Tips Mengadakan Sambutan Hari Lahir Di Tadika

Farah Waheda Wahid
3
TIPS MENGADAKAN SAMBUTAN HARI LAHIR DI TADIKA

November is only a few months away! I’m a mom with a boy who’s going to be 4 years old soon… Secara jujurnya, pernah terfikir tentang sambutan hari lahir pertama untuk Firash dari sebelum dia lahir lagi pun! I saved invitation ideas dan berimaginasi di mana sambutan hari lahir Firash hendak diadakan. Tapi kita manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan… I had few strikes against me when it came to throwing a big first birthday party for Firash… Sobsss… Crying face…. I thinks there’s a rite of passage that parents have to go through and that’s to host a kids birthday party. Be it small or big…most parents will go through it, no doubt. Some will glide through with ease and finesse and others will have their moments of frazzle-dom (not a word, but it should be). Jika tahun lepas kami sekeluarga menyambut hari lahir Firash secara sederhana dan bersahaja di Little Kingdom, tahun ini berbeza sedikit haluannya… Mungkin rezeki terpijak untuk si kecil molek Farah tu, apabila minggu lalu ada pihak yang telah menghubungi Farah untuk menaja keseluruhan sambutan hari ulangtahun kelahiran Firash di tadikanya. Syukur Alhamdulillah! Terima kasih Allah SWT… Sebenarnya…mak dia memang teringin tapi tak sangka yang wishlist tu jadi kenyataan secara tidak disangka… Makanya, mulalah merangka-rangka persiapan majlis ulangtahun kelahiran FIrash di tadika nanti sambil-sambil berkongsi sedikit tips mengadakan sambutan hari lahir di tadika. 

Tips #1: Tarikh dan Masa

Bab tarikh dan masa ni, memang nak kena perhati kalendar betul-betul. Kena pilih tarikh yang bersesuaian dan juga WAJIB untuk maklumkan serta berbincang dengan pihak sekolah. Jangan pandai-pandai dan ikut sesuka-hati sendiri ni pilih tarikh dan masa yang kita rasa kita suka sebagai ibu bapa. Kita kena ingat yang sekarang ni, majlis sambutan hari lahir anak kita tu bakal diadakan bukan di tempat kepunyaan kita. Bak kata pepatah Inggeris, when in Rome, do as the Romans do. Gittew kan? 

Kenalah ringan-ringankan mulut bertanya dengan pihak sekolah anak tu…waktu apakah yang paling sesuai? Apakah hari yang paling bersesuaian. Contohnya, Farah baru jer bertanya dengan pihak sekolah Firash. Waktu yang paling bersesuaian adalah pada waktu rehat iaitu pada jam 9.30 pagi.

Tips #2: Jumlah Murid Di Tadika

Berkenaan dengan jumlah murid di tadika pula… Jangan narrow-kan persediaan majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran anak kita terhad kepada rakan-rakan sekelas sahaja. Kena ingat…Kanak-kanak ni suka memandang dan ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jadi, sebelum melakukan persediaan sambutan majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran anak kita di tadika, kena tanya betul-betul kepada pihak sekolah, berapakah jumlah sebenar murid di tadika anak tu. Sekurang-kurangnya kita boleh menganggarkan berapa banyakkah jumlah goodies bag dan juga makanan yang perlu kita sediakan untuk majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak kita tu.

Takkanlah kita sampai hati nak biarkan kanak-kanak dari kelas lain selain dari anak kita memandang sahaja kemeriahan sambutan hari lahir anak kita? Tak baik dan tak sedap kan macam tu? Haaa… Guru-guru pun kena ambil kira juga. Macam di sekolah Firash jumlah muridnya adalah seramai 66 orang kesemuanya. Plus minus cikgu-cikgu semua… Lebih kurang dalam 80 pax. Kena ambil kira semua ya? Nak anjurkan majlis ni, kalau boleh biarlah semua yang ada di kawasan tu merasa. Jangan tertinggal kalau boleh…Kita tidak mahu ada yang memandang dengan terkulat-kulat ataupun ada yang merasa terpinggir. No no no no no… Jangan macam tu… Tak baik kan?

Tips #3: Tema

Tema ni sebenarnya terpulang pada ibu bapa sama ada nak bertema ataupun tidak bertema. Macam Firash ni, tahun lepas sambutan secara sederhana adalah Thomas and Friends. Memandangkan dia obses kepada Thomas and Friends. Untuk sambutan ulang tahun kelahiran yang ke 4 tahun ni, Farah di persimpangan dilema sebenarnya… Ha ha ha… Open-mouthed smile…. Sama ada nak stick kepada Thomas and Friends juga ataupun nak ubah untuk ada kelainan sedikit. Selain Thomas and Friends, Firash gemarkan Tom and Jerry, PJ Masks, Elmo dan juga Minions. Tapi yang paling dia suka adalah Thomas and Friends. Farah tak naklah tersalah pilih tema yang akan buatkan dia rasa tak berapa nak gembira walaupun dia suka. Mickey Mouse pun dia suka juga… Aduhhh… Pening-pening… Tapi nampak-nampaknya masih menjurus kepada Thomas and Friends ni nampaknya. Smile with tongue out

Tips #4: Makanan Sihat

Jangan pandai-pandai terus buat keputusan menu makanan dan minuman untuk majlis sambutan hari lahir anak tanpa berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu. Apa yang Farah nak beritahu, adalah dinasihatkan ibu bapa yang bercadang dan merancang untuk mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak-anak di sekolah masing-masing menyediakan makanan sihat. Pihak sekolah pun sememangnya menyarankan ibu bapa untuk menyediakan makanan sihat untuk majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak-anak di tadika. Contoh makanan sihat yang boleh disediakan untuk kanak-kanak adalah homecook food seperti sandwiches, beehoon goreng, spaghetti, muffin, cupcakes dan sebagainya. Yang ini secara jujur Farah sedang mengkaji ni ha… Ha ha ha…

Tips #5: Kek

Memang tidak semua orang makan kek dan sememangnya untuk majlis sambutan ulang tahun kelahiran kanak-kanak akan tertumpu kepada sebiji kek. Disebabkan oleh faktor jumlah tetamu untuk majlis sambutan ulang tahun kelahiran kanak-kanak adalah ramai. Mungkin ibu bapa boleh memikirkan untuk menyediakan 2 biji kek hari lahir anak supaya semua dapat merasa. Kalau tak makan pun, sekurang-kurangnya boleh di bawa balik.

Tips #6: Dekorasi

Tak perlu nak extravagant sangat kalau mengadakan majlis sambutan hari lahir anak di tadika. Tak perlu susah payah nak deko teruk-teruk bagai. Yang simple tapi menarik sudah memadai. Anda tidak perlu bersusah-payah mohon kebenaran untuk masuk ke kelas anak ke? Ke sekolah anak ke? Hanya semata-mata nak buat dekorasi. Jangan ganggu kawasan tadika anak tu… He he he… In love… Buat yang mana praktikal dan ala-kadar sahaja. Sungguh bertema, tema ini boleh diaplikasikan di dalam bentuk kek, goodies bag and thank you card! Tak perlu nak buat kad jemputan sebab yang hadir tu dah semestinya hadir sesi persekolahan. Kan kan kan? Jangan membazir pada yang tak perlu. Betul tak? Sekadar gantung belon dengan perkataan Happy Birthday pun ok…

Tips #7: Goodies Bag

Mula menyediakan goodies bag dua minggu lebih awal atau seminggu lebih awal. Farah memilih seminggu lebih awal. Pilih makanan-makanan yang bersesuaian dan juga sedikit peralatan sambutan hari lahir seperti topeng, belon, wisel, topi dan apa-apa sahaja yang bersesuaian untuk anak-anak kecil. Tapi! Pastikan ianya bukanlah sesuatu yang membuatkan akhirnya kawasan tadika berada di dalam keadaan massive mess. Jenuh pula makcik cleaner nak bersihkan.

Tips #8: Cuti Tahunan

Sila peruntukkan sekurang-kurangnya 2 hari dari cuti tahunan anda sekiranya anda merancang untuk mengadakan sambutan majlis ulang tahun kelahiran anak anda di tadika. Sehari sebelum untuk melakukan persiapan dan sehari pada hari majlis berlangsung. Pastikan anda hadir sewaktu majlis berlangsung untuk menambahkan keceriaan anak anda kerana anda turut sama hadir untuk meraikan hari lahirnya. After all itu adalah harinya kan? Makanya…tidak salah meluangkan masa hanya untuk anak pada hari berkenaan.

Tips #9: Ambil Tanggungjawab Sebelum Dan Selepas Majlis

Jangan harapkan guru-guru dan makcik cleaner di tadika anak untuk menyediakan susun atur majlis semata-mata disebabkan itu bukanlah tempat kepunyaan kita. Ambil tanggungjawab untuk sama-sama participate menyusun atur keperluan majlis sebelum berlangsung dan ambil juga tanggungjawab untuk mengemas dan membersihkan kembali kawasan tadika anak setelah majlis selesai. Pandai-pandai bawa diri ya ibu bapa… Jadi pihak tadika tak adalah serik untuk membenarkan anda menganjurkan majlis hari jadi anak di tadika lagi. Nerd smile

Itu sahaja yang Farah terfikir setakat ini… Ada apa-apa lagi yang Farah tertinggal dan anda nak tambah? Mungkin Farah ada terlepas pandang di mana-mana ke kan?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Info yang sangat bermanfaat. I pun duk terfikir nk sambut birthday bulan disember ni di taska..tq for sharing!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !