula-mula jadi mak dulu, Kak Fa tak terfikir pun tentang perkara ni sebab Kak Fa rasa toys are made for kids – jadi macam tak perlu nak fikir banyak sangat kot? Kecuali kena pandai memilih toys yang ada possibility untuk anak telan atau makan, akan tetapi disebabkan Kak Fa ni suka sangat cari ilmu di merata sumber mengenai keibubapaan, Kak Fa belajar mengenai tips untuk memilih permainan yang selamat untuk anak melalui sumber di SINI. Sebenarnya, kompleks jadi ibu bapa ni… ha ha ha… Open-mouthed smile permainan pun kau nak kena pilih yang betul-betul dan bukan main beli dan suruh anak main jer.

Pilih Permainan Yang Bersesuaian Dengan Peringkat Umur Anak

Sekarang ni ada macam-macam jenis permainan di pasaran. Tapi kalau terlalu canggih pun boleh mengakibatkan bahaya kepada kanak-kanak yang belum sampai umur. Tidak semua permainan bersesuaian dengan semua peringkat umur. “Age appropriate” bukan dinilai dari segi kebijaksaan atau kematangan kanak-kanak tetapi faktor keselamatan harus diutamakan. Biasanya pada kotak atau pembalut ada dicetak “for age 3 and above” dan sebagainya. Ia ditulis bersebab bukan for design purposes. Jangan fikir kita sebagai ibu bapa pandai. Ia dicetak mengikut saranan pakar. Makanya, ikutlah saranan tersebut jika sayangkan anak-anak kita.

Berhati-hati Dengan Permainan Yang Perlu Dicaj

Sepatutnyalah…Sepatutnya, kanak-kanak di bawah usia 10 tahun tidak sepatutnya dibelikan permainan yang perlu dicaj dengan menggunakan plug eletrik. Malah sebenarnya, permainan yang beroperasi dengan menggunakan bateri, seharusnya memerlukan orang dewasa untuk membuka bateri bagi mengelakkan kes keracunan akibat tergigit atau termakan bateri! Kalau anda perasanlah kannn… Permainan yang beroperasi menggunakan bateri untuk kanak-kanak kecil selalunya battery compartment tu akan dikunci dengan menggunakan skru untuk mengelakkan risiko tergigit atau termakan bateri. Bateri mengandungi zink, sejenis logam berat. Kesan “termakan” zink boleh melambatkan tumbesaran anak-anak anda. Malah, ada kes yang lebih serius sehingga membawa kepada kanser dan juga maut.

Pemilihan Saiz Permainan

Saiz yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah adalah berdiameter lebih dari 3cm dan panjang melebihi 6cm untuk mengelakkan anak-anak tertelan permainan tersebut. Sebagai kayu ukur mudah, permainan anak-anak sepatutnya lebih besar dan tidak boleh melalui gelung tisu tandas. Sila uji kesemua barang permainan anak-anak hari ni ya ibu-ibu?

Awas Tentang Bahan Pewarna Berbahaya

Soft toys atau patung permainan yang dibelikan untuk anak harus dipastikan tentang keselamatan pewarna yang digunakan. Bayi mungkin menggigit atau memasukkan permainan tersebut ke dalam mulut. Selain itu, anda juga perlu pastikan tidak ada sebarang bahagian tajam atau sesuatu yang boleh tercabut pada permainan tersebut sebelum diberikan kepada anak-anak.

Bebas Daripada Bahan Bertoksik

Sila perhatikan label permainan. Pastikan permainan untuk anak (khasnya di bawah usia 1 tahun) adalah bebas dari bahan toksik. Kebiasaannya dilabel sebagai “Toxic Free”. Kanak-kanak di usia bawah 1 tahun cenderung untuk memasukkan apa sahaja benda yang menarik minat mereka ke dalam mulut. Semua nak masuk mulut oiii… Masa nilah tak boleh leka…Kena betul-betul pantau. ‘

Buang Pembalut Plastik

Selepas anda membuka permainan baru untuk anak-anak, sila buang pembalut plastik dengan segera. Plastik pembalut selalu menjadi permainan “tambahan” kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu sedar tentang bahaya tercekik dan lemas yang boleh disebabkan oleh plastik pembalut permainan anak-anak.

Awas Tentang Tercekik Tali, Reben dan Lain-Lain

Sila pastikan barangan permainan mempunyai tali, riben dan sebagainya yang tidak disangkut atau diletakkan di tempat tidur bayi. Permainan sebegini membuatkan anak anda berisiko tercekik atau “strangled”.

Jom? Sama-sama kita perhatikan barangan permainan anakanak masing-masing sekarang… Buang atau asingkan yang tidak menepati ciri keselamatan. Winking smile.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !