Baby shark doo doo, doo doo doo doo (3x) – Baby shark. Mommy shark doo doo, doo doo doo doo (3x) – Mommy shark.
. 2 tahun dah oiii… 2 tahun dah Kak Fa dok menari lagu Baby Shark ni dengan Iman Firash di rumah. Setiap minggu sekurang-kurangnyalah, sekurang-kurangnya mesti 3 kali kami menari lagu Baby Shark ni bersama-sama.
– Nama pun mak bekas cheerleader… Bab tari-menari ni memang kegemaran Kak Fa lah kan?
… Tapi Kak Fa tetap juga tak kurus… Ha ha ha…
… Tup tup tup, sekarang ni setelah 2 tahun kami anak-beranak berkecimpung dengan Baby Shark Dance di rumah… #ehhh dah jadi macam viral pula tarian Baby Shark ni ha. He he he…. Tu yang hari ni tiba-tiba bercerita tentang the story of baby shark dance challenge ni ha…
Baby Shark Dance yang Iman Firash selalu tonton di YouTube Kids adalah sepertimana yang Kak Fa paparkan di bawah:
Setiap kali kami buat Baby Shark Dance ni pasti kami akan tergelak gembira.
… Ada ex-classmate Farah kata, kalau asyik looping jer lagu Baby Shark ni, boleh jadi pening kepala… Tapi kami tak! Kami anak beranak enjoy! Enjoy sangat doing the Baby Shark Dance. Cumanya… Ha ha ha… Tak bolehlah nak upload lagi video kami menari Baby Shark Dance tu… Kena practice makes perfect dulu… Ha ha ha…
… In Shaa Allah, In Shaa Allah… Kalau rasa rajin nanti… Kami cuba buat video Baby Shark Dance Challenge versi kami dan upload di YouTube na….
Bila? Tak taulah bila kan?
Ada di antara ibu bapa yang dah pun sama seronok dengan Baby Shark Dance Challenge dan 3 video Baby Shark Dance Challenge yang mendapat viewing tertinggi di YouTube adalah seperti paparan berikut:
Baby Shark Dance – Keluarga ASIX (2,253, 972 Views)
Cute Korean Sisters Doing The Baby Shark Dance By Pink Fong (6,662,899 Views)
Parody Baby Shark Dance Versi Upin Ipin (4,472,690 Views)
Syok tak tengok?
… Ha ha ha… Macam manalah Kak Fa nak kurus walaupun kerap bersenam dengan Baby Shark Dance ni ha? Step tak membantu membakar lemak tepu pun… Unless kalau Kak Fa choreograph steps lain yang lebih agresif untuk diri sendiri. Tapi kesianlah kan? Nanti Firash tak terikut pulak…. Mommies? Daddies? Jom? Sama-sama ber-Baby Shark Dance Challenge dengan anak-anak masing-masing? He he he…
… Tak tau bila boleh retire dari Baby Shark Dance ni ha…
singgah khamis
ReplyDelete