Jangan Sangka Bermain BA BA CAK Tiada Manfaat!

Farah Waheda Wahid
0
JANGAN SANGKA BERMAIN BA BA CAK TIADA MANFAAT!

BA BA CAK ni almost semua ibu bapa main dengan anak-anak kecil masing-masing. Salah satu teknik nak dengar anak-anak kecil ketawa dan melihat senyuman yang manis di wajah mereka. Cumanya… BA BA CAK bukan sekadar untuk membuatkan anak-anak kecil ketawa dan tersenyum manis… Jangan fikir bermain BA BA CAK tiada manfaat! Ada manfaat yang tersembunyi di sebaliknya… Winking smile.

Permainan BA BA CAK memang sudah wujud sejak dari dulu-dulu lagi, dari sebelum Farah lahir, anda lahir dan ianya adalah salah satu permainan ibu bapa bersama anak-anak kecil yang terbaik. Bagaimana? Permainan BA BA CAK mampu merangsang saraf anak-anak kecil, meningkatkan kecekapan skil motorik, menguatkan kemampuan untuk melihat sesuatu, membantu perkembangan sosial anak-anak kecil dan juga mewujudkan keceriaan anak-anak kecil. Permainan BA BA CAK juga, mampu untuk melatih daya imaginasi anak-anak kecil terutamanya ketika ibu atau bapa menyembunyikan senyuman manis di sebalik kedua belah telapak tangan.

Tidak Ada Momentum Tertentu

Permainan BA BA CAK boleh dimainkan bersama anak-aak kecil ketika mereka mencecah usia 5 bulan. Di dalam usia 5 bulan, anak-anak kecil sudah dapat menciptakan imaginasi dengan membayangkan wajah ibu atau bapa sewaktu ditutupi oleh kedua-dua belah tangan. Tapi… boleh jer kalau nak bermain BA BA CAK sedari anak lahir kerana anak-anak kecil memang suka dengan permainan ini. Bab bila dan di usia mana sesuai bermain BA BA CAK dengan anak-anak kecil ni, ianya tidak ada waktu-waktu yang dikhususkan tertentu sahaja. Tidak ada momentum yang tertentu.

Setiap anak kecil yang cukup rehat, cukup tidur, cukup makan… Ok jer untuk bermain permainan BA BA CAK ni. Sesekali bagus juga kalau ibu atau bapa dapat sertakan dengan gerakan-gerakan sederhana seperti bertepuk tangan atau sebagainya. Semakin kerap anak-anak kecil bermain permainan BA BA CAK dengan kombinasi visual, semakin terlatih gerakan motorik mereka. Ini adalah sesuatu yang bagus untuk perkembangan mental mereka. Untuk bayi yang baru lahir, sila mainkan permainan BA BA CAK dengan cara menutup wajah ibu atau bapa dengan menggunakan tangan. Bayi yang baru lahir sangat suka melihat wajah seseorang dan dia akan suka ketika melihat wajah ibu.

Mencuba Bermain BA BA CAK Dengan Pelbagai Variasi

Bila anak-anak sudah terbiasa dan menguasi permainan BA BA CAK, cubalah dengan variasi lain pula seperti menyembunyikan permainan di bawah bantal ke? selimut ke? sampaikan anak-anak kecil akan mencarinya sehingga dia rasa gembira ketika menjumpai barang permainannya. Ataupun, ibu atau bapa boleh cuba bersembunyi di bawah selimut sehingga terlihat sebahagian kecil sahaja dari wajah kita dan kemudian perhatikan sama ada anak-anak kecil kita dapat menjumpai kita ataupun tidak. Ketika mereka menjumpai kita, kejutkan mereka dengan senyuman ataupun sebutan BA BA CAK dengan nada gembira.

Usia 5 bulan adalah usia di mana anak-anak kecil akan belajar mengenal wajah seseorang. Dia akan belajar untuk mengenali sesiapa sahaja yang dianggapnya sebagai seseorang yang dapat dipercayai dan menyenangkannya. Bermain BA BA CAK akan membiasakan anak-anak kecil untuk mengenali wajah. Terbaik kalau ibu dan bapa dapat bergilir-gilir bermain permainan BA BA CAK. Jadi… the good thing about it adalah…sewaktu kalaulah ibu ada urusan yang perlu diselesaikan at least anak-anak kecil tidak meragam kalau bapa yang mengasuh. Winking smile.

Lakukan permainan BA BA CAK ini sekerap mungkin supaya koordinasi mata dan tangan anak-anak kecil terlatih dengan baik. Apabila koordinasi mata dan tangan telah terlatih, ibu atau bapa boleh kembangkan lagi kepada variasi permainan menangkap permainan. Jangan terkejut jika anak-anak kecil mempunyai kemampuan untuk menangkap permainan kesukaan mereka ya? Winking smile. Percayalah… tidak lama selepas dari itu, anak-anak kecil akan mampu untuk merangkak dan bermain bola bersama ibu bapa.

Pernah terfikir manfaat bermain BA BA CAK bersama anak-anak kecil? Atau sekadar main jer sebab anda fikirkan itu sekadar untuk tujuan bonding di antara anak-anak kecil dan ibu bapa sahaja? Walaupun permainan BA BA CAK nampak sederhana tetapi permainan BA BA CAK mampu untuk memberikan manfaat yang istimewa terhadap pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kecil. Makanya, yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah tu… Rajin-rajinkan diri ya? Untuk bermain BA BA CAK bersama anak-anak kecil anda untuk manfaat perkembangan anak-anak kecil anda. Selamat bermain BA BA CAK bersama anak-anak! Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !