Dari Kaca Mata Seorang Astigmatism

Farah Waheda Wahid
0
DARI KACA MATA SEORANG ASTIGMATISM (10)

I’ve been wearing lenses since Darjah 6 lagi! Masa tu tak kisah serta tak fikir yang rabun tu adalah satu bentuk kecacatan penglihatan. Masa tu cuma fikir, ala dah rabun kan? Pakai jer lah cermin mata. Apa susah? Bukannya tak boleh fix penglihatan tu balik. Lagipun, ok juga kalau bercermin mata… ada aksesori sedikit dan variety pada self-presentation. Nampak tak permainannya? Kecil-kecil lagi dah fikir nak bergaya dan melawa. Jujur Kak Fa beritahu, Kak Fa rasa yang pakai cermin mata tu adalah satu bentuk gaya dan juga Kak Fa tak terfikir yang power cermin mata tu bukannya statik kepada power sedia ada yang Kak Fa pakai. Budak-budak kan? Memang masa tu Kak Fa agak shallow-minded. Fikir macam tu jer… Tapi as time goes by, bukan setakat rabun jer yang jadi masalah bila power semakin tahun semakin naik… tambah pula dengan astigmatism. Nerd smile… Oh my! Kalaulah Kak Fa tahu… Dari dulu Kak Fa tak nak suka-suka hati suka nak pakai cermin mata tau tak? Kalaulah Kak Fa tahu macam ni rasanya jadi rabun dan seorang astigmatism, dari dulu Kak Fa elakkan seboleh mungkin dari mula memakai cermin mata. HuwaaaaCrying face…. Inilah luahan hati dari kaca mata seorang astigmatism.

Baru-baru ni, Kak Fa ada buat pemeriksaan mata. Dah lama dah Kak Fa tak buat pemeriksaan mata ever since 7 or 8 years ago. Takut! Takut nak buat pemeriksaan mata sebab bila setiap kali buat pemeriksaan mata, setiap kali tu juga power akan naik. Setelah 7,8 tahun, kali ni Kak Fa nekad untuk buat pemeriksaan mata bila mana daya penglihatan Kak Fa sejak 3 bulan yang lepas dah mula terjejas dan semakin hari semakin Kak Fa rasa susah nak melihat dengan jelas. Terutamanya bila Kak Fa memandu pada waktu malam. Dari segi perkataan tu, masalahnya bila melihat laptop dan menaip, tulisan yang comel-comel sudah mula nampak berbayang. Ok…Macam mana ya Kak Fa nak gambarkan? Sila lihat macam mana vision yang Kak Fa nampak.

DARI KACA MATA SEORANG ASTIMAGTISM (2)

Macam tulah yang Kak Fa nampak berbanding dengan orang-orang yang berpenglihatan normal. Setakat sekejap-sekejap tak apa… Tapi bila dah terlalu banyak perkataan yang Kak Fa nampak macam tu, semakin lama semakin Kak Fa rasa sakit kepala macam nak pecah. Tapi, walaubagaimanapun, Kak Fa cuba bertahan. Cuba bertahan dan cuba beritahu diri sendiri yang sebenarnya tu tak ada apa-apa. Mungkin mata Kak Fa terlalu letih atau penat sebab dah menghadap laptop dari pagi sampailah ke lewat malam. Pagi ke petang di pejabat. Malam bila menyiapkan draf-draf entri di blog. Mungkin Kak Fa perlu rehatkan mata sahaja, dengan harapan esok hari keadaan akan menjadi bertambah baik. Tapi tak pun sebenarnya!

Semakin hari semakin rasa macam tak ada perubahan. Kak Fa tau yang sebenarnya itu adalah petanda Kak Fa kena pergi buat pemeriksaan mata dan memang possibility power naik tu akan ada. Kak Fa risau tau tak dalam hati. Sekarang pun dah 650 power Kak Fa. Macam mana kalau naik lagi banyak? Kak Fa risau kalau cecah 800 – 1000 jer power mata Kak Fa ni. Faham tak perasaan Kak Fa? Crying face… Tak nak jadi rabun teruk! Tak nak! Tak nak! Tak nak!

Tak cukup dengan tu… inilah sebenarnya dari kaca mata seorang astigmatism… Pemanduan pada waktu malam dah mula terganggu. Pecahan cahaya dari kenderaan hadapan di atas cahaya lampu, pecahan cahaya lampu jalan dan tiba-tiba Kak Fa rasa macam gelap sangat bila memandu di jalan yang gelap tak ada lampu jalan sampaikan jadi kura-kura Kak Fa memandu pada waktu malam. Sampaikan kereta belakang hon Kak Fa tau tak! Tak pernah Kak Fa kena hon bila memandu. Tapi kali ni Kak Fa kena! Bukan Kak Fa sengaja nak bawa kereta macam siput, tapi Kak Fa risau kalau Kak Fa langgar lubang ke? Lepas tu tayar bolos… Dahlah sekarang ni di kawasan perumahan Kak Fa ada construction sedang berjalan. Memang tempat lori lanyak keluar masuk jer… Jalan toksah cakaplah … Berlubang-lubang sana sini, berlekuk sana sini… Kalau kena lubang dalam? Memang menjawablah nampaknya kan? Esok pagi tengok-tengok jer tayar jadi bengkak…

Pandangan mata Kak Fa bila memandu pada waktu malam adalah seperti paparan gambar di sebelah kiri berbanding penglihatan seorang yang normal di bawah:

DARI KACA MATA SEORANG ASTIMAGTISM (6)

Kak Fa bukan setakat mempunyai masalah halos sahaja… Tetapi termasuk dengan glares… Crying face

DARI KACA MATA SEORANG ASTIMAGTISM (5)

Setakat satu dua jer tak apa… Tapi bila banyak kenderaan yang datang dari depan… Allahuakbar… Kak Fa dah jadi macam memandu lintang-pukang! Macam orang baru dapat lesen…. Malu oiii 17 tahun pegang lesen, tiba-tiba memandu macam orang baru dapat lesen pada waktu malam. Hu hu hu…

DARI KACA MATA SEORANG ASTIMAGTISM (4)

Paling worse, bila akhir-akhir ni seolah-olah semakin teruk pula astigmatism Kak Fa dan Kak Fa dah tak boleh nak memandu dengan vision yang clear pada waktu malam serta sering sakit kepala bila, Kak Fa nampak pecahan cahaya lampu kenderaan yang datang dari depan seteruk ini:

DARI KACA MATA SEORANG ASTIMAGTISM (9)

Kalau Kak Fa seorang mungkin tak apa lagi, tapi Kak Fa risau kalau Kak Fa bawa other passengers such as Firash dan Nek Ma dia… Nak tak nak, bila dah menyukarkan pergerakan Kak Fa pada waktu malam, yalah kadang-kadang kita tak tau kan? Tugas hakiki di pejabat memungkinkan Kak Fa stayback lewat dan balik lewat malam… Bahaya juga untuk Kak Fa memandu seorang diri dengan keadaan sebegini. Betul ajal maut di tangan Allah SWT tapi kalau boleh kita ambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri sendiri tak salah rasanya kan? Anak Kak Fa kecil lagi oiii… Baru jer nak masuk usia 4 tahun. Panjang dan jauh lagi perjalanan…. Hu hu hu…

Nampak-nampak gayanya Kak Fa kena tukar apa yang Kak Fa gunakan setiap hari… Normal contact lenses wouldn’t help… Kak Fa terpaksa buat macam ni dah sekarang… Siang hari Kak Fa boleh pakai contact lens seperti biasa, tetapi bila menuju ke senja ke atas, Kak Fa kena gunakan cermin mata yang siap dengan anti-glare, Blu-Ray dan sememangnya untuk corrective measure pada masalah astig Kak Fa ni. Barulah Kak Fa boleh memandu dengan selamat dan juga seperti biasa. Nak merempit pun boleh! He he he…. Smile with tongue out

*Ada colleague cakap Kak Fa dah boleh buat Lasik dah … Ada bajet bolehlah jumpa Professor Dr. Muhaya ni…Buat Lasik…Kena study more on Lasik sebab Lasik pun ada pro and cons nya….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !