Kalau ada yang membeli produk RIBENA baru-baru ini dari mana-mana sumber pasaran... Rasanya elok sangatlah kalau anda pergi masuk ke dapur rumah anda dan semak tarikh luput produk RIBENA tersebut. Terutamanya kepada pengguna-pengguna yang anak-anak gemarkan minuman RIBENA. Jangan cepat sangat melompat untuk mempunyai tanggapan yang produk RIBENA sudah tidak boleh dikonsumsi lagi kerana masalah berkaitan kesihatan ataupun faktor HALAL. Tolong jangan salah anggap ya? Cumanya, baru-baru ini RIBENA tarik balik beberapa produk di pasaran! Semuanya disebabkan oleh masalah pembotolan ke atas beberapa jenis produk di bawah label RIBENA.
Bukannya semua keluaran RIBENA tidak boleh diminum ya? Masih boleh. Apa yang anda perlu perhatikan adalah sepertimana paparan gambar di bawah:
Beberapa jenis produk RIBENA yang dimasukkan mengikut batch yang dinyatakan oleh informasi bergambar yang Farah pinjam dari akhbar atas talian The News Straits Times.
Penarikan balik produk-produk tersebut sebenarnya adalah disebabkan ralat pada batch yang berkenaan sahaja di mana melalui siasatan awal proses pembuatan, disyaki bahawa produk yang berkaitan terdedah kepada udara sewaktu proses pembotolan. Bila berlakunya keadaan tersebut, kualiti produk dikatakan berpotensi merosot dengan lebih awal berbanding tarikh luput.
Tidaklah bermakna produk tersebut seratus peratus terjejas. Produk Ribena tertentu dengan tarikh luput yang ditetapkan dari 12 Ogos.
Kalau-kalaulah tiba-tiba isi dalam botol RIBENA tu nampak pelik, mempunyai rasa ataupun bau yang masam, takpun anda rasa ragu-ragu, tolong jangan minum RIBENA tu ya?
Kesemua produk keluaran mereka dengan tarikh luput selain daripada yang disenaraikan adalah selamat dan tidak terbabit dengan penarikan semula.
Please take note ya? Sekian perkongsian khidmat masyarakat pada kali ini. Heee...
nasib baik bukan sbb kes halal ke tak halal
ReplyDeleteTq for the info Farah. nnt Qekra nak check botol Ribena kat rumah.
ReplyDelete