Bagaimana Untuk Jadi TEGAS Tapi PENYAYANG Terhadap Anak?

Farah Waheda Wahid
0
BAGAIMANA UNTUK JADI TEGAS TAPI PENYAYANG TERHADAP ANAK (2)

Agak-agak anda-lah, Farah ni jenis ibu yang bagaimana? Penuh dengan kelembutan terhadap anak? Terlalu memanjakan anak? Garang ibarat raksasa gorgon Angry smile sehinggakan anak senantiasa takut dengan Farah? Ataupun tegas dan dalam masa yang sama penyayang? Open-mouthed smile… Ramai orang menganggap yang disebabkan oleh Firash adalah anak tunggal dan satu-satunya anak Farah, Farah manjakan dia sangat! Farah ikut segala kemahuan dan kehendak dia! Tak pernah tidak… Seboleh-boleh Farah usahakan juga untuk ikutkan kemahuan dan kehendak dia. Memang silap besar… He he he… Open-mouthed smile… Nampak jer kami berdua beranak ni loving-loving sokmo… Tapi Mommy Firash ni adalah seorang yang percaya kepada konsep tegas dalam kelembutan. Tak semestinya untuk jadi tegas tu, anda perlu menjadi garang segarang-garangnya, untuk jadi tegas tu anda perlu pegang rotan senantiasa bila dengan anak, jadi tegas tu, itu tak boleh ini tak boleh, kena memetir dan menjerit-jerit… Farah tak suka konsep macam tu sebenarnya. Bagaimana untuk jadi tegas tapi penyayang terhadap anak?

BAGAIMANA UNTUK JADI TEGAS TAPI PENYAYANG TERHADAP ANAK (1)

Sedikit adunan daripada pengalaman serta perjalanan Farah sendiri sebagai ibu dan perkongsian artikel melalui pautan di SINI, sekarang ni Farah nak kongsi beberapa cara atau panduan kepada ibu-ibu yang bercita-cita nak jadi tegas tetapi di dalam masa yang sama adalah penyayang serta disayangi oleh anak. Winking smile… Iyalah… nak didik anak ni, tak boleh lembut sangat, tak boleh kasar sangat. Ya tak? Nak-nak lagi masa kini… Anak-anak dulu dan anak-anak sekarang jauh berbeza situasinya.

Jangan Turutkan Semua Kemahuan

Diakui yang bila anak meminta, Farah akan mudah “cair”, tak sampai hati segala bagai. Kadang-kadang tu bila anak meminta dari kita, kita renung ke wajah dan mata anak… Kita boleh jadi sebak dada dan sesak nafas. Cumanya, sewaktu anak meminta, Farah tidak terus bersetuju untuk memberikan atau membelikan. Farah sempat lagi berfikir keperluan, kesesuaian dan segala faktor-faktor lain yang berkaitan. Termasuklah teringatkan kata-kata Babah Firash dan juga nenek Firash supaya tidak menurut sangat kemahuan anak. Ayat yang selalu nenek Firash sebut… “Dik, kau jangan ikut sangat kehendak anak kau… Semua dia nak kau ikutkan… Nanti esok-esok nanti kau juga yang teruk!”… Memang kukuh terpahat oiii pesanan mak yang satu ini. Siapa yang nak anak jadi spoilt kan? Dahlah orang selalu mengaitkan anak tunggal sebagai spoilt. Ohoiii… tak nak oiii… Farah memang sentiasa cuba membuktikan yang anak tunggal tidaklah seperti tanggapan umum.

Buktinya? Pernah Farah kongsikan satu entri yang bertajuk Tak Salah Pun… Biarkan Anak Menangis Nakkan Sesuatu! Memang Farah buat keras jer bila Firash bersungguh-sungguh meminta untuk membelikan atau berkehendakkan sesuatu yang dia sudah memiliki. Farah memang tekankan aspek frustration tolerance di dalam perkembangan emosi Firash untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Saja jer, ajar Firash perasaan frust – tidak dapat apa yang dia nak main, tidak dapat apa yang dia nak makan, tidak dapat apa yang dia nak pakai, tidak dapat pergi ke tempat yang dia mahukan dan macam-macam lagi. Orang lain mungkin menganggap nampak macam tak patut Farah layan Firash macam tu… tapi di dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita mahukan kita akan dapat. Melainkan melalui usaha, tetapi ada masanya usaha tidak akan dapat menjamin apa yang kita mahukan. Betul tak?

Ada sesetengah dari kita, sebab tak kuasa nak lihat ragam dan rengekan anak, gangguan anak sewaktu kita mahukan lakukan sesuatu pekerjaan, akhirnya mengalah untuk menurut semua permintaan anak. Tindakan ini adalah sangat berbahaya… Tak kiralah Firash menangis semahu-mahunya ke? Firash menjerit ke semahu-mahunya ke? Berguling belum pernah lagi lah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tapi duduk atas lantai diam-diam keraskan badan dan tarik muka ada… Itu Farah mengaku… Cuma tak selalu dia buat…Sesekali… Biarkan jer… Hati kena cekal ma…. Hati kena keras… Tegas dengan pendirian untuk tidak menurut segala kemahuan anak.

Usaha Sendiri

Pernah lah rasa macam deep sangat bila nenek Firash tegur… Ha ha ha… Open-mouthed smile Ini kisah sewaktu Firash masih berusia beberapa bulan lagi… Rasanya dalam 5 bulan atau 6 bulan macam tu… Sememangnya sedari bayi, Farah dah latih Firash untuk pegang botol susu sendiri. Tapi di bawah pengawasan dan pemantauan ya? Bukan biarkan macam tu jer… Niaya jer nanti tersedak susu anak kakak… Haruslah perhatikan… Ada satu hari tu, nenek Firash tegur… “Alaaa, kesian cucu Nek Ma ni… kecik-kecik dah kena pegang botol susu sendiri…”…. Ha ha ha… Deep oiii… Macam bunyi mak dia malas nak pegangkan jer… Taklah mana ada! Mak dia sedang ajar dia… Nak makan, nak minum, nak isi perut, kena buat kerja sedikit… Samalah macam sekarang… Bila dia nak menyusu jer… Mommy, syusyu… Kata Firash… Jawab Mommy dia…Itu Mommy dah buat? Ada atas meja? Go and take on your own… Ha ha ha… Open-mouthed smile Lepas tu… Dia pun pergi ambil dan buka penutup botol susu dan cari port yang sesuai nak landing untuk menyusu. Usaha sendiri!

Kadang-kadang sebagai ibu, kita perlu mengajar anak untuk berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. Tapi kalau nak praktis pun biarlah mengikut kesesuaian tahap usia anak ya? Ajar untuk kenalkan anak bagaimana rasanya untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Patuh Dengan Peraturan

Kalau dah ada rules and regulation di rumah tu maka ianya adalah WAJIB dipatuhi oleh si anak. Dalam masa yang sama, sebagai ibu kenalah tegas untuk sama-sama ikut rules and regulation tersebut. Farah sentiasa ingatkan diri Farah, kau dah buat peraturan gini gini gini… Lepas tu kau kena pastikan kau follow through… Sebab kalau kita buat peraturan, kemudiannya sekejap ikut, sekejap tidak… Memanglah anak akan pening… Mak aku ni sebenarnya boleh ke tak boleh cam ni… Oh tak boleh, tapi boleh langgar peraturan rupanya… You got me? Tak nak anak-anak get the idea yang rules are meant to be broken.

Disiplinkan Anak Untuk Hormat Ibu

Didik anak dari kecil supaya menghormati ibu. Ajar anak supaya segera menjawab panggilan ibu dengan sopan seperti… “Yes, Mommy…”… "Saya, Mommy…” dan segera tinggalkan apa yang sedang dilakukan ketika itu. Jika anak sudah terbiasa dengan disiplin tersebut, maka sampai dewasa dia akan segera utamakan panggilan itu. Jangan biarkan anak-anak sibuk menonton televisyen dan tidak mengendahkan panggilan ibu ketika dipanggil. Alasannya konon-kononnyalah kan… Sebab anak masih kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Sentiasalah Jadi Seorang Ibu Yang “Penyibuk”

Disebabkan kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu masing-masing…Mak-mak… Jomlah kita jadi seorang yang “penyibuk”! Penyibuk hal anak jer ok? Bukan penyibuk hal orang lain… He he he… Open-mouthed smile… Penting untuk memantau pergerakan dan perbuatan anak-anak. Nak nak lagi di dalam era semua perkara boleh dilihat menerusi teknologi internet tanpa mengira batasan usia si anak.

Yang penting… semuanya perlu berpada-pada… Tak terlebih dan tak terkurang… Smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !