Home »
Featured
,
mommyhood
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting experiences
,
parenting journey
,
parenting sharing
,
parenting stories
» Cara Elakkan STRESS Bila Terperangkap Dalam Traffic Jam Bersama Anak Kecil
Cara Elakkan STRESS Bila Terperangkap Dalam Traffic Jam Bersama Anak Kecil
Salah seorang yang termasuk di dalam statistik ibu yang kerap memandu ke sana ke mari bersama anak yang masih kecil adalah Kak Fa!
I’ve been driving around to almost every places in Kuala Lumpur, Selangor and sometimes to some other places in Malaysia, ever since Firash was born. Sepanjang pengalaman memandu ke sana ke mari bersama Firash, kesesakkan lalu lintas adalah salah satu asam garam yang Kak Fa tempuhi. Can you imagine, how does the situation was when you are stuck in traffic jam dan dalam masa yang sama you are tagging a baby or toddler around? Kena hari yang mood mereka ok, ok lah… Kena hari bila mood mereka tak ok? Menjawab…
… Berdasarkan pengalaman, sajalah Kak Fa nak kongsi sikit tentang cara elakkan STRESS bila terperangkap dalam traffic jam bersama anak kecil.
.
Common sense!
… Sediakan barangan keperluan anak. Sediakan beg khas untuk anak, sediakan segala-gala yang diperlukan untuk anak untuk menyelamatkan keadaan sekiranya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas untuk masa yang lama. Apa yang perlu disediakan tu?
Kebiasaannya Kak Fa akan bawa sekurang-kurang 2 atau 3 barangan permainan yang paling disukai oleh Firash yang sesuai untuk Firash main di dalam kereta. Bagi Kak Fa, sekurang-kurangnya, bila sudah ada tanda-tanda anak sudah mula tunjuk ragam, barangan permainan kegemaran yang Kak Fa bawa bersama tu boleh membantu untuk menenangkan Firash. Untuk Kak Fa, it works well. Kalau tidak sepanjang traffic congestion tu dia senyap, at least, barangan permainan yang Kak Fa bawa tu dapat senyapkan dia untuk beberapa ketika.
Kak Fa sentiasa pastikan Kak Fa dah sediakan bekalan yang lebih daripada yang cukup. Jika kebiasaannya satu perjalanan memerlukan 4 diapers, Kak Fa akan bawa 8 diapers. Traffic congestion ni, kita tak boleh nak predict. Kadang-kadang kita ingatkan dah cukup lama dah kita duduk dalam kereta, tapi sebenarnya kadang-kadang boleh jadi lebih lama lagi dari itu. Macam suasana sewaktu musim perayaan, di mana traffic jam luar biasa boleh berlaku sehingga berbelas jam di dalam kenderaan. Betul tak?
Sejak-sejak Kak Fa dah potty train Firash, sekarang ni Kak Fa rajin pula membawa bekalan air paip bersih.
. Yerlah… Manalah tahu kalau masa-masa jalan sesak tak bergerak, Firash nak melepaskan hajat dan tak boleh nak tahan? Jadi dah tak ada masalah pada Kak Fa. Boleh gunakan bekalan air paip yang bersih tu untuk tujuan itu, atau boleh juga Kak Fa gunakan untuk cuci muka yang dah mengantuk ke? kepenatan ke? Sebab dah memandu terlalu lama!
Kak Fa tahu dia suka Thomas and Friends, Kak Fa tahu hari-hari dia dok nyanyi, dok tonton Thomas and Friends. Kak Fa dah siap sedia download lagu-lagu Thomas and Friends untuk dia sing a long di dalam kereta, Kak Fa dah siap-sedia caj powerbank dan juga caj telefon Kak Fa sampai full bar, sebab Ka Fa tahu, ini boleh jadi senjata untuk hilangkan kebosanan dan elakkan ragam Firash. Sesekali, Kak Fa akan selingkan dengan nyanyian zikir. Bila anak gembira, bila masa mereka diisi dengan baik, mereka takkan perasan yang masa perjalanan adalah panjang.
Tak kira dekat atau jauh, supply makanan memang akan ada untuk Firash. Makanan untuk Firash yang terkadang Mommy tertumpang sekaki…
.
Bila dah siap segala benda-benda ni… Perjalanan sememangnya Kak Fa dapati menjadi lebih lancar dan kurang STRESS dengan pelbagai kemungkinan ragam Firash di dalam kereta…
… Tapi apa yang Kak Fa kongsi ni, sebenarnya benda common kan? Sajalah put it up… Bagi refresh memory kita ni sikit… Kadang-kadang ada parents yang terlupa tentang perkara ni, sampai akhirnya diri sendiri yang STRESS.
*Nak kurang-kurangkan STRESS sekarang ni… Kalau bolehlah kalau boleh… Ha ha ha… 
Terimakasih telah membaca artikel Cara Elakkan STRESS Bila Terperangkap Dalam Traffic Jam Bersama Anak Kecil. Jangan lupa share ya
Share
2 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Hahahahaha...kalau kena time dorang tantrum tuu...mau gila dalam kereta kan? hahahaha
ReplyDeletedah beso dah ash ek.. ekejap je masa berlalu
ReplyDelete