Kemudahan GRABPAY Di Perkhidmatan GRABCAR Penyelamat Keadaan!

Farah Waheda Wahid
0
KEMUDAHAN GRABPAY DI GRABCAR PENYELAMAT KEADAAN!  (2)

Ketidaktentuan komitmen sebagai seorang Personal Assistant membuatkan sedikit sebanyak rutin harian untuk mengambil Iman Firash dari tadika terganggu. Ada masa, kaulah orang yang terawal sampai untuk pick-up anak dari tadika, ada masa kaulah orang yang terakhir ambil anak kau dari tadika. Kesian budak kecil molek tu! Muka ada sedikit changes bila Mommy lewat ambil dia dari tadika dan bila ada masa-masa nenek yang terpaksa ambil dia dengan menggunakan perkhidmatan GrabCar yang Mommy uruskan. Bukan nak buat cerita atau sengaja nak buat cerita, tapi keceriaan jelas terpancar di wajah si kecil molek tu bila nampak Mommy yang datang ambil dia di tadika. Bukannya tidak mahu menguruskan transporter khusus bagi urusan balik dari tadika tetapi Firash kan masuk di pertengahan tahun? Transporter dah penuh… Van sekolah tersebut cuma boleh menampung seramai 17 orang sahaja, itupun dah terlebih seorang dan jadinya 18 orang. Bincang punya bincang dengan Babah dia… Babah tak bagi… Katanya ramai sangat dah tu kalau dah ada 18 orang di dalam satu van. Tambah dengan Firash dah jadi 19 orang dah. Walaupun dekat, tetapi terlampau pack. Keselamatan anak pun kena ambil kira juga… Dah lah itu seorang jer anak kami berdua. Hu hu hu… Jadinya…memang particular sedikit hal-hal sebegini. Nak tak nak, Mommy yang terpaksa berkorban (berkorban demi anak tak apa)…. Untuk ambil dia dari tadika. Itulah yang nak cerita ni, kemudahan GrabPay di perkhidmatan GrabCar penyelamat keadaan!

Kisahnya, selama dua hari berturut-turut sebelum hari ni, Farah sememangnya terikat dengan komitmen tugas di pejabat. Tak dapat nak menyelit atau mencari ruang untuk keluar dari pejabat dan ambil si kecil molek tu. Kesian anak Mommy…. Hari Selasa hari tu, dah saat-saat terakhir, bila dah lihat jam pukul 12.00 tengah hari tapi masih lagi stuck di pejabat. Farah tak boleh nak fikir cara lain lagi dah untuk uruskan urusan pengambilan Iman Firash dari tadika. Nenek dekat rumah dah mula panik dah… Risaukan cucu dia tu… Sebenarnya, Mommy dia pun sama juga. Tapi jadi seorang Mommy ni kau kena berfikir secara tangkas dan pantas untuk solusi setiap permasalahan yang melibatkan anak. Laju jer tangan terus buka aplikasi GrabCar di telefon pintar sambil boss tengah mengomel tentang kerja di hadapan Farah. Terus booking GrabCar untuk ambil nenek Firash dari rumah, hantar ke tadika Firash dan kemudian hantar balik ke rumah. Jumlahnya adalah RM3.00 sahaja.

Yang menariknya, Farah tak perlu susahkan nenek Firash untuk bayar tambang GrabCar dahulu bagi pihak Farah. Iyalah, dahlah mohon bantuan mak untuk ambil anak kita disebabkan kita terikat dengan komitmen kerja… Takkan kita nak suruh mak kita bayarkan dulu tambang untuk urusan mengambil anak kita kan? Tak sedap dan tak patutlah macam tu ya tak? Mujurlah GrabCar ada kemudahan GrabPay di mana dalam kes-kes sebegini… sepertimana di dalam situasi Farah, Farah boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan GrabCar dengan kemudahan GrabPay. Apa itu GrabPay? GrabPay adalah merupakan satu kemudahan pembayaran perkhidmatan GrabCar yang kita gunakan melalui kad kredit mahupun kad debit kita. Pembayaran perkhidmatan akan ditolak terus melalui kad kredit ataupun kad debit kita. Contohnya, di dalam kes Farah ni, apabila Farah telah berjaya booking pemandu GrabCar untuk urusan Farah, mereka akan melakukan tugas mereka sebagai pemandu dan setelah selesai, ianya akan ditolak terus daripada kad debit secara atas talian yang telah didaftarkan pada aplikasi GrabCar.

Tutorial fungsi dan penggunaan GrabPay adalah sepertimana video yang Farah petik daripada YouTube di bawah:


Jadi, nenek Firash tidak perlu mengeluarkan sebarang tunai untuk membayar perkhidmatan GrabCar yang telah digunakan. Segalanya telah diuruskan from my end. Tugas nenek FIrash cumalah naik kereta, ambil Firash dan turun kereta. Alhamdulillah…dipermudahkan urusan Farah di dalam waktu-waktu genting. Kalau tidak cuak juga…

Selain itu, sewaktu menggunakan perkhidmatan GrabCar selama dua hari berturut-turut sebelum ini, Farah akan membiarkan aplikasi GrabCar pada telefon pintar terbuka untuk Farah pantau pergerakkan GrabCar yang telah Farah booking. Safety concern…Farah tetap tidak akan melepaskan 100% kepercayaan bila perkara-perkara yang melibatkan anak. Pantau tetap pantau.

KEMUDAHAN GRABPAY DI GRABCAR PENYELAMAT KEADAAN!  (1)

Memandangkan dah macam-macam cerita yang kita dengar di luar dan dalam negara mengenai isu-isu jenayah yang agak membimbangkan berkaitan dengan perkhidmatan GrabCar kan? Tak salah rasanya jika kita lebih berhati-hati. Ambil, pergi dan balik semuanya Farah perhatikan. Bila dikatakan perkhidmatan telahpun selesai, Farah akan telefon nenek Firash untuk memastikan yang mereka telah benar-benar selamat sampai di rumah.

Hari ni… Farah ambil Firash seperti biasa tetapi lewat juga disebabkan komitmen kerja… There gone RM 10.00 per hour for OT charges… Kos lebih masa adalah sebanyak RM10.00 sejam. Nak buat macam mana? Ingatkan hari ni nak jumpa transporter disebabkan dikatakan ada dua orang pelajar bakal berpindah pada hujung bulan ni. Ingatkan nak minta kakak tu gantikan tempat dua orang pelajar tu dengan Firash. Nampaknya tak sempat hari ni. Kemungkinan esoklah nampaknya jumpa kakak tu. Hari ni, tidak menggunakan GrabCar pun disebabkan nenek Firash terjatuh di bilik air. Tak larat nak ambil Firash di tadika. Farah tak salahkan nenek Firash pun. Sebab memang bukan salah dia. Terjatuh… Risau juga akan kesihatan mak yang semakin hari semakin meningkat usia tu.

*Bila memikirkan kesihatan mak… Rasanya macam dah tiba masa untuk Firash bersekolah full day pada tahun hadapan. Tak kiralah sama ada nenek setuju atau tidak. Farah nak bagi nenek Firash rehat pula. Cukuplah pengorbanan besar selama 4 tahun mengasuh dan menjaga Firash sepanjang Farah bekerja yang dia tawarkan dengan rela hati dan tak beri langsung-langsung Firash dihantar ke mana-mana. Firash pun dah besar… In Shaa Allah… Boleh bawa diri dan pandai bawa diri di tadika sehingga petang.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !