Kisahnya... seminggu lepas ada terbaca satu artikel mengenai "3 Tinggi" di kalangan usia 30 tahun ke atas. Disebabkan ada sebut 30 tahun ke atas tu, itu yang jadi Farah tertarik nak baca artikel tu sehingga khatam.
. Iyalah, sekarang ni Farah sudah pun berusia 34 tahun, tak lama lagi, nak masuk ke usia 35 tahun pula. Haruslah lebih peka dengan kesihatan diri sendiri. Anak bujang kita kecil lagi oiii! Baru jer nak masuk 4 tahun... Jauh lagi perjalanan tu... Nak tak nak kenalah ambil berat kesihatan diri sendiri demi yang tersayang.
. Bukannya apa, hampir 1 daripada setiap 2 rakyat Malaysia mempunyai masalah tahap kolestrol yang tinggi, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan 1 daripada 6 rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes jenis yang kedua. Inilah yang dinamakan sebagai "3 Tinggi" dan Farah kalau boleh tak naklah menjadi salah seorang yang jatuh pada mana-mana kategori penyakit tersebut. Kena usaha ni! Usaha jauhi "3 Tinggi" dengan ANLENE Heart-Plus™.
Bila difikir-fikirkan kembali betul-lah tu. Kalau kita perhatikan, sudah ramai yang berusia di sekitar lingkungan 30 tahun ke atas yang menjadi penghidap "3 Tinggi". Contohnya macam penyakit jantung. Ada seorang selebriti tempatan jika anda masih ingat iaitu Allahyarham Faizal Yusof (bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana) telah meninggal dunia dikatakan berpunca daripada penyakit jantung. 1 daripada 4 pesakit jantung adalah di bawah usia 50 tahun. Sakit jantung ni dah tak kira usia dah sekarang... Bukan tunggu usia cecah 50 tahun, 60 tahun baru berisiko mendapat sakit jantung. Lebih muda dari itu pun ada dah. Hu hu hu...
Tiba-tiba macam timbul satu kesedaran pada diri sendiri dan tiba-tiba macam terasa yang selama ni, Farah tak berapa nak jaga diri sendiri sangat. Farah akui yang Farah memang tak berapa nak jaga diri sendiri sangat sebab Farah lebih utamakan mereka yang Farah sayang yang berada di sekeliling Farah. Salah konsep tu! Kalau sayang mereka, kena sayang diri dulu! Betul tak? Tapi kita ni manusia, kadang-kadang dalam kesibukan menjaga yang lain boleh jadi terlupa akan diri sendiri secara tidak disengajakan.
Bila dah tersedar tu... Termenung juga sehari dua memikirkan apa yang perlu dan patut Farah lakukan... Sampailah tiba-tiba dalam hati ni tergesa nak pergi buat pemeriksaan tekanan darah serta ujian darah bagi menguji tahap kolestrol dan gula di dalam badan. Farah rasa, inilah tiga perkara penting yang Farah perlu tahu bagaimana status diri Farah sekarang dan inilah tiga perkara penting yang perlu Farah jaga.
Makanya, gigihlah Farah ni adakan juga ruang waktu, pada 28 Ogos 2017 untuk walk-in ke BP Healthcare, Glenmarie untuk lakukan pemeriksaan tekanan darah dan juga ujian darah bagi menguji tahap kolestrol serta gula di dalam darah.
Berdebar juga waktu tu nak tau keputusan pemeriksaan dan juga ujian darah.
Stress sekejap tiba-tiba... Ha ha ha...
... Cuaklah cuak... Nak tau apa hasilnya? Hasil pemeriksaan tekanan darah mendapati tekanan darah Farah adalah sedikit tinggi dari paras tekanan darah yang normal. Huh!
... Takkan Farah mewarisi penyakit darah tinggi daripada nenek Firash? Kalau ya memang betul-betul jadi penyakit keturunan ni! Namun begitu, Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat bila Farah dapat tahu yang hasil ujian darah mendapati tahap kolestrol dan gula dalam darah Farah adalah terkawal. Ok! Senyum sikit!
.
Cumanya... yang Farah betul-betul nak kena jaga "3 Tinggi" supaya tak jadi 3 tinggi! Sebabnya bila "3 Tinggi" jadi 3 tinggi, itu adalah satu petanda yang membawa kepada risiko utama kepada penyakit jantung yang boleh menyebabkan serangan jantung dan juga strok - penyakit pembunuh nombor 1 di kalangan orang dewasa di Malaysia!
Dah kaji, dah selidik dan dah dapatkan pendapat dari sana-sini... Sekarang ni, Farah sudah mula:
Menjadikan ANLENE Heart-Plus™ Sebagai Rutin WAJIB Sehari-hari
Jika sebelum ini, produk ANLENE lebih dikenali sebagai produk penjagaan tulang tetapi ANLENE Heart-Plus™ adalah merupakan formulasi terbaru di dalam menjaga kesihatan jantung. Di dalam ANLENE Heart-Plus™ terdapat MoveMax™ dan HeartMax™ yang merupakan kandungan gabungan nutrien untuk membantu menjaga kesihatan jantung di samping menyokong pergerakan yang lincah.
- Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah;
- Kalsium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal; dan
- Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.
Sedikit tambahan lagi, formulasi Anlene Heart-Plus™ tiada gula tambahan tau, sebab tu ia sesuai untuk penghidap penyakit kencing manis dan juga sesuai pada mereka yang nak mengawal tahap gula dalam darah.
Sekarang ANLENE Heart-Plus™, senang cerita dah jadi ulam harian Farah. Segelas pada waktu pagi dan segelas sebelum tidur di waktu malam.
Mengamalkan Diet Seimbang
Kekal Aktif Secara Fizikal
Perbanyakan pergerakan dan juga cuba mencuri masa untuk bersenam.
Bukan mudah untuk kekal aktif dan dalam masa yang sama memberikan perhatian kepada rutin seharian dan keluarga kan? Jadi untuk terus melakukan apa yang Farah suka serta kekal sihat... Farah rasa tindakan Farah adalah betul bila Farah ambil keputusan untuk mengamalkan 2 gelas ANLENE Heart-Plus™ setiap hari dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Pssttt... Harap-harapnya selepas konsisten dengan 2 gelas ANLENE Heart-Plus™ setiap hari... Hujung tahun nanti, bila tiba waktu pemeriksaan kesihatan tahunan... Semuanya baiklah untuk Farah! In Shaa Allah... Mudah-mudahan hendakNya kan? Amin amin ya rabbal alamin. Doakan Farah tau! Anda? Tunggu apa lagi? #hatihati3tinggi... Jom mulakan sekarang! Amalkan pengambilan 2 gelas ANLENE Heart-Plus™ secara konsisten dan juga gaya hidup sihat!
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.